Deklarasi 1 Mei 2015

1
290
Photo courtesy of wargamarhaen.blogspot.com

Tahun 2015: Tahun Bantah Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Kerajaan BN telah mengimplementasikan system cukai GST walaupun bantahan berterusan dari rakyat.

Cukai GST telah menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan naik, walaupun kerajaan menyatakan sebaliknya. Mengikut kajian Fomca (Malaysiakini. 8 April 2015), harga barangan telah naik 30 peratus selepas perlaksanaan GST. Malah perniagaan yang tidak kenakan cukai GST pun naikkan harga kerana kos operasi mereka telah meningkat.

Rakyat Malaysia khususnya kaum pekerja merana akibat perlaksanaan cukai GST ini manakala kerajaan terus memberi alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini. Namun bila tiba masa naikkan gaji minima, pelbagai alasan diberi untuk tidak menaikkan gaji minima. Lebih memalukan ialah setelah dua tahun implementasi gaji minima RM900, pekerja kerajaan ada yang masih tidak mendapat gaji minima RM900.

Kerajaan yang pro-korporat ini sungguh beria-ia mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan sanggup membebankan rakyat biasa dengan cukai GST. Malah bagi mengalihkan perhatian dari korupsi dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan, isu -isu perkauman dimainkan dan digunakan untuk memperbodohkan rakyat.

Cukup sudah! Rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi.

Batalkan cukai GST; tingkatkan gaji minima ke RM1500.

Tuntutan-tuntutan

  1. Batalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menindas rakyat.
  2. Hentikan rundingan Trans-Pasifik Partnership Agreement (TPPA) yang akan mengakibatkan jajahan ekonomi dan memberi impak negatif kepada pelbagai industri tempatan
  3. Kaji semula gaji minima, laksanakan gaji minima RM1500 dan Cost of Living Allowance Cola) untuk menghadapi kenaikkan kos hidup.
  4. Hak kesatuan sekerja – Hormati semangat keharmonian industry dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.
  5. Hak pekerja wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, kerajaan dan mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan. Hapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita (Cedaw). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
  6. Hak pekerja migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
  7. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas – Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh kerajaaan.
  8. Kebebasan media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.
  9. Kawal harga barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.
  10. Hak pelajar – Mansuhkan Auku, PTPTN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.
  11. Hak Orang Asal – Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal.
  12. Alam sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, insinerator, loji nuklear dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
  13. Perumahan selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat marhain termasuk peneroka bandar, orang asal dan pekerja ladang. Skim perumahan rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.
  14. Mansuhkan akta Pota ( 2015) dan Akta Hasutan (1948) berserta segala undang-undang yang menindas rakyat
  15. Hak bekerja orang kelainan upaya (OKU) harus dipastikan. Skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU harus digubal.
  16. Laksanakan jaminan perlindungan sekuriti sosial untuk semua termasuk skim pencen dan tabung pemberhentian kerja untuk semua.
  17. Hentikan diskriminasi berasaskan gender dan orientasi seksual. Mansuhkan undang-undang dan polisi yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian
READ MORE:  Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi – Deklarasi 1 Mei 2019

Disokong oleh :

  • Aliran
  • Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  • Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
  • KL and Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section
  • Malaysia Youth and Students Democratic Movement (Dema)
  • Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
  • Pro-Mahasiswa Universiti Malaya
  • Pro-Mahasiswa Nasional
  • Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
  • Parti Sosialis Malaysia
  • Jingga 13
  • Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Perseketuan (Permas)
  • Pusat Komas
  • Sahabat Rakyat
  • Pemuda Sosialis
  • Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
  • Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa)
  • Transformasi Mahasiswa (TMUUM)
  • Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm)
  • Saya Anak Bangsa Malaysia ( SABM)
  • Asalkan Bukan Umno (Abu)

.. and another 100 groups.

(Visited 319 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Frankie Lim Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Frankie Lim

The heros of tomorrow. …brave on