Kenyataan Zamihan menjelekkan, namun tidak perlu Akta Hasutan

2
59

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkaitan siasatan yang akan dijalankan keatas presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Ustaz Zamihan Mat Zin dibawah Akta Hasutan berikutan kritikan yang dikatakan dibuat keatas pendirian Sultan Johor mengenai dobi “mesra Islam”.

GHAH melahirkan rasa kecewa diatas perkara ini.

GHAH mengutuk kenyataan presiden Aswaja tersebut dan menganggap kenyataan tersebut bersifat jelek, namun GHAH secara tegas menentang penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap beliau atau mana-mana individu yang menyatakan pendapat.

GHAH bersetuju terdapat batas dalam kebebasan bersuara, tetapi menggunakan akta yang sudah lapuk, dalam pada kita sudah punya akta lain seperti kanun keseksaan, adalah bersifat regresif dan memalukan.

GHAH secara tegas ingin mengulangi tuntutan kami iaitu:

  • Mansuhkan Akta Hasutan 1948
  • Gugurkan semua pertuduhan dan bebas semua tahanan
  • Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim

Gerakan Hapus Akta Hasutan

(Visited 63 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here