Kumar calls for higher health care spending

0
33

Malaysia only allocates 2 per cent of GDP for health care, well short of World Health Organisation recommendations. In an intervention this afternoon in Parliament, Dr Jeyakumar Devaraj has called for an increased allocation for health care in the next budget. He has also called for an end to the Full Paying Patients Scheme, which he says will divert the attention of overburdened specialists from their primary responsibilities.

Terima kasih Yang Di Pertua

Saya ingin meyokong sepenuh-penuhnya peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk Kementerian Kesihatan. Dengan penambahan RM200 juta ini, jumlah peruntukan Kesihatan untuk tahun 2007 telahpun mencapai RM9.77 billion.

Tuan Yang Di Pertua, GDP ataupun Keluaran Kasar Dalam Negeri kita telahpun melebehi RM500 bilion setahun. Ini bermakna jumlah peruntukan kesihatan sebanyak RM9.77 bilion hanya merupakan kurang dari 2 peratus dari GDP Malaysia.

Saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini kepada syor pihak WHO atau pun World Health Organisation. WHO telah mengesyorkan negara-negara yang sedang membangun harus memperuntukkan sejumlah 5 peratus daripada GDP mereka untuk membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat mereka. Dua peratus adalah amat kecil. Negara-negara maju seperti United Kingdom membelanja hampir 10 peratus dari GDP mereka untuk perkhidmatan kesihatan.

Saya ingin megesyorkan bahawa jumlah yang lebih besar diperuntukkan untuk Perkhidmatan Kesihatan dalam Perbelanjawan 2008 nanti.

Tuan Yang di Pertua, punca utama kelemahan dalam rawatan di Hospital Kerajaan kita adalah kekurangan pakar-pakar perubatan. Pada takat ini hanya 30 peratus daripada doctor pakar di Malaysia masih bertugas di Hospital Awam; 70 peratus daripada doctor pakar kita kerja di sector swasta. Tetapi 75 peratus daripada pesakit yang memerlukan rawatan di dalam hospital adalah dimasukkan ke hospatal awam; 30 peratus menjaga 75 peratus. Inilah punca ketidakseimbangan, Tuan Yang Di pertua.

Saya ingin mengesyorkan bahawa suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Khusus untuk kakitangan kesihatan ditubuhkan dengan secepat mungkin supaya doctor dan kakitangan kesihatan dapat ditawarkan gaji dan alauns yang lebih menarik. Mungkin Skim Gaji seperti diamalkan di IJN boleh menjadi dasar.

Gaji yang lebih munasabah akan mengurangkan penghijrahan doctor pakar ke sector swasta. Dengan adanya lebih doctor pakar di hospital awam kita, kualiti rawatan pesakit akan menuingkat.

Saya berharap kerajaan akan mengambil berat terhadap cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan untuk Kakitangan Kesihatan ini.

Saya juga ingin mengambil sempatan ini untuk memohon Kementerian untuk menghentikan Skim “Full Paying Patients” yang telah dilancarkan di Hospital Selayang dan Putra Jaya bulan Ogos dahulu.

Tuan Yang di Pertua, doctor-doktor pakar di hospital kerajaan sedang memikul suatu beban yang sungguh berat. Bukan sahja mereka yang merupakan hanya 30 peratus daripada pakar di negara tetapi kena menjaga 75 peratus daripada pesakit yang dimasukkan ke dalam wad. Mereka juga ditanggungjawab dengan penyeliaan doctor-doktor siswazah di unit mereka dan juga bertugas membimbing dan melatih pakar-pakar baru untuk keperluan rakyat.

Dalam keadaan seperti ini, di mana doctor pakar kerajaan dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab, langsung tidak masuk akal untuk melaksanakan skim Full Paying Patient ini. Skim ini akan menarik perhatian doctor pakar kerajaan dari tugas-tugas utama mereka. Dengan izin – the Full Paying Patient distracts our specialists away from their primary responsibilities.

Tuan yang di Pertua, saya sokong dengan penuh hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan doctor-doktor pakar kerajaan. Tetapi ini harus dilakukan melalui kenaikkan gaji dan alauns mereka dan bukan melalui skim Full Paying Patient.

Saya ingin mengakhiri dengan mengatakan suatu Suruhanjaya Khas untuk Kakitangan Kesihatan adalah begitu perlu untuk memulihkan Sistem Kesihatan Awam di negara ini.

Peruntukan yang lebih besar untuk membayar gaji yang lebih munasabah untuk kakitangan tidak boleh dipandang sebagai suatu perbelanjaan yang sia-sia ataupun membazirkan.

Rawatan yang berkualiti untuk rakyat kita adalah antara tanggungjawab murni kita semua. Saya harap suatu peruntukan yang lebih besar akan diberi pada Kesihatan dalam badjet 2008 nanti.

Tuan yang Di Petua, saya memohon menyokong.

(Visited 34 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of