Laksanakan polisi yang berdasarkan bukti untuk kakitangan kesihatan (Malay/English)

1
39 views
Photograph by Tumisu/Pixabay

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) memahami bahawa komplikasi pandemik Covid-19 mampu membebankan usaha dan perhatian kerajaan yang mempunyai niat terbaik.

Pakej rangsangan ekonomi prihatin berjumlah RM250bn yang diumumkan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi telah dilaporkan sebagai salah satu pakej yang terbesar di seluruh dunia.

Tetapi, sesetengah kakitangan kesihatan yang bekerja di barisan hadapan menghadapi risiko jangkitan Covid-19 pada setiap hari telah dikecualikan daripada pelbagai bantuan termasuk elaun khas RM400.

Menurut surat yang ditulis oleh seorang kakitangan kesihatan barisan hadapan yang telah dihantar kepada wakil media, elaun khas RM400 hanya boleh dituntut dengan terpaksa mematuhi beberapa syarat. Seperti yang dikatakan oleh kakitangan itu, hanya staf-staf kesihatan yang bekerja selama 15 hari di zon merah, zon yang memerlukan bantuan pernafasan, zon Sari (Severe Acute Respiratory Infection) dan pusat-pusat pemeriksaan berhak menuntut elaun khas dengan kadar penuh. Jikalau kakitangan kesihatan bekerja kurang daripada 15 hari di zon berikut, mereka berhak untuk menuntut hanya separuh daripada RM400.

Pihak berkuasa kesihatan awam diseluruh dunia telah melaporkan bahawa kebanyakan kes-kes Covid-19 tidak menunjukkan sebarang simptom – sebagai contoh, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat menyatakan bahawa seramai 25% daripada kes-kes Covid-19 tidak mempunyai simptom tetapi masih menyumbang kepada penyebaran virus itu.

Ketua pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah memaklumkan bahawa 88% pesakit Covid-19 mempunyai simptom yang ringan atau tidak mempunyai simptom langsung. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pesakit-pesakit Covid-19 tidak memberi penjelasan yang benar tentang siapa yang mereka telah tersentuh semasa menerima rawatan.

Berdasarkan fakta-fakta tersebut di atas, GBM ingin memohon kerajaan melaksanakan polisi yang berdasarkan kepada kajian dan bukti serta mewujudkan birokrasi yang lebih memudahkan tuntutan dibuat. Kakitangan kesihatan barisan hadapan masih terdedah terhadap risiko dan kerumitan Covid-19 selagi mereka menjaga pesakit-pesakit Covid-19 yang tidak mempunyai simptom.

READ MORE:  Selfish political opportunists vs selfless medical personnel

Hentikan perlaksanaan syarat-syarat yang tidak munasabah terhadap kakitangan kesihatan di barisan hadapan yang hanya ingin mendapatkan tuntutan elaun khas untuk kesusahan yang mereka akan menghadapi pada masa hadapan. Sama-samalah kita memberi sokongan yang penuh dan tidak mengecewakan kakitangan kesihatan barisan hadapan.

Zaid Kamaruddin ialah pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia. Kenyataan ini dikeluarkan bagi bihak majlis eksekutif Gabungan Bertindak Malaysia

English version

Evidence-based policies for our healthcare workers

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) understands that the complexity and breadth of the Covid-19 pandemic can easily overwhelm the attention of even the best-intentioned government.

The government’s “caring” stimulus package recently announced a substantial stimulus of RM250bn – which has been reported as “among the largest in the world” – to support the economy.

However, some frontline health workers, exposed to the inconveniences and risk of contracting Covid-19 have been excluded from even the modest RM400 special allowances.

According to a letter sent to the media by a frontline staff recently, the RM400 special allowances comes with various strings. In her own words: “Apparently, only those working in specific zones, namely the red zone, respiratory zone, Sari [Severe Acute Respiratory Infection] zone and screening centre, for more than 15 days a month are entitled to a full claim. If one worked fewer than 15 days, one could only claim half the amount!”

Global public health authorities have reported that a large proportion of Covid-19 cases show no symptoms – for example, the US CDC stated that “as many as 25%” “remain asymptomatic” and that “in fact they do contribute to transmission”.

READ MORE:  Musim Sengsara, The Season of Suffering - Ayie

The director general of the Ministry of Health has also indicated that about 88% of Covid-19 patients show mild or no symptoms. There have been further reports of patients not providing a truthful account of their Covid-19 contacts when seeking care.

Given these facts, GBM urges the government to act and harmonise arbitrary bureaucratic rules which are not evidence-based. Frontline health workers dealing with patients without overt symptoms of Covid-19 too are exposed to the risks and inconveniences of Covid-19.

Please remove arbitrary conditions placed on frontline health workers seeking to claim modest special allowances for the risks and inconveniences faced. Let’s support and not frustrate our frontline health workers.

Zaid Kamaruddin is chair of Gabungan Bertindak Malaysia. This statement was released on behalf of the executive council of Gabungan Bertindak Malaysia

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Santana
Santana
29 Apr 2020 1.06pm

Ini lah kerja birokrat yang duduk dikerusi teratas dikementerian. Beliau sendiri tidak layak mendapat elauan tersebut maka beliau kononnya cuba menjimatkan perbelanjaan dengan meletakan syarat syarat yang tidak munasabah terutamanya bagi staf ditangga bawah sungguhpun mereka turut terdedah kepada risiko menjangkit penyakit maut ini.