Pembaharuan politik yang luas diperlukan untuk membina demokrasi yang disepakati di Malaysia

0
57

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) menyeru ke arah pembaharuan politik yang lebih luas untuk membina sebuah demokrasi yang disepakati menjelang sambutan ulang tahun yang ke-54 penubuhan negara Malaysia.

Sistem politik semasa yang membolehkan ‘pemenang mengambil semua’ telah meminggirkan, bukan sahaja Sabah dan Sarawak, malahan semua rakyat Malaysia di luar lingkungan sekelompok ahli politik dan perniagaan yang berkuasa.

Pemusatan kuasa dan kesan rasuah yang berleluasa daripada pihak atasan telah menjadikan kemerdekaan 1957/1963 daripada British tidak bermakna. Lagipun, kemerdekaan bukanlah bermaksud mengganti sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab di London dengan seorang pemerintah yang tidak bertanggungjawab di Putrajaya.

Kami menyeru agar dilaksanakan pembaharuan dalam dua aspek utama:

(1) Pengagihan kuasa dengan mengiktiraf Malaysia sebagai perkongsian tiga pihak; dan

(2) pemurnian pilihan raya, parlimen dan kabinet untuk menjadikan politik lebih inklusif, bertanggungjawab dan stabil.

Kami berharap perkara-perkara ini akan dimasukkan dalam manifesto parti-parti politik menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

I Pengagihan kuasa dengan pengiktirafan Malaysia sebagai perkongsian tiga pihak

Malaysia pada hari ini jauh daripada yang dijanjikan pada 1963: sebuah bangsa yang bersatu dan masyarakat yang inklusif yang membawa kemajuan, kemakmuran dan keadilan ke seluruh pelosok negara.

Di satu pihak, naratif arus perdana masih dikuasai oleh perspektif ‘Malaya-centric’ seperti mana Sabah dan Sarawak pada 1963 yang dianggap ahli baru dalam Malaysia, bukannya rakan kongsi yang sama rata kepada Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu untuk membentuk negara Malaysia. Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan juga telah sengaja dipinda pada 1976 untuk melenyapkan perbezaan Sabah dan Sarawak daripada negeri-negeri lain.

Di pihak lain, bukan sahaja Sabah dan Sarawak, malah negeri-negeri di Semenanjung juga telah menderita akibat amalan pemusatan kuasa kepada kerajaanpPersekutuan yang gagal membawa keseimbangan menyeluruh sambil membendung autonomi negeri untuk berinovasi dan berkembang. Desakan untuk menambah royalti petroleum bukan sahaja perlu untuk Sabah dan Sarawak, tetapi juga untuk Terengganu, Kelantan dan Pahang. Pada masa kini, lebih daripada 90% perbelanjaan kerajaan diperuntukkan kepada kerajaan persekutuan, yang dibelenggu korupsi dan urus tadbir yang lemah seperti yang tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

Ternyata Malaysia memerlukan sebuah struktur negeri-persekutuan yang lebih inklusif bagi memastikan rakyat Malaysia di kawasan pedalaman mudah mendapat bekalan elektrik, air, penjagaan kesihatan, pendidikan dan akses kepada internet sambil pusat bandar mendapat sistem pengangkutan awam yang lebih baik, perumahan yang murah dan kurang kemiskinan secara relatifnya.

Untuk ini, kami menggesa agar tiga perbaharuan dilakukan:

1. Mengiktiraf Perjanjian Malaysia 1963 sebagai dasar persekutuan

“Persekutuan” dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160 seharusnya didefinisikan semula sebagai:

“Persekutuan yang ditubuhkan, sebelum hari keenambelas bulan September, seribu sembilan ratus enam puluh tiga [16 September, 1963], di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1957, dan selepas hari Perjanjian Malaysia 1963.”

2. Penyertaan yang sama dari Malaya, Sabah dan Sarawak untuk Malaysia

Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan harus dikembalikan kepada versi asal tanpa menyebut Singapura,

“Negeri-Negeri Persekutuan sepatutnya
(a) Negeri-negeri Malaya, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu. ”
(b) Sabah; dan
(c) Sarawak”

3. Mengkaji semula pembahagian kuasa dan sumber persekutuan-negeri

Sebuah badan perundingan terdiri daripada kerajaan persekutuan dan negeri harus dibentuk untuk menilai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan mengkaji semula kuasa dan sumber persekutuan-negeri secara menyeluruh. Perkara yang akan dikaji semula dan dibincangkan mestilah termasuk:

(a) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang membahagikan perkara- perkara perundangan kepada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama, yang termasuk penambahan untuk Sabah dan Sarawak;
(b) Bahagian VII Peruntukan Kewangan Perlembagaan Persekutuan khasnya Perkara 109-112D yang mengawal keupayaan kewangan dan autonomi negeri;
(c) Perkara 45 “Komposisi Dewan Negara” untuk menilai kesesuaian Dewan Negara yang terlantik bagi mewakili kepentingan negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan;
(d) Dewan perwakilan dan kerajaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

II Pembaharuan pilihan raya, Parlimen dan kabinet

Kuasa yang melampau di tangan eksekutif persekutuan, khasnya di Pejabat Perdana Menteri telah membawa kepada berleluasanya korupsi dan urus tadbir yang lemah tanpa dapat disekat oleh Parlimen dan juga pengundi.

Malapportionment dan gerrymandering yang melampau dalam tindakan persempadanan semula yang terbaharu memungkinkan sekelompok kecil pengundi menentukan masa depan negara. Tidak mengejutkan, ciri-ciri ‘pemenang mengambil semua’ ini juga meningkatkan kebimbangan hidup bermasyarakat, menjejaskan kestabilan politik dan menyebabkan kemungkinan lebih banyak keganasan politik berlaku.

Sekiranya kita inginkan sebuah kehidupan yang inklusif, bertanggungjawab dan stabil, kita wajib menolak permainan politik ‘pemenang mengambil semua’ ini. Kita mesti membina sebuah demokrasi yang disepakati, yang semakin diperlukan untuk kestabilan, oleh kerana politik semakin berpecah belah sejak 2015.

Untuk ini, kami menggesa agar tiga pembaharuan utama dilakukan:

1. Pembaharuan pilihan raya

Antara lain, ia mestilah termasuk:
(a) Pemansuhan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 yang ketika ini menghalang kesahan daftar pemilih untuk dicabar.
(b) Persempadanan kawasan dilakukan betul-betul mengikut Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan dan amalan terbaik antarabangsa.
(c) Debat umum dan akhirnya sebuah suruhanjaya siasatan diraja atas sama ada sistem pilihan raya ‘first-past-the-post” adalah mampan atau diubahsuai atau ditukar kepada sistem pilihan raya lain; Akses yang bebas dan adil untuk media dan pentadbiran yang neutral untuk memastikan ‘padang sama rata’.

2. Pembaharuan Parlimen

Antara lain, ia mestilah termasuk, untuk perundangan persekutuan dan negeri:

(a) Pembentukan jawatankuasa terpilih untuk meneliti menteri-menteri dan agensi utama dengan effektif;
(b) Perundingan pelbagai parti terhadap agenda perundangan dan peruntukan tertentu untuk perniagaan bukan kerajaan (untuk pembangkang dan penyokong kerajaan)
(c) Penyelidikan sokongan untuk semua penggubal undang-undang bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam aspek perundangan dan perbahasan dasar.

3. Pembaharuan kabinet

Antara lain, ia mestilah termasuk, untuk eksekutif persekutuan dan negeri:
(a) Had dua penggal berturut-turut untuk jawatan perdana menteri dan menteri besar/ketua menteri;
(b) Larangan kepada perdana menteri dan menteri besar/ketua menteri untuk memegang portfolio kementerian kewangan

GBM menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyokong gesaan terhadap enam pembaharuan ini supaya kita boleh meraikan Hari Kebangsaan yang akan datang dengan perasaan yang tulus murni bahawa kita penduduk Malaysia benar-benar berhak terhadap tanah air ini dan masa depannya.

Selamat menyambut 16 September dan Salam Malaysia!

English version

Extensive political reforms needed to build a consensus democracy for Malaysia

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) calls for extensive political reforms to build a consensus democracy for Malaysia as the nation celebrates her 54th anniversary. Its current winner-takes-all political system has marginalised not only Sabah and Sarawak, but also all Malaysians beyond the small circles of political and business elites.

The concentration of power and consequent rampant corruption right from the top has rendered meaningless the 1957/1963 independence from Britain. After all, independence is not trading an unaccountable government in London for an unaccountable ruler in Putrajaya.

We call for reforms in two broad directions:

(1) decentralisation with recognition of Malaysia as a tripartite partnership; and

(2) electoral, parliamentary and cabinet reforms to make politics more inclusive, accountable and stable.

We hope these concerns will be taken up in the manifestos by various parties in the upcoming general election.

I Decentralisation with recognition of Malaysia as a tripartite partnership

Malaysia today is far from the promise in 1963: a united nation and an inclusive society that would bring about progress, prosperity and justice to all its component regions.

