Cukuplah enam tahun mereka dizalimi

0

Gerakan
Mansuhkan ISA (GMI) ingin menarik perhatian rakyat dan media bahawa
pada tahun 2008 ini, terdapat tahanan yang di tahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting
(Kemta) selama enam tahun. Ini kemungkinan satu tempoh yang paling
lama dalam sejarah moden Malaysia, sebuah negara demokrasi.



Mereka
telah ditahan sejak tahun 2001, dengan label yang diberikan oleh
pihak berkuasa sebagai ahli "Jemaah Islamiyyah" (JI).
Sehingga kini setelah enam tahun berlalu, tiada sebarang bukti pun
dikemukakan. Malah mereka digambarkan sebagai pengganas oleh kerajaan
mahu pun media tertentu tanpa mereka berpeluang membela diri. Inilah
keistimewaan ISA…lakukan penahanan sewenang-wenangnya tanpa bukti,
tanpa bicara dan tanpa ruang suara pembelaan.

Sudah
menjadi tradisi Kementerian Dalam Negeri yang tidak pernah telus
mengenai bilangan tahanan ISA yang sedang ditahan di Kemta pada masa
kini. Tiada siapa yang tahu, berapakah bilangan tahanan yang ditahan,
berapa lamakah mereka telah ditahan dan berapa bilangan tahanan yang
telah dibebaskan. Bahkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Suhakam) yang menjadi penjaga hak asasi manusia di Malaysia, tidak
dapat memberikan angka tahanan yang sebenar kepada masyarakat umum.

Menurut
statistik terkini GMI yang diperolehi daripada sumber ahli keluarga
tahanan, pada tahun 2008 ini, seramai 10 tahanan akan cukup tempoh
enam tahun penahanan mereka. Kesemua tahanan ini di tahan tanpa
bicara termasuk lima tahanan,yang telah di lanjutkan penahanan mereka
untuk dua tahun berikutnya menjadikan semuanya lapan tahun. Sepuluh
orang yang dinamakan ahli JI ini adalah tahanan ISA yang paling lama
ditahan di bawah ISA di abad ke 21 ini.

GMI
memandang sangat serius penahanan berlanjutan tanpa alasan kukuh lagi
munasabah ini. Sekiranya lebih daripada 40 orang tahanan JI yang
ditahan atas alasan serupa telah dibebaskan pada tahun-tahun sebelum
ini, apakah ada sebab-sebab lain lagi penahanan dibuat sehingga
tempoh yang begitu lama…enam…lapan tahun?

Oleh
yang demikian, GMI telah merancang satu kempen khas untuk mereka yang
di tahan selama enam tahun ini yang bertemakan "Cukuplah enam
tahun mereka dizalimi" dengan harapan supaya rakyat akan turut
bangun memberikan sokongan serta bertindak positif supaya mereka
dibebaskan dengan segera. Kempen ini telah pun bermula sejak bulan
Februari dan akan berlanjutan hingga bulan Jun 2008.

Walaupun
pada dasarnya kempen ini diadakan khas untuk mereka yang telah
ditahan selama enam tahun, namun GMI sentiasa berpegang kepada
prinsip bahawa semua tahanan ISA hendaklah dibicarakan di mahkamah
atau dibebaskan sahaja. Seruan ini ditujukan kepada semua tahanan di
Kemta, tidak kira samada bangsa Melayu, Cina atau India. Semua
tahanan, samada baru ditahan sehari, seminggu, sebulan ataupun yang
sudah lebih dari enam tahun, mestilah dibebaskan dengan segera. Kita
tidak boleh rela dengan penahanan tanpa bicara walaupun seminit!

GMI
merayu kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan agar
segera bertindak dan mengambil bahagian dalam kempen utama yang
sedang dijalankan sekarang. Makluman akan dibuat dari semasa ke
semasa berkenaan dengan aktiviti-aktiviti kempen.

 Berikut
adalah antara aktiviti utama kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun- ISA.
 

 

Bil

 

Program Umum

 

Masa

 

1.

 

Letter Signing Marathon/ Petition On-Line

 

April

 

 

2.

 

Kempen Poskad

 

 

Mei

 

3.

 

Mogok Lapar dan Vigil

 

Jun

 

Pada
hari ini, GMI ingin melancarkan kempen bebaskan tahanan enam tahun
ISA ini dengan satu seruan iaitu jika rakyat telah menunjukkan
keberanian menolak kerajaan Barisan Nasional dengan menafikan dua
pertiga dalam Parlimen, menolak kerajaan BN di empat negeri serta
mengekal kerajaan Pas di negeri Kelantan dalam pilihan raya umum
ke-12, maka bangkitlah dan tunjukkan keberanian sekali lagi dengan
mendesak kerajaan membebaskan tahanan enam-tahun serta semua tahanan
yang ditahan di bawah ISA yang zalim!

GMI
menyeru semua wakil rakyat Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU12
baru-baru ini agar turut mengambil bahagian dalam kempen ini dengan
mewar-warkan kepada rakyat yang berada di kawasan masing-masing.
Sekiranya semua pihak memberikan sokongan, tidak mustahil, pada satu
hari nanti, semua tahanan akan dibebaskan, akta zalim itu di
mansuhkan dan Kem Kamunting akan segera ditutup.

 

Mansuhkan ISA,

Bebaskan Tahanan ISA,

Tutup Kem kamunting.

 

 

 

Syed Ibrahim Syed Noh

Pengerusi GMI 

11 April 2008 

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments