Tangguhkan pelancaran skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh

0
101

Pelancaran skim ini ke lapan buah hospital kerajaan harus ditangguh sehingga kajian-kajian terhadap perlaksanaan skim ini di Hospital Selayang dan Putrajaya diumum, ujar kumpulan dan aktivis sivil.

27 Disember 2016

Kepada
YB Datuk Seri Dr S Subramaniam
Menteri Kesihatan Malaysia
Putrajaya

Kami, individu dan NGO/kumpulan yang disenaraikan di bawah, ingin meminta satu tarikh awal untuk berjumpa dengan YB Datuk Seri untuk berbincang isu Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) yang Kementerian Kesihatan ingin melancarkan di lapan buah hospital awam.

Kami amat menyayangi sistem kesihatan awam yang telah dibina di negara kita sejak Merdeka. Pada kami, sistem awam ini memainkan peranan penting dalam memupuk semangat solidariti di kalangan rakyat kita dan merupakan suatu perkhidmatan yang benar-benar mesra rakyat.

Inilah sebabnya kami sangat-sangat tidak selesa dengan pengumuman Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan, pada 5 November 2016 bahawa Skim PPBP akan dilancarkan di lapan buah hospital kerajaan lagi pada bulan Januari 2017.

Isu utama yang membimbangkan kami adalah potensi skim ini untuk menyebabkan pengabaian pesakit biasa yang tidak mengambil bahagian dalam skim PPBP. Seperti diketahui YB Menteri, hanya 20 peratus daripada pakar berpengalaman lebih daripada 10 tahun selepas menjadi pakar, sedang berkhidmat di sector awam. Kapan puluh peratus berada di sector swasta.

Manakala 70 peratus daripada in-patients di Malaysia adalah ke hospital kerajaan. Pada takat ini, pakar perubatan kerajaan sedang hadapi masalah dalam memastikan semua pesakit menerima perkhidmatan yang bermutu tinggi kerana pakar-pakar kita tidak ada masa yang mencukupi untuk menjalani semua tugas-tugas mereka.

Kami khuatir skim PPBP akan mengalih minat dan perhatian doctor kepada pesakit yang boleh membayar dan ini akan menjejaskan kebajikan pesakit biasa. Oleh itu kami meminta:

  • pelancaran skim ini di lapan buah hospital kerajaan ditangguh;
  • kajian-kajian terhadap perlaksanaan skim ini di Hospital Selayang dan Putrajaya dan kebaikan dan kelemahannya diumum supaya orang awam dan masyarakat madani boleh dapat menilai skim ini;
  • satu usaha serius diambil untuk mencari kaedah lain untuk mengendalikan masalah penghijarahan doctor pakar ke sector swasta.
READ MORE:  Why Sungai Buloh Hospital needs urgent treatment

Kami harap YB Datuk Seri boleh menetapkan satu tarikh awal untuk berjumpa dengan kami untuk berbincang isu-isu yang dikemukakan di atas.

Terima kasih.

Yang benar

Surat ini diendorse oleh:

Aliran
Anas Alam Faizli
Arutchelvam Subramaniams
Azlan Awang
Dr Chan Chee Khoon
Edward Low
Ganesan
Henry Loh
Hindraf Peoples’ Movement
Irene Xavier
Jayanath Appadorai
Jerit
YB Dr Jeyakumar Devaraj
Dr Mohd Nasir Hashim
MTAAG+
Persatuan Sahabat Wanita
Parti Sosialis Malaysia
Dr Prema Devaraj
Datuk Dr Ronnie McCoy
YB Dr Siti Maria
Sevan Doraisamy
Sivarajan Arumugam
Suaram
Dr Subramaniam Sithambaram Pillay
Datuk Dr Toh Kin Woon
YB Dr Xavier Jayakumar

(Visited 152 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of