Tahanan 6 tahun ISA dibawa ke PRC tanpa makluman keluarga

0
29 views

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ingin menarik perhatian semua berhubung tindakan kerajaan yang membawa tahanan-tahanan ISA yang sudah berada di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) ke Kuala Lumpur dengan sewenang-wenangnya. Tahanan disyaki dikurung di Police Remand Center (PRC) di Balai Polis sekitar Kuala Lumpur tanpa sebab-sebab yang jelas.



Mengikut sumber maklumat yang GMI perolehi daripada peguam tahanan, seramai 8 orang tahanan telah dibawa ke PRC untuk tempoh seminggu bermula daripada 19 April hingga 27 April tanpasebarang sebab. Malah menurut sumber berkenaan, tahanan-tahanan berkenaan kemungkinan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Apa yang menghairankan ialah, keluarga dan isteri tahanan tidak tahu menahu tentang perkara ini. Antara tahanan yang dibawa ke PRC ialah:

 

  • Mat Sah bin Mohd Satray (6 tahun)
  • Abdul Murad bin Sudin (6 tahun)
  • Mohd Khider bin Kader (6 tahun)
  • Abdullah Daud (6 tahun)
  • Suhaimi bin Mokhtar (6 tahun)
  • Sulaiman bin Suramin (6 tahun)
  • Yazid Bin Sufaat (6 tahun)
  • Zaini bin Zakaria (6 tahun)

Tahanan-tahanan tersebut adalah tahanan yang telah ditahan di bawah Akta zalim ISA selama hampir atau lebih dari enam tahun. Sudah hampir seminggu mereka dibawa ke PRC namun isteri-isteri mereka masih tidak diberitahu tentang ketiadaan mereka dalam Kemta.

GMI mengutuk tindakan pihak berkuasa memindah tahanan-tahanan dari Kemta ke PRC di Kuala Lumpur sewenang-wenangnya kerana besar kemungkinan interogasi dijalankan semula ke atas tahanan-tahanan. GMI berpendapat tindakan pemindahan tahanan ke PRC dan interogasi itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan polis telah diberi 60 hari penuh di bawah Seksyen 73 ISA untuk menjalankan sebarang siasatan apabila tahanan ditahan di bawah ISA. Selepas 60 hari, tahanan seharusnya tidak boleh dipindahkan lagi untuk sebarang penyiasatan mahupun interogasi.

READ MORE:  Edict gesa polis ikut prosedur operasi standard untuk tahanan

Lebih penting lagi, GMI bimbang tahanan sekali lagi didera secara mental and fizikal semasa di dalam PRC, di mana keluarga tahanan tidak diberitahu bila dan tempat penahanan manakala tahanan pula tidak mempunyai sebarang akses kepada keluarga dan peguam. Dalam keadaan ini, hak keluarga tahanan untuk melawat tahanan sekali setiap minggu juga telah dirampas kerana mereka tidak tahu di mana untuk melawat suami mereka.

Oleh yang demikian, GMI ingin membuat tuntutan berikut:

a. Penjelasan daripada pihak polis dan kerajaan kenapa tahanan tersebut dipindah keluar daripada Kemta ke PRC di Kuala Lumpur.

b. Suhakam perlu membuat lawatan segera dan melawat tahanan-tahanan itu untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik, sihat dan tidak didera secara mental dan fizikal.

c. Kerajaan perlu menyiasat segera tujuan sebenar tahanan-tahanan ini dipindah daripada Kemta ke PRC Kuala Lumpur dan mengumumkan laporan hasil siasatan.

d. Pihak Kem Kamunting perlu memastikan supaya keluarga tahanan diberitahu setiap kali tahanan dipindah keluar daripada Kemta dan ke mana tahanan dipindah.

Mansuhkan ISA!

Bebaskan semua tahanan!

Tutup Kemta!

Nalini E

Setiausaha GMI

24 April 2008

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments