Warisan perlu pegang pada janji, tolak lantikan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan

0
81

Bersih 2.0 (Sabah) mengecam Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah dan juga presiden Warisan, yang melantik dua orang ahli parlimen Warisan menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan.

Dua orang ahli parlimen tersebut adalah Darrel Leiking dan Azis Jamman yang merupakan bekas menteri dan timbalan menteri persekutuan.

Pelantikan ini adalah mengingkari janji semasa kempen pilihan raya sebagaimana yang disebut sendiri oleh Shafie Apdal pada 13 Mei 2018. Beliau dalam kenyataannya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang dipilih tidak sesekali akan dilantik menjadi pengerusi badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan kerana mahukan wakil rakyat ini untuk fokus menjaga kebajikan di kawasan mereka.

Bersih 2.0 (Sabah) dan rakyat Sabah melihat perkara ini sebagai mengulangi semula kebobrokan amalan kerajaan Barisan Nasional terdahulu dan diteruskan pula oleh kerajaan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan yang melihatkan syarikat milik kerajaan dijadikan alat untuk kepentingan politik.

Rakyat Sabah inginkan amalan politik yang lebih baik dan telus daripada kerajaan sebelum ini, dan kerajaan pimpinan Warisan-Keadilan-DAP-Upko perlu memartabatkan semula amalan