Pressing health care issues raised in Parliament

0
84

Jeyakumar Devaraj criticises poor quality treatment in government hospitals and follows that with pointed questions about the Full Paying Patients scheme during a debate in Parliament on the Health Ministry’s budget.


Terima kasih Dato Pengerusi memberi saya peluang berbahas Anggaran Belanjawan Kementerian Kesihatan sebanyak RM14.76 bilion untuk tahun 2010.

Perkara pertama yang saya hendak sentuh adalah di bawah Butiran B 42: 030400, Rawatan Pesakit Dalam di mana sejumlah sebanyak RM545.7 juta diperuntukkan. Dato Pengerusi, bila kita Ahli Parlimen pergi ke Hospital Kerajaan untuk rawatan, kita dilayani baik dengan pakar-pakar kerajaan. Tetapi nasib rakyat biasa kadang kala jauh berbeza. Mereka menghadapi risiko mendapat rawatan yang tidak berkualiti. Umpamanya, kes En Permalsuam a/l Velloo, seorang harvester kelapa sawit berumur 48 tahun. Dia pergi ke Hospital Sungai Siput pada Julai 2009 dengan demam selama empat hari dan sakit di bahagian kanan perutnya. Beliau mengidap penyakit ‘liver abscess’ ataupun bisul di dalam hati beliau. Malangnya, doktor di Hospital Sungai Siput tidak dapat mengesan diagnosis yang betul. Selepas tiga hari, bisul itu pecah dan beliau tambah teruk. Keluarga terpaksa membawanya ke hospital swasta di mana suatu pembedahan kecemasan dilaksanakan, dan beliau dapat diselamatkan. Bil RM20,000 kena di bayar.   

Kes kedua adalah Pn Kaviarammal a/p Muka Pillai berumur 74 tahun. Beliau dimasuk ke Hospital Sungai Siput dengan sakit perut dan demam pada Oktopber 2009. Beliau mengidap penyakit diverticulitis ataupun radangan di bahagian usus besarnya. Malangnya penyakit sebenarnya tidak dikenalpasti oleh doktor di Sungai Siput sehingga diverticulum itu terbocor (perforated) selepas tiga hari di Sungai Siput. Beliau dikejar ke Hospital Ipoh di mana pembedahan kecemasan dilakukan dan beliau dimasukkan ke dalam ICU. Malangnya, pesakit ini tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia 10 hari selepas pembedahan itu.

READ MORE:  Roundtable: How the private sector can be leveraged to provide healthcare to the B40 and M40

Kes ketiga yang saya ingin mengemukakan adalah Pn Chow Chooi Mei berumur 44 tahun yang telah menjadi buta dan mengalami kelemahan di kedua kaki beliau ataupun paraplegia akibat dos ubat-ubat  merawat tibi yang terlalu tinggi. Keilatan beliau adalah kekal.

Kes-kes seperti ini sedang berlaku di beberapa hospital kerajaan dari masa ke semasa Datuk Pengerusi. Puncanya adalah beban kerja yang tinggi dan kekurangan doktor-doktor pakar di hospital kerajaan. Oleh kerana doktor pakar berkurangan doktor pelatih tidak dapat bimbingan yang mencukupi dan kesilapan tentu akan berlaku. Adakah Kementerian mengaku bahawa kekurangan doktor pakar adalah cabaran terbesar yang dihadapi oleh KKM pada takat ini? Jika ya, apakah cadangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

Sekarang saya ingin beralih ke butiran B 42: 010400 : Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan. Beberapa pihak, termasuk Malaysian Medical Association (MMA),  telah mengesyorkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan untuk kakitangan kesihatan supaya dapat mengurangkan penghijarahan doctor pakar dan staf yang berpengalaman ke sector swasta. Saya ingin tanya Menteri Kesihatan, adakah syor ini untuk Suruhanjaya baru ini dikaji untuk memastikan bagaimana ia dapat dilaksanakan? Apakah tahap kajian ini? Saya rasa kita perlu lihat secara holistic. Macam di IJN, system gaji di situ adalah lebih baik daripada skim gaji di hospital awam. Ketirisan pakar daripada IJN jauh kurang daripada hospital kerajaan lain. Ini kita harus kaji secara serius. Bolehkah kita membentuk suatu suruhanjaya baru supaya dapat mengurangkan penghijarahan doctor pakar ataupun brain drain.

Saya ingin menyentuh Butiran 032200 di mana RM837 juta di peruntukkan untuk Farmasi dan Bekalan. Saya ingin tahu apakah kaitan antara butiran ini dan butiran 080200 di mana RM390 juta diperuntukkan untuk bekalan perubatan tetapi di bawah DasarBaru? Mengapa bekalan ubat di senaraikan di bawah dua butiran seperti ini.

