Pendekatan ‘Ah Long’ memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia

0
232
File photo: sulekha.com

Jeyakumar Devaraj sedang memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan bahawa caj hospital yang tinggi bagi warga asing adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip kesihatan umum.

Garis Panduan Fi 2014

Pada 29 Disember 2014, Kementerian Kesihatan mengeluarkan satu Garis Panduan Pelaksanaan Caj Baru Bagi Warga Asing Perintah Fi (Perubatan) 2014, yang menetapkan caj-caj bagi sesiapa warga asing yang mendekati klinik atau hospital kerajaan.

Fasal 10 dalam Garis Panduan ini mewajibkan kakitangan kerajaan melaporkan sesiapa pekerja asing yang tiada ada dokumen perjalanan yang sah kepada pihak polis ataupun imigresen.

Kenyataan akhbar GMPPK (Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan)

Pada 12 Disember 2015, GMPPK (Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan) telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menegaskan:

  • Garis Panduan ini wujudkan halangan terhadap pekerja asing yang ingin datang ke klinik ataupun hospital kerajaan untuk rawatan;
  • Oleh kerana ini, penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi yang memuncul di kalangan pekerja asing tidak akan dikesan dan dirawat dengan segera;
  • Ini akan menjejaskan kesihatan warga asing dan juga warga Malaysia.

Oleh kerana kesemua ini, GMPPK telah pohon, pelaksanaan Garis Panduan Fi ini ditangguh sehingga perkara-perkara berkaitannya dapat dibincang secara dalam.

Surat GMPPK kepada Menteri Kesihatan

GMPPK telah menghantar, dengan tangan, sepucuk surat ke Pejabat Menteri Kesihatan di Putrajaya pada 10 MAc 2015, dan meminta tarikh berjumpanya untuk berbincang kesan-kesan garis panduan ini.

Tetapi Menteri Kesihatan enggan menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan NGO-NGO yang menganggotai GMPPK. Malah langsung tidak menjawab soalan.

Statistik tibi

  • Tibi masih merupakan penyakit berjangkit yang membunuh paling ramai orang di Malaysia. Pada tahun 2014, 1,590 pesakit tibi telah meninggal dunia akibat penyakit mereka. Ini bermakna lebih kurang 8 peratus daripada pesakit tibi mati akibat penyakit berjangkit ini.
  • Pada tahun 2014, lebih daripada 24,000 kes baru tibi (24,711) dikesan di Malaysia berbanding 10,000 kes dalam tahun 1990. Ertinya bilangan kes baru tibi telah meningkat dari tahun ke tahun dalam 25 tahun yang lalu ini. (Untuk memahami perspektifnya, pada tahun 2011, Amerika Syarikat dengan bilangan penduduknya yang sembilan kali lebih besar daripada Malaysia, hanya menemui 10,528 kes baru tibi di negara mereka.)
  • Kadar kes tibi adalah jauh lebih tinggi di negara-negara asal pekerja asing kita
READ MORE:  Improve recruitment methods for migrant workers

Malaysia: 81 kes baru setahun setiap 100,000 penduduk Malaysia (81/100,000)
Bangladesh: 360/100,000
Indonesia: 430/100,000
India: 2000/100,000

  • Pada tahun 2014, 38,066 pekerja asing telah gagal pemeriksaan perubatan tahunan mereka (Fomema) dan mereka dihantar balik ke negara asal mereka. Antara yang gagal itu, 17,891 ataupun 47 peratus gagal kerana dikesan mengidap tibi. Tetapi hanya dua juta pekerja asing sah yang hadiri pemeriksaan perubatan tahunan. Wujudnya 2 juta lagi “Pati” yang tidak menjalani pemeriksaan perubatan sebelum datang ke Malaysia dan juga semasa berada di Malaysia.

Semakan kehakiman

Oleh kerana semua isu-isu yang telah dihuraikan di atas, Dr Jeyakumar, selaku Ahli Parlimen Sg Siput, Setiausaha GMPPK dan juga seorang rakyat Malaysia yang terasa kesihatannya dan juga orang awam diancam oleh tindakan kurang bijak pihak Kementerian Kesihatan, telah menfailkan semakan kehakiman.

Tuntutan semakan kehakiman ini adalah untuk:

  • mengisytiharkan bahawa Garis Panduan Fi 2014 ini adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip kesihatan umum dan memudaratkan kesihatan umum rakyat Malaysia;
  • menangguhkan pelaksanaan Garis Panduan Fi 2014;
  • mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar kesihatan dan epidemiologi, termasuk NGO-NGO yang menganggotai GMPPK, terhadap kesan-kesan Garis Panduan tersebut, dan cara mengubahsuaikannya.

Dr Jeyakumar diwakili oleh Messrs Malik Imtiaz Sarwar, E3 Tmn Tunku Appts, Tmn Tunku, 50480 Kuala Lumpur.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments