Tahniah, peguam negara

0
162

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) menyambut baik keputusan peguam negara untuk menggugurkan pertuduhan dibawah Akta Hasutan keatas kartunis Zulkiflee Anwar Ul-Haq (Zunar), bekas Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

Pengguguran ini adalah selari dengan janji bagi mereformasikan sistem perundangan negara yang dibuat oleh kerajaan dan berharap ini adalah langkah awal sebelum akta ini dimansuhkan.

Bagaimanapun, GHAH berharap agar moratorium dilaksanakan segera, agar akta ini tidak disalahgunakan lagi, seperti yang terjadi keatas aktivis Fadiah Nadwa Fikri tempoh hari.

GHAH juga menggesa agar semua pertuduhan dan siasatan yang dijalankan dibawah akta drakonian ini dapat juga digugur dan dihentikan. Bekas Ahli Parlimen Batu Tian Chua, peguam Eric Paulsen, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar, aktivis Lawrence Jeyaraj, jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan dan ramai lagi masih berdepan pertuduhan dibawah akta zalim ini.

Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas dalam isu ini, usul pemansuhan Akta Hasutan ini seharusnya dibahaskan segera pada sidang parlimen ini yang akan berakhir pada 16 Ogos 2018.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of