IGP dengan niat jahat menghukum penganjur dan peserta himpunan 1 Mei 2015: Jawatankuasa 1 Mei

0

Penganjur Himpunan 1 Mei telah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi yang telahpun memberi jaminan untuk bekerjasama dengan pihak penganjur; namun, tangkapan masih dibuat, ujar Parameswary E.

Tangkapan ke atas Arutchelvan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dan Penganjur Jawatankuasa 1 Mei, Ambiga selaku pengerusi Negaraku dan Mantan Pengerusi Bersih, Anthony Loke yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda (DAP) berserta 29 orang anak muda adalah niat jahat Ketua Polis Negara untuk menghukum aktivis yang menuntut demokrasi di negara ini.

Kesemua Orang Kena Zalim (OKZ) ditahan dibawah Seksyen 143 kanun Kesiksaan dan Seksyen 41C Akta Hasutan. Dimaklumkan beberapa pimpinan parti politik dan kumpulan NGO telah diarahkan oleh polis untuk menyerah diri di IPD Dang Wangi dan polis akan keluarkan waran tangkapan jika OKZ gagal menyerah diri.

Arul, Ambiga dan Anthony Loke ditahan sejurus mereka menyerah diri di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur dan dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur Jinjang untuk direman pada hari berikutnya.

Kami pertikaikan tindakan IGP yang dengan niat jahat membuat tangkapan terhadap penganjur dan peserta himpunan Hari Pekerja. Ini kerana pada 24 April 2015, penganjur Himpunan 1 Mei Arutchelvan dan Mohamad Sabu dari Pas telah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Tuan Zainol. Tuan Zainol telahpun memberi jaminan untuk bekerjasama dengan pihak penganjur. Namun mengapakah tangkapan dibuat pada hari ini?

1 Mei adalah Hari Pekerja Sedunia yang diiktiraf di bawah International Labour Organization (ILO) dan seluruh dunia menyambut Hari Pekerja pada hari ini. Di Malaysia, 1 Mei adalah cuti wajib yang digazetkan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Maka setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk untuk menyambut Hari Pekerja sebagaimana menyambut perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain lagi.

READ MORE:  Allow people avenues to express spontaneous dissatisfaction peacefully

Artikel 10 dari perlembagaan Malaysia jelas menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Hak berhimpun dan hak untuk bersuara sememangnya termaktub dalam perlembagaan. Himpunan tahun ini membawa tema #BatalGST termasuk 17 tuntutan rakyat yang diantaranya gaji minima RM1500, rumah selesa, hentikan TPPA, jamin hak wanita, jamin hak pekerja migrant, jamin hak pelajar dan hapuskan akta zalim dan disokong oleh 124 organisasi rakyat.

Parameswary E ialah penyelaras Jawatankuasa 1 Mei 2015.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments