Deklarasi Gabungan Bertindak Malaysia sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia

0
18
Graphic: United Nations

[ENGLISH VERSION BELOW] Dalam memperingati Hari Hak Asasi Manusia, kita sekali lagi diingatkan bahawa hak asasi manusia adalah universal dan penting unutk perkembangan manusia, ujar Zaid Kamaruddin.

Hak asasi manusia dipandang tinggi dalam tradisi semua agama dan peradaban – dengan mengiktiraf bahawa semua manusia adalah bebas dan mempunyai martabat dan hak yang sama. Hak-hak tersebut yang kini dikenali sebagai hak asasi manusia adalah untuk memberi makna kepada maruah manusia.

Kenyataan bahawa semua manusia adalah sama dan bermaruah, jelas dinyatakan dalan Al-Quran, surah 49:13, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Oleh hal yang demikian manusia menpunyai satu “kesamaan” dan hubungan persaudaraan antara satu sama lain dalam hal kehidupan dan kepentingan duniawi. Satu jaminan bersama dalam hak asasi manusia adalah amat penting sekiranya kita mahu melihat masyarakat yang berbeza bahasa dan suku kaum dapat mengenali sesama sendiri dan makmur bersama.

Namun begitu, realiti sebenar amat berbeza. Pencabulan dan pelanggaran hak asasi manusia yang ditaja oleh kerajaan masih berleluasa. Kita masih dapat melihat pelbagai konflik dan keganasan berlaku di negara-negara seperti Palestin, Yaman, Sudan Selatan, Congo, Malawi, Ukraine, Pakistan, India, Burma, dan Indonesia.

Pelaku bukan negara dan kumpulan seperti IS telah memburukkan lagi pelanggaran ini melalui kegansan melampau di negara-negara seperti Syria, Iraq, dan Afghanistan sementara Boko Haram melalukan perkara yang sama di Nigeria, Chad, Niger, dan Cameroon.

Pelanggaran dan pencabulan hak asasi ini juga termasuk serangan seksual ke atas individu atau kumpulan LGBT, diskriminasi berdasarkan jantina, perhambaan abdi dan perdagangan manusia. Dalam kesemua contoh di atas, penidakkan dan pencabulan hak asasi adalah amat kasar dan ganas.

Seruan untuk mengiktiraf hak asasi manusia

Di waktu sebegini, keperluan untuk mengiktiraf hak asasi manusia sebagai sebahagian dari budaya kebangsaan dan cara hidup tanpa mengira negara adalah amat penting. Ini dapat dilihat melalui seruan oleh Menteri Hal Ehwal Agama Mujahid Yusof untuk mengiktiraf hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada kepercayan dalam Islam.

Seruan yang sama juga boleh dibuat berkenaan dengan agama dan kepercayaan masyarakat lain untuk mengiktiraf dan menegakkan hak asasi manusia sebagai satu tradisi yang sangat penting dalam perkembangan peradaban manusia.

Pengesahan dan pengisytiharan hak asasi manusia

Selaras dengan usaha untuk membina satu persepakatan bersama dan usaha membina masyarakat Malaysia yang harmoni, damai dan progresif selaras dengan kemajuan peradaban, kami dalam Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) menyeru kepada setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau kepercayaan untuk membuat pengistiharan berikut:

  • Hak asasi manusia adalah universal dan penting untuk kebaikan manusia dan perlu untuk kesejahteraan semua orang sama ada secara individu ataupun dalam komuniti.
  • Hak asasi manusia mengiktiraf maruah atau nilai setiap manusia sebagai individu yang mampu bertindak berdasarkan apa yang dinilai sebagai betul atau salah, dan oleh itu mempunyai hak untuk kebebasan dan autonomi bagi memenuhi hala tujunya sendiri dalam kehidupan.
  • Hak asasi manusia menegakkan kebebasan dan autonomi seseorang untuk menentukan nasibnya sendiri sama ada menurut agama dan kepercayaan atau sebaliknya, tanpa dominasi dan kemudaratan daripada orang lain.
  • Hak asasi manusia melihat tindakan afirmatif dan usaha untuk pembangunan mampan sebagai sesuatu yang penting unutk kebajikan manusia dan komuniti mereka.
  • Hak asasi manusia sangat diperlukan supaya masyarakat dapat berkembang secara demokratik, dengan jaminan kebebasan politik, hak untuk membantah tanpa rasa takut dan pilihan untuk bebas memilih calon terbaik untuk memegang jawatan tinggi di Parlimen dan di dalam kerajaan.
  • Hak asasi manusia melindungi rakyat dari semua lapisan masyarakat untuk wujud bersama secara aman dan harmoni. Hak asasi manusia juga melindungi masyarakat daripada menjadi huru-hara sehingga membawa mudarat dan bahaya kepada orang lain.
  • Hak asasi manusia mempertahankan semua yang ditindas dan didiskriminasi. Hak asasi manusia juga mempertahankan hak masyarakat terutama mereka yang tidak boleh bersuara untuk mempertahankan diri mereka.
  • Hak asasi manusia menentang ketidakadilan dan kekejaman mana-mana kelompok ideologi, etnik atau agama. Hak asasi manusia juga berfungsi sebagai suara hati rakyat untuk membawa kebahagiaan manusia dan alam sejagat.

Ikrar sebagai warganegara Malaysia yang setia:

  • Untuk berani dan berintegriti bagi memajukan wacana hak asasi manusia dan melaksanakan tindakan yang benar yang bertepatan dengan hak asasi manusia.
  • Untuk menyokong semua inisiatif bagi mengukuhkan kedaulatan undang-undang, menegakkan hak asasi semua warganegara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
  • Untuk bekerjasama dengan semua warganegara tanpa mengira bangsa atau agama bagi mencapai satu visi hak asasi manusia yang bermatlamat untuk merealisasikan kewarganegaraan yang saksama serta kebaikan bersama untuk masyarakat Malaysia yang adil, aman dan makmur.

Zaid Kamaruddin ialah pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM). Kenyataan ini dikeluarkan bagi pihak majlis eksekutif GBM.

English version

GBM declaration on the occasion of International Human Rights Day

Preamble

In commemoration of Human Rights Day, we are once again reminded that human rights are universal and necessary for human flourishing.

Human rights are held in high esteem by all religious faiths and civilisational traditions – in the recognition that all human beings are born free and equal in dignity and rights. The cluster of rights, which have now come to be known as human rights, are to give expression to this human dignity.

That all human beings are with dignity and the same and are equal is explicitly stated in the Holy Qur’an at Sura 49:13, “O mankind, indeed, We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.”

Human beings therefore inherit a “commonness” and are in fraternity with one another in matters of earthly life and interest. A mutual assurance on human rights is essential if we are to see all people of every tongue and tribe know one another and to prosper.

Realities on the ground are however different. State-sponsored human rights abuses and violations abound. We see conflicts and violence amongst the many regions and countries such as in the Israeli-Palestine territories, Yemen, South Sudan, Congo, Malawi, Ukraine, Pakistan, India, Burma and Indonesia.

Non-state actors and groups such as the IS exacerbated the violations further with violent extremism in countries such as Syria, Iraq and Afghanistan while Boko Haram exerted the same in Nigeria, Chad, Niger and Cameroon.

The violations and abuse also extend to specific circumstances such as sexual assaults on LGBT individuals/ groups, gender discrimination, slavery and human trafficking. In all these instances, the denial of human rights was gross and evident.

Call to uphold human rights

In times such as these, the need to recognise human rights as part of any national culture and way of life is paramount. This is reflected in Religious Affairs Minister Mujahid Yusof Rawa’s impassioned plea to recognise human rights as part of Islamic belief.

The same call could also be made with regard to the other great faiths and religions to similarly recognise and uphold the human rights tradition as indispensable for civilisational progress and human advancement.

Affirmation and declaration on human rights

In line with the need for civilisational progress, the quest to forge a common consensus and together build a harmonious, peaceful and progressive Malaysian society, we in Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) call on every Malaysian regardless of colour, creed or confession to declare the following:

  • Human rights is universal and essential for human good and necessary for the wellbeing of all people whether individually or in community.
  • Human rights recognises the dignity or worth of every human being as a moral agent. People with dignity or worth must necessarily have the right to freedom and autonomy to fulfil their own purpose in life.
  • Human rights upholds an individual’s freedom and autonomy to determine his or her own destiny whether in accordance with his or her own faith, beliefs or otherwise without being subjected to domination and harm from others.
  • Human rights deems affirmative action and the pursuit of sustainable developments as imperative for the overall welfare of all human beings and the communities they belong to.
  • Human rights is indispensable if wider society is to flourish democratically, with the guarantee of political freedom, the right to dissent without fear and the free choice of choosing the best available candidates to hold high office both in Parliament and the government.
  • Human rights protects people of all walks of life so that they can peacefully co-exist and ensures a harmonious society. It guards against society descending into chaos and consequently bringing harm and danger upon others.
  • Human rights defends all who are oppressed and discriminated against. It stands for the rights of those who especially cannot speak or defend themselves.
  • Human rights acts against the injustice and tyranny of the majority of whichever ideological, ethnic or religious groups. It serves as the conscience of the people to bring about the greatest happiness and the fulfilment of humanity and the universe.

Pledge as loyal citizens of Malaysia:

  • To have the courage and integrity to advance the human rights discourse and undertake righteous actions pursuant to human rights.
  • To support all initiatives to strengthen the rule of law and uphold the human rights of all citizens within the framework of our Federal Constitution.
  • To work in partnership with all citizens regardless of race or religion to forge a shared human rights vision aimed at realising equal citizenship and the common good for a just, peaceful and prosperous Malaysian society.

Zaid Kamaruddin is chair of Gabungan Bertindak Malaysia (GBM). This statement was issued on behalf of the executive council of GBM.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of