Sokong perniagaan tempatan negara/Support our local businesses

1
19
Kedai runcit - Photo: zol m/Flickr

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) memohon orang awam untuk menyokong perniagaan kecil kita, terutama kepada pihak yang berurusan dengan servis dan produk tempatan apabila kelonggaran perintah kawalan pergerakan bermula pada 4 May 2020.

Sokongan ini amat penting untuk mengatasi krisis ekonomi yang kian kritikal di negara ini.

Jelas bahawa perniagaan kecil seperti kedai kopi, kopitiam, kedai runcit, kedai menjual makanan dan pasar tempatan telah terjejas oleh perintah kawalan pergerakan. Kekurangan pendapatan dari perintah kerajaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan selepas perintah kawalan pergerakan dilonggarkan.

Perniagaan-perniagaan seperti ini juga telah dikecualikan dari berbagai pakej rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Untuk memastikan bahawa perniagaan ini masih wujud, kami, daripada pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili komuniti berbilangan kaum daripada seluruh Malaysia, ingin memohon orang awam untuk melaksanakan perkara-perkara berikut selepas kelonggaran perintah kawalan pergerakan dilaksanakan:

  • Amalkan budaya membeli hasil tempatan sebanyak mana mungkin. Amalan ini mampu merangsang industri sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan juga perniagaan tempatan
  • Amalkan budaya membeli hanya daripada kedai berdekatan, pasar tempatan dan kedai-kedai kecil apabila tempat-tempat sebegini menyambung semula operasi perniagaan mereka
  • Kurangkan pembelanjaan terhadap perniagaan francais makanan dan minuman luar tempatan yang mempunyai harga lebih tinggi seperti kopi, kek dan pastri. Perusahaan francais ini mempunyai lebihan simpanan kewangan dan mampu bertahan pada keadaan yang sukar berbanding daripada perniagaan kecil tempatan

GBM ingin menasihati orang awam bahawa ekonomi negara akan membangun dengan lebih pesat jika kita menyokong perniagaan tempatan.

GBM juga memohon kepada pihak kerajaan untuk melancarkan kempen membeli produk tempatan sebagai simbol menyokong peniaga tempatan dan merangsang lebih permintaan dalam negeri untuk produk mereka.

Zaid Kamaruddin ialah pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia. Kenyataan ini dikeluarkan oleh majlis eksekutif Gabungan Bertindak Malaysia

English version

Support our local businesses

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) urges the Malaysian public to support our small businesses, especially those dealing with local products and services during this period of acute economic crisis in the nation.

It is clear that these businesses such as coffee shops, kopitiams, sundry shops, food stalls, local markets and similar establishments are among the hardest hit by the movement control order enforcement. Many have suffered losses which will make it difficult, if not impossible, for them to survive even after the movement control order is lifted.

Such businesses have been largely left out of the various stimulus packages implemented by the government to date.

To ensure their survival, we, concerned NGOs that represent multiracial communities from all over Malaysia, call on fellow Malaysians to undertake the following consumer actions in out post-movement control order life:

  • Buy local produce as much as possible. This will also stimulate our domestic vegetable, fruit, meat and fish sectors and small businesses
  • Patronise local neighborhood stores, small shops and markets when they are reopened
  • Minimise spending on international food and drink franchises which have higher prices for example, coffee or pastries and cakes. These enterprises have deeper reserves and can survive in difficult times better than our small businesses

Remember, if we help to keep our small businesses strong, we will make our economy stronger.

We also urge the government to launch a campaign to buy local products to support small businesses and stimulate domestic demand for these products.

Zaid Kamaruddin is chair of Gabungan Bertindak Malaysia. This statement was issued on behalf of the executive council of Gabungan Bertindak Malaysia

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Benedict Lopez
21 May 2020 1.53pm

Even during normal times, I have always supported the small businesses. Only when I cannot something in the small retail shops, I go to the Supermarket.