On the one hand, the mainstream narrative is still dominated by Malaya-centric perspectives such as Sabah and Sarawak in 1963 were new additions to Malaysia rather than equal partners to the then Federation of Malaya in founding Malaysia. Article 1(2) of the Federal Constitution was even deliberately amended in 1976 to remove the distinction of Sabah and Sarawak from other states.

On the other hand, not only Sabah and Sarawak, even the Malayan states have suffered from the centralised federalism which has failed to bring about regional balance while curbing the states’ autonomy to innovate and flourish. The call to increase petroleum royalies is applicable to not only Sabah and Sarawak, but also Terengganu, Kelantan and Pahang.

Currently, more than 90% of the government expenditure is allocated to the federal government, which has been plagued with corruption and mismanagement, as detailed in the auditor general’s report every year.

Clearly, Malaysia needs a more inclusive federal-state structure to ensure Malaysians living in the inland can quickly catch up in electricity, running water, healthcare, education and internet connection while urban centres can have better public transport, cheaper housing and less relative poverty.

For these, we call for three reforms:

1. Recognising the Malaysia Agreement 1963 as the basis of the federation

“The Federation” in the Federal Constitution in Article 160 should be redefined as

“the Federation established, before the sixteenth day of September, nineteen hundred and sixty three [September 16, 1963], under the Federation of Malaya Agreement 1957, and after the day, under the Malaysia Agreement 1963”

2. Recognising the equal participation of Malaya, Sabah and Sarawak in Malaysia

Article 1(2) of the Federal Constitution should revert to the 1963 original version minus the mention of Singapore,

“The States of the Federation shall be
(a) The states of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu”
(b) Sabah; and
(c) Sarawak”

3. Reviewing the federal-state division of power and resources

A consultative body consisting of the federal and state governments should be set up to take stock of the implementation of the Malaysia Agreement 1963 and review the entire federal-state division of power and resources. The matters to be reviewed and deliberated must include

(a) The Ninth Schedule of the Federal Constitution which divides the legislative matters into the Federal List, the State List and the Concurrent List including the supplements for Sabah and Sarawak;
(b) Part VII Financial Provisions of the Federal Constitution especially Articles 109-112D which governs the financial capacity and autonomy of the states;
(c) Article 45 “Composition of Senate” to explore the suitability of a fully-elected House of Senate to represent the interests of the states and federal territories;
(d) Elected assembly and government for the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.

II Electoral, parliamentary and cabinet reforms

The over-concentration of power in the hand of the federal executive specifically in the office of the prime minister has led to rampant corruption and mismanagement unchecked by the Parliament and even the electorate.

The excessive malapportionment and gerrymandering shown in the latest constituency delimitation exercises is making it possible for a minority of voters to dictate the nation’s future. Unsurprisingly, this winner-takes-all characteristic has also intensified communal anxiety, undermined political stability and even increased the probability of political violence.

If we want inclusion, accountability and stability, we must move away from the current winner-takes-all rules of the game in politics. We must build a consensus democracy, which is increasingly needed for stability, as politics gets more fragmented since 2015.

For these, we call for three main reforms:

1. Electoral reform

Amongst others, this must include:
(a) Repeal of Section 9A of the Elections Act 1958, which currently prohibits the validity of electoral rolls to be challenged;
(b) Constituency delimitation be conducted strictly according to the 13th Schedule of the Federal Constitution and international best practices;
(c) Public debates and eventually a royal commission of inquiry on whether the first-past-the-post electoral system should be sustained or modified or changed to some other electoral systems; free and fair access to media and administrative neutrality to ensure a level playing field.

2. Parliamentary reform

Amongst others, this must include, for both federal and state legislatures:
(a) the setting up of select committees to effectively scrutinise all ministries and key agencies;
(b) multi-party consultation on legislative agenda and specific lots for non-governmental businesses (for opposition and government backbenchers);
(c) research support for all lawmakers to increase their capacity in legal and policy debate.

3. Cabinet reforms

Amongst others, this must include, for both federml and state executives:
(a) A limit to two consecutive terms for the prime minister and menters besar/chief ministers;
(b) Prohibition on the prime minister and menteris besar/chief ministers taking up the finance ministerial portfolio

GBM call upon all Malaysians to support the calls for thesesix reforms so that we would celebrate the federation’s next birthday with a real feeling that we the people of Malaysia are indeed the masters of the land and our destiny.

Happy 16 September and Salam Malaysia.

Zaid Kamaruddin, the chair of Gabungan Bertindak Malaysia, issued this statement on behalf of the executive council of GBM.

(Visited 59 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here