Penahanan Ustaz Wan Ji: Bebas segera!

1
162
Wan Ji Wan Hussin's Facebook

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengecam penahanan yang dibuat keatas pegawai ketua menteri Pulau Pinang Ustaz Wan Ji Wan Hussin.

Beliau ditahan seusai solat Jumaat di Masjid Sembilang, Seberang Perai, Pulau Pinang, pada 13 Oktober 2017. Ustaz Wan Ji dikatakan ditahan disebabkan oleh sebuah rakaman video pada 2013 yang tular baru-baru ini dan disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

GHAH menggesa agar Ustaz Wan Ji dibebaskan dengan kadar segera dan pertuduhan yang dibuat keatas beliau untuk satu lagi kes yang juga dibawah Akta Hasutan digugurkan, seperti mana pihak pendakwaan menggugurkan kes Mohd Ali (Ali Tinju) pada 12 November 2015.

Akta Hasutan adalah sebuah akta drakonian yang lapuk, digubal oleh penjajah British pada tahun 1948 bagi mendiamkan penentangan dan perjuangan menuntut kemerdekaan. Akta ini juga boleh ditafsirkan dengan terlalu luas tanpa perlu membuktikan ada kumpulan atau individu yang terhasut.

Melihat pada perkembangan terkini, Akta Hasutan seakan-akan diberi nafas baru, dengan beberapa penahanan dibuat dibawah akta drakonian ini sejak beberapa minggu lalu.

GHAH akan memperhebatkan kempen bagi melawan akta lapuk ini dan mendesak agar Najib Razak menunaikan janji yang dibuat pada 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Mempersiap perlawanan, #MansuhAktaHasutan!

Gerakan Hapus Akta Hasutan

(Visited 178 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here