READ MORE:  Schoolgirl’s TB death points to weaknesses in healthcare system

Saya juga ingin tanya adakah pernah Kementerian Kesihatan melaksanakan suatu analisa terhadap kos membeli ubat jika dibeli terus oleh Kementerian sendiridan bukan melalui Pharmaniaga? Saya juga ingin bertanya: bilakah konsessi Pharmaniaga tamat dan apakah hasrat kerajaan selepas tamatnya kontrak ini? Sambung lagi?

Dato Pengerusi, beberapa pihak termasuk NGO seperti Persatuan Pengguna P Pinang ataupun CAP dan Citizens Health Initiative telah mendakwah bahawa kos bekalan ubat telah berlipat ganda tiga kali selepas penswastaan pembelian ubat ke Remedi pada tahun 1993. Fakta ini disebut juga dalam Laporan Perunding Khas dari Australia, En Karl Karol, pada tahun 2007.  Jika dakwaan ini betul, jika pembekalan ubat melalui syarikat swasta seperti Pharmaniaga sedang meningkatkan kos memperolehi ubat-ubat, kenapa kita mahu meneruskan dengan sistem ini selepas tempoh konsessi?

Dato Pengerusi, peruntukan kesihatan harus dipakai untuk kebaikan rakyat kita dan bukan untuk memperkayakan segelintir kecil. Ini amat penting. Pharmaniaga telah menikmati untung lumayan selama 15 tahun. Sekarang harus dia dijemput berdirikari, tidak perlu kita bagi padanya untuk 10 tahun lagi! Duit rakyat harus digunapakai untuk kebaikan dan kebajikan rakyat biasa.

Sekarang saya ingin tanya terhadap Skim FPP ataupun sistem Full Paying Patients yang sedang dilaksanakan di Hospital Selayang dan Hospital Putra Jaya sebagai projek perintis. Ini di bawah butiran 040300 Penyelidikan. Saya telah mengemukakan isu kesan buruk skim FPP ini dalam perbahasan Belanjawan 2009 dan pada takat itu Menteri Kesihatan telah berjawab.

“Sudah sampai satu tahun sekarang dana kita memang dalam kajian semula program ini untuk lihat samada ia satu program yang viable. Saya akan beri maklumat terperinci kepada Yang Berhormat selepas kajian ini dijalankan dan akan beritahu Dewan yang mulia ini.” Ini yang disebut oleh Menteri Kesihatan pada 1 Disember 2008 – satu tahun dahulu. Tetapi sampai sekarang keputusan kajian terhadap kesan Skim FPP atas prestasi doktor-doktor pakar yang terlibat belum dikemukakan di Dewan ini. Mengapa?

READ MORE:  Schoolgirl’s TB death points to weaknesses in healthcare system

Saya telah dapat suatu jawapan daripada Kementeria Kesihatan bertarikh 3 Disember 2009 yang mengatakan hasil kajian pelaksanaan Skim FPP adalah menggalakkan di mana kedua-dua pihak yang ditemubual iaitu pakar perubatan dan pesakit yang memilih skim FPP ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang dilaksanakan.Tuan Pengerusi, ini tidak masuk akal kerana temubual adalah terhadap dua pihak yang telah beruntung dari skim FPP ini. Mengapa dokto-doktor pakar yang tidak ambil bahagian dalam skim ini tidak ditemubual untuk dapat tahu samada beban kerja mereka meningkat atau tidak? Adakah mereka puas dengan skim ini? Kenapa doctor-doktor yang sedang latih tidak di temubual untuk mendapat tahu samada latihan dan bimbingan mereka terjejas oleh penglibatan doctor pakar di skim ini? Mengapa pesakit di wad biasa tidak ditemubual untuk dapat tahu persepsi mereka?

Ini buka suatu kajian yang profersyional ataupun telus, Ini berat sebelah, Dato Pengerusi.

Dala jawapan yang diberi pada 3 Disember 2009 ada juga disebut bahawa skim FPP akan dilaksanakan di empat lagi hospital di Malaysia. Ini bukan munasabah. Kajiannya bukan profesyional, bukan telus tetapi mahu melaksanakan skim ke hospital-hospital lain. Ini adalah pemecahan amanah yang diberi oleh rakyat, dan ramai akan marah dengan kerajaan jika ini diteruskan begini.

Apa yang kita perlu adalah suatu suruhanjaya perkhidmatan yang baru dengan skala gaji yang lebih baik. Beri merka gaji yang lebih baik, tetapi janganlah melaksanakan skim-skim seperti FPP ini.

(Diminta berhenti oleh Speaker kerana tempoh berbahas telah habis)

Saya harap isu-isu yang saya telah kemukakan akan diambil serius oleh pihak kementerian demi kebaikan dan kesihatan rakyat kita.

(Visited 59 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of