Perlunya Akta Gaji Minima

0

Kalau negara yang lebih miskin seperti Sri Lanka, Pakisatan, Bangladesh dan Vietnam boleh ada Gaji Minima, kenapa bukan Malaysia yang lebih maju dan membangun daripada mereka, tanya Jerit. Tak cukup sekadar mempunyai bangunan tinggi sepert KLCC, taraf hidup rakyat pun perlulah ditingkatkan.

“The government is not going to grant a standard wage, be it RM900 or RM1,500 a month, to all sectors.” (NST, 3 June 2008)

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengecam kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam bahawa gaji minima untuk pekerja swasta secara keseluruhannya tidak akan diimplimentasi di Malaysia. Ini adalah penganiyaan besar kepada 90 peratus pekerja sektor swasta di Malaysia.

Perjuangan pekerja untuk Akta Gaji Minima

Sejak tahun 2003 lagi, Jerit telah menyeru pihak kerajaan supaya menggubal Akta Gaji Minima RM900. Pada 21 September 2006, sebanyak 50,000 tuntutuan dan memorandum diserahkan kepada YAB Perdana Menteri menuntutnya menggubal Akta Gaji Minima.

Selain itu, Kesatuan Sekerja Nasional (MTUC) juga pada tahun lepas telah mengadakan beberapa piket menuntut Akta Gaji Minima RM900 dan Cola. Baru-baru ini juga, MTUC telah memberi memorandum kepada Menteri Sumber Manusia yang baru, Datuk Dr. S. Subramaniam, di Parlimen berkenaan dengan hal ini.

Bukan itu sahaja , pada zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri pun , beliau telah menyatakan perlu Akta Gaji Minima RM1200 untuk pekerja Malaysia. Mana pergi janji ini ?

 

Majlis Gaji (Wage Council) bukan satu penyelesaian!

Semua ini telah diketepikan oleh kerajaan Malaysia. Nampaknya kerajaan telah tolak tuntutan pekerja dan cuba mengaburkan pekerja dengan mengatakan tiada Gaji Minima, tetapi Majlis Gaji atau Wage Council boleh diamalkan untuk semua sektor atas permintaan pekerja atau majikan.

Sebelum ini, perkara yang sama juga telah dilakukan oleh Datuk Fong Chan Onn, bekas Menteri di mana Fong telah mengumumkan bahawa Majlis Gaji akan ditubuhkan di beberapa sektor bergaji rendah seperti pengawal keselamatan swasta, pembantu klinik swasta dan cleaner. Namun isu gaji rendah tidak selesai untuk sektor ini mahupun sektor lain.

Adalah jelas bahawa cadangan menteri untuk wage council tidak akan menyelesaikan isu gaji rendah pekerja . Wage council akan disertai oleh wakil pekerja, wakil kerajaan dan wakil majikan juga. Adakah majikan akan setuju untuk memberi gaji yang saksama dan adil untuk pekerja ? Tidak sama sekali. Mereka akan sentiasa cuba mengurangkan kos dengan mengurangkan gaji pekerja supaya mereka dapat untung tinggi. Maka siapakah yang patut bela nasib pekerja kalau tidak kerajaan .Tetapi, nampaknya kerajaan telah cuci tangan dalam membela nasib pekerja dan menendang pula ke Majlis Gaji yang dianggotai oleh majikan.

Pekerja Asing – Bukan alasan untuk menolak Akta Gaji Minima!

Adalah penting bagi Menteri Sumber Manusia untuk memahami mengenai konsep gaji minima. Gaji dibayar untuk jumlah tenaga kerja yang telah disumbangkan oleh seseorang pekerja. Oleh itu, sama ada pekerja tempatan mahupun pekerja asing harus dibayar gaji yang sama rata untuk tenaga kerja mereka. Apakah salahnya jika seseorang pekerja asing menerima gaji minima RM900 atau RM1,500? Bukankah mereka juga menyumbang kepada pembangunan serta GDP negara?

 

Kenaikan harga barangan: Perlu Akta Minima

Pada masa kini, harga barangan terutamanya harga barang makanan melambung tinggi. Bukan itu sahaja, harga petrol dan bahan bakar juga naiki. Dalam keadaan ini adalah penting untuk mengubal Akta Gaji Minima supaya rakyat terutamanya pekerja yang berpendapatan rendah dapat menghadapi kenaikan harga dan menjalankan hidup.

Kalau negara yang lebih miskin seperti Sri Lanka, Pakisatan, Bangladesh dan Vietnam boleh ada Gaji Minima, kenapa bukan Malaysia yang lebih maju dan membangun daripada mereka. Tak cukup sekadar mempunyai bangunan tinggi sepert KLCC, taraf hidup rakyat pun perlulah ditingkatkan. Untuk itu Gubal Akta Gaji Minima dan berhenti menganiaya pekerja Malaysia yang merupakan tulang belakang pembangunan negara.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments