Hari Malaysia untuk siapa?

1
188

Semua rakyat harus mendapat hak yang saksama dan harus boleh menikmati sumber Malaysia bersama, ulas Nalini M dan Kohila dari Jerit. Sehingga perubahan ini berlaku, Hari Malaysia hanya adalah satu lagi cuti umum dalam banyak-banyak cuti umum yang ada di Malaysia.

16 September 2010, adalah pertama kali Hari Malaysia akan disambut dengan cuti umum. Cuti umum ini adalah satu permainan politik Barisan Nasional untuk menggembirakan rakyat Sabah dan Sarawak kerana 16 September inilah betul-betulnya hari merdeka untuk rakyat Sabah and Sarawak.

Jom kita imbas kembali sejarah penubuhan Malaysia in. Malaya mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Kemerdekaan Malaya adalah kemerdekaan dalam Darurat. Pada masa yang sama pengaruh komunis sedang merebak di Asia Tenggara dan Fron Sosialis serta ideologi komunis masih segar di Malaya. Maka demi mengawal gerakan komunis dan untuk memastikan Borneo, Singapura dan Malaya masih di bawah kawalan mereka, British telah mencetuskan idea Malaysia ini. Pada awalnya Brunei pun termasuk sekali dalam penubuhan Malaysia ini akan tetapi pada saat terakhir mereka menarik diri kerana bantahan rakyat Brunei.  Singapura, Sabah dan Sarawak setuju bersama kerana kalau tidak kemerdekaan tidak dapat diperolehi.

Rancangan British ini juga ditentang oleh Indonesia dan Filipina kerana mereka melihat Malaysia sebagai empayar British di Asia Tenggara. Bukan itu sahaja, Sabah dan pulau sekitarnya menjadi rebutan Indonesia dan Filipina. Namun, semua bantahan ini diatasi dan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963. Semasa penubuhan, kerajaan Malaya telah memberi banyak janji manis kepada Singapura, Sabah dan Sarawak. Tetapi selepas itu, mimpi indah telah bertukar menjadi mimpi ngeri. Pada tahun 1965, Singapura telah keluar dari Malaysia kerana tidak puas hati dengan Kerajaan Persekutuan. Rakyat Sabah dan Sarawak pula masih hidup merana walaupun sudah 47 tahun dalam persekutuan Malaysia.

READ MORE:  What it takes to be Malaysian

Cukup dengan sejarah. Kini mari kita lihat 47 tahun penubuhan Malaysia: apakah kebaikannya kepada rakyat Malaysia dan apa muslihat di sebalik mengisythirakan 16 September 2010 sebagai cuti umum?

Segala perubahan ini adalah akibat perubahan yang dibuat oleh rakyat sejak Mac 2008 di mana Pakatan Rakyat telah merampas lima negeri dari BN walaupun setahun kemudian Perak telah dirampas balik melalui pintu belakang oleh BN. Setelah kekalahan signifikan oleh BN pada pilihanraya umum yang lepas, ia telah sedar yang mereka tidak boleh mengabaikan perasaan rakyat biasa sebagai tidak signifikan. Malah, kerajaan persekutuan masih di bawah kuasa BN kerana undi yang diperolehi dari rakyat di Sabah dan Sarawak. Malah Johor yang dulunya kubu kuat BN telah dapat ditembusi oleh Pakatan Rakyat.

Keadaan ini telah digunakan oleh Pakatan Rakyat dan juga rakyat biasa untuk mengatakan bahawa PR hanya perlukan sedikit sokongan dari Sabah dan Sarawak untuk mengambil alih kerajaan persekutuan. Ini telah menakutkan BN. Bukan itu sahaja, angin perubahan yang melanda Semenanjung Malaysia juga telah sampai ke Sabah dan Sarawak. Ini bermakna deposit tetap (undi tetap) BN di Sabah dan Sarawak tergugat. Lagipun apabila soalan mengenai hak, sejarah dan kemiskinan rakyat Sabah dan Sarawak terutamanya dari kaum Orang Asal dipersoalkan, BN sudah rasa ia tidak boleh berdiam lagi. Gula-gula harus diberi kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Maka Hari Malaysia diberi cuti dan konsep 1Malaysia diperkenalkan untuk meyakinkan semua rakyat adalah sama rata.

Akan tetapi 53 tahun selepas Malaya merdeka dan 47 tahun selepas penubuhan Malaysia, apakah keadaan rakyat sekarang?

Isu perkauman masih menjadi agenda utama parti-parti politik. Diskriminasi di kalangan masyarakat Malaysia masih berleluasa. Walaupun negeri Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia namun ia merupakan negeri yang paling miskin dengan sosio ekonominya yang paling rendah. Hasil kajian Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menunjukkan bahawa kemiskinan yang paling serius di Malaysia adalah di kalangan komuniti pribumi di Sabah dan Sarawak. Sarawak adalah sebuah negeri yang mempunyai banyak hasil bumi seperti minyak, gas dan balak dan merupakan sebuah negeri yang berpotensi besar untuk menjadi negeri yang paling maju di Malaysia; namun keadaan rakyat di sana sungguh menyedihkan. Mengikut statistik, di Sabah dan Sarawak, masih terdapat banyak kampung yang belum dihubungkan dengan jalan raya dan lebih dari satu perempat isi rumah tidak ada akses kepada elektrik.

READ MORE:  What it takes to be Malaysian

Selain itu, lebih 40 peratus isi rumah di Sabah dan Sarawak masih tiada kemudahan air bersih dan air yang dirawat. Menurut perangkaan, seramai 25,254 penduduk di Sarawak masih tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang melibatkan penduduk tempatan yang tidak memohon dan penduduk warga asing yang telah lama menetap di Sarawak.

Konsep kewarganegaraan yang berteraskan perkauman sudah lama mengancam kumpulan-kumpulan bumiputera yang lain, termasuklah kaum Iban di Sarawak dan kaum Kadazan-Dusun di Sabah, serta kaum-kaum bukan Melayu di Semenanjung Malaysia, seperti Orang Asli. Oleh kerana kaum Kadazan-Dusun dan kumpulan-kumpulan pribumi yang lain adalah kaum ‘bumiputera’  di Sabah dan  Sarawak, mereka juga berhak mendapat hak ‘bumiputera” seperti yang termaktub dalam perlembagaan bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi juga di Peninsula Malaysia. Akan tetapi adakah keadaan ini berlaku? Tidak.

Maka nampaknya, diskriminasi kaum berlaku di setiap pelusuk negara dan diinstitusikan oleh kerajaan pemerintah untuk memastikan rakyat tidak bersatu dan sentiasa dengki dan curiga terhadap satu sama lain. Pecah dan perintah memastikan mereka di puncak kuasa selamat. Sumber dan harta negara pula dikuasai dan dinikmati oleh segelintir sahaja manakala majoriti rakyat merana. Penganiayaan terhadap rakyat pribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak semakin hari semakin teruk dan hak asasi mereka dicabuli.

Cukup sudah keadaan ini. Perubahan harus dibawa oleh rakyat. Tidak cukup 16 September diberi cuti umum untuk merayakan Hari Malaysia. Kita perlukan lebih daripada itu. Semua rakyat harus mendapat hak yang saksama dan harus boleh menikmati sumber Malaysia bersama. Sehingga perubahan ini berlaku, Hari Malaysia hanya adalah satu lagi cuti umum dalam banyak-banyak cuti umum yang ada di Malaysia.

(Visited 109 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Clemence Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Clemence
Clemence

testing comment.