Warga Malaysia haruslah mengekalkan jarak sosial perintah kawalan pergerakan bersyarat (Malay/English)

0
208 views
Photo: TheDigitalArtist/Pixabay

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) meminta warga Malaysia untuk mengekalkan jarak sosial masing-masing semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat yang bakal bermula pada 4 Mei 2020.

GBM memohon kerajaan untuk menimbang permintaan masyarakat sivil yang menyeru perintah kawalan pergerakan bersyarat untuk bermula pada 12 Mei 2020 supaya mereka mempunyai cukup masa untuk membuat persediaan yang lebih sempurna.

GBM ingin menasihati pihak orang awam bahawa wabak Covid-19 mampu bangkit semula dengan lebih teruk walaupun ia kini lebih terkawal. Salah satu contoh adalah di Hokkaido, Jepun yang telah mewujudkan semula perintah penyekatan selepas melonggarkan perintah tersebut selama 26 hari.

Jikalau perintah kawalan pergerakan bersyarat tetap bermula pada 4 Mei, GBM ingin menasihati orang awam untuk bekerja sama agar perintah kelonggaran ini tidak ditarik balik. Larangan kerajaan terhadap menganjurkan aktiviti sosial (hari jadi, hari kahwin, rumah terbuka), aktiviti peribadatan (sembahyang jemaah, ceramah agama, sambutan hari khusus keagamaan), aktiviti pendidikan separa formal (forum, seminar, kongress) dan aktiviti politik (himpunan aman) harus dipatuhi oleh semua pihak bertanggungjawab.

Akhir sekali, pihak GBM ingin mengingatkan orang awam bahawa mematuhi jarak sosial adalah untuk keselamatan semua sebagaimana undang-undang trafik seperti memakai tali pinggang atau topi keledar. Walaupun penguatkuasaan jarak sosial akan menjadi lebih longgar selepas 4 Mei, orang awam harus mengekalkan budaya ini untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan juga orang yang disayangi.

Zaid Kamaruddin ialah pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia. Kenyataan ini dikeluarkan bagi pihak majlis eksekutif Gabungan Bertindak Malaysia

English version

Malaysians must keep to stringent social distancing under conditional movement control order

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) urges Malaysians to practice stringent social distancing after the lockdown is much eased under the conditional movement control order starting 4 May.

READ MORE:  Movement control order: CIJ wants all arrests halted

GBM urges the government to consider the call from civil society for the conditional movement control order to start after 12 May so that they can properly prepare for the upcoming situation.

GBM cautions Malaysians that the outbreak may re-surge and strike even harsher after initial containment. A case in point is Japan’s Hokkaido, which has returned to lockdown 26 days after lifting it.

If the conditional movement control order starts as announced on 4 May, GBM urges Malaysians to work together so that this easing of lockdown will not be rescinded. Restrictions on certain activities such as social activities (marriage ceremonies, birthdays, open houses), religious activities (mass prayers, mass sermons, religious celebrations), formal educational activities (forums, seminars, congresses) and political activities (peaceful assemblies) must be fully adhered.

GBM reminds Malaysians that social distancing is for everyone’s safety much like the traffic ruling on wearing seat-belts or helmets. Even if enforcement of social distancing becomes less effective after 4 May, Malaysians must still do it voluntarily to protect themselves and their loved ones.

Zaid Kamaruddin is chair of Gabungan Bertindak Malaysia. This statement was issued on behalf of the executive council of Gabungan Bertindak Malaysia

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments