Sistem kesihatan kita sakit tenat: Selamatkannya dengan segera!

0

Pada waktu pagi 10 Ogos 2007, lebih kurang 100 orang dari kumpulan masyarakat, kumpulan-kumpulan NGO dan parti-parti politik berkumpul di Pejabat Perdana Menteri. Mereka telah membantah  keras tindakan kerajaan yang sedang menswastakan perkhidmatan kesihatan. Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan ini telah menyerahkan resolusi yang menyeru Perdana Menteri untuk menghentikan segala penswastaan perkhidmatan kesihatan.

Menurut Setiausaha Gabungan ini, Sdr Jeyakumar Devaraj, sudah dua kali mereka menyerahkan surat dan petisyen kepada PM; namun tiada respon sehingga sekarang. Kedatangan kali ini juga adalah disebabkan oleh pelaksanaan skim rawatan penuh di dua buah hospital kerajaan iaitu Hospital Selayang dan Hospital Putra Jaya mulai 1 Ogos 2007.

Apa lagi yang masih ada untuk diswastakan oleh kerajaan? Yang mendapat untung adalah kerajaan dan kroni-kroni kapitalisnya. Apa pula nasib rakyat yang rata-ratanya golongan berpendapatan rendah, yang kerja di kilang dan yang kerja di ladang?” Mengapakah kerajaan bermain dengan nyawa rakyat?” 

Itulah antara persoalan-persoalan yang dipertikaikan oleh wakil-wakil dari Parti Sosialis Malaysia , Malaysian Trades Union Congress (MTUC) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dalam ucapan mereka.

Pagi ini, Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan telah mengusung stretcher (katil pesakit) yang membawa patung. Patung tersebut melambangkan sistem kesihatan di Negara ini yang semakin tenat akibat penswastaan. Ia merupakan satu tindakan simbolik yang memberi mesej bahawa kita perlu menyelamatkan sistem kesihatan kita dengan segera.

Sejak kerajaan melaksanakan polisi-polisi neo-liberal yang diterima pakai dari Britain ini pada tahun 1980-an, banyak institusi kerajaan dan perkhidmatan awam telah diswastakan dan dikopratkan. Kini hampir segala keperluan asas rakyat dari makanan, air, elektrik, pendidikan, pengangkutan  dan sehinggalah perkhidmatan kesihatan telah  dan sedang diswastakan. Akibat penswastaan ini kos kehidupan rakyat kian naik, naik dan naik. Tetapi gaji rakyat terutamanya golongan pekerja yang berpendapatan rendah tak naik, naik lagi.     

Memorandum yang mengandungi resolusi gabungan telah diserahkan kepada Encik Huzairi selaku pegawai bertugas di Pejabat Perdana Menteri. Semasa pemberian memorandum Dr Siti dari Parti Islam SeMalaya (PAS) telah berkata jika kerajaaan tidak memberi maklumbalas dalam masa yang terdekat Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan akan datang semula ke Putrajaya untuk membuat demontrasi besar-besaran.

READ MORE:  Patriot wants answers to Ministry of Defence's land swap case

Jika kerajaan sudah mahu menswastakaan semua perkhidmatan awam apa gunaanya kerajaan ini? Hanya melalui perjuangan berterusan rakyat yang rata-ratanya kelas pekerja, kita boleh mengubah sistem yang membela kapitalis dan menindas rakyat ini.

Hidup perjuangan! Hentikan penswastaan perkhidmatan kesihatan

 Parames E, Penyelaras Jerit

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.