Save our public health care system

0

health care privatisationAbout 70 people representing the Coalition Against Health Care Privatisation turned up on Thursday, 23 November 2006 to hand over a petition to the Prime Minister, urging him to save our health care system from the onslaught of neo-liberalism and privatisation. A senior private secretary came out to receive the petition, bearing 8,000-odd signatures, and promised to hand it over to the PM.


Petisyen 8000 Rakyat Malaysia Kepada YAB Dato Seri Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia.

Selamatkan Sistem Kesihatan Awam Negara.

Gabungan Membantah Penswastaan
Perkhidmatan Kesihatan

23 November 2006


Petisyen Kepada YAB Dato Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia.


Selamatkan Sistem Kesihatan Awam Negara.

Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) yang mewakili 81 pertubuhan masyarakat, ingin menyerahkan suatu Petisyen yang telah ditandatangani oleh lebih daripada 8000 orang rakyat Malaysia. Petisyen ini merupakan rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk melibatkan secara langsung untuk memastikan Sistem Kesihatan Awam tidak diperlemahkan lagi oleh beberapa perubahan ala neoliberal yang sedang dirancangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan UNDP.

Rancangan Neoliberal Akan Menjejaskan Kesihatan Orang Awam

Antara rancangan yang mengkhuatiri kami adalah:

  • Cadangan mewujudkan Skim Pesakit Membayar Penuh (Full Paying Patient) di Hospital-Hospital Awam Kerajaan.
  • Cadangan mempromosi pelancongan kesihatan (Health Tourism).
  • Cadangan mencajkan pekerja asing dengan kadar yang digunakan di dalam sektor swasta.
  • Cadangan membenarkan locum oleh doktor kerajaan.
  • Cadangan melaksanakan suatu cukai baru terhadap orang awam untuk membiayai kos perubatan.
  • Cadangan mengkoporatkan hospital-hospital awam.

Pihak-Pihak Kerajaan Enggan Berdialog Kumpulan Rakyat

Kami telah mencuba membawa beberapa isu ini ke perhatian Dato Dr Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan, dalam mesyuarat yang diadakan pada 14/3/06. Malangnya beliau hanya memperuntukkan 1 jam untuk berjumpa kami dan beberapa perkara tidak dapat dibincang. Apabila kami memohon tarikh lain untuk melanjutkan perbincangan terhadap Skim Pembiayaan Kesihatan Baru, Dato Ismail menjawab tidak perlu kerana Pakar Perunding belum dilantik lagi.

READ MORE:  Patriot wants answers to Ministry of Defence's land swap case

Setelah itu kami telah memohon kepada Dato Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan supaya mendapat satu tarikh untuk bermesyuarat dengan beliau. Malangnya hingga sekarang kami tidak menerima sebarang jawapan daripada Menteri Kesihatan walaupun kami telah memohon beberapa kali untuk menentukan tarikh berjumpa beliau.

Permohonan kami kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mendapat salinan “Terms of Reference” bagi Pakar Perunding yang telah dilantik untuk mengkaji Sistem Pembiayaan Kesihatan tidak berjaya. Anehnya, kami diberitahu oleh pihak EPU bahawa TOR ini adalah dokumen sulit dan tidak boleh diberitahu pada kami.

Walaupun pakar perunding bagi Sistem Pembiayaan Kesihatan Baru telah memulakan kajian beliau dalam bulan Jun 2006, hingga sekarang, pihak Kementerian Kesihatan dan EPU belum menjemput kami, gabungan terbesar yang memfokuskan sistem kesihatan Negara, bermesyuarat bersama pakar perunding tersebut. Apa lagi salinan Laporan Interim yang telah dikeluarkan oleh pakar Karol Konsulting dalam bulan September 2006, belum lagi dipanjangkan pada kami untuk komen dan maklumbalas walaupun kami telah meminta laporan tersebut daripada Kementerian Kesihatan.

Sikap kerajaan merahsiakan proses perancangan membentukkan suatu Sistem Kesihatan Baru adalah amat mengecewakan!

Jangan Biar Sistem Kesihatan Awam dihancur oleh Rancangan Neoliberal.

Yang Amat Berhormat, kami GMPPK, beranggap sistem kesihatan awam negara kita adalah suatu asset yang amat penting bagi rakyat dan harus dipelihara dan diperkukuhkan.

Perkhidmatan perubatan bukanlah suatu kommoditi yang boleh diniagakan dalam pasaran bebas seperti yang diingini oleh pihak neoliberal. Rancangan-rancangan yang disenaraikan di atas adalah bertujuan menukar perkhidmatan perubatan kepada suatu kommoditi dan memindahkan beban bayaran untuk rawatan ke bahu orang awam.

Kami harap mendapat suatu tarikh untuk berjumpa Yang Amat Berhormat untuk membincang masa depan perkhidmatan rawatan perubatan untuk rakyat Malaysia.

READ MORE:  When healthcare, housing and education are seen as money-making opportunities

Sekian. Terima kasih.

Yang Benar

(Ditanda-tangani oleh 13 anggota jawatankuasa Gabungan)

LAMPIRAN

  • Jawapan daripada Unit Perancang Ekonomi (24/1/06)
  • Surat pada Dato Dr Chua Soi Lek (12/4/06) (Dengan SK kepada Perdana Menteri)
  • Permohonan Berjumpa Perdana Menteri (22/8/06)
  • Surat Susulan kepada Dr Richard Leete, UNDP. (3/10/06)
  • Surat pada KKM: Memohon Salinan Lapora Interim oleh Karol Consulting. (12/10/06)

 

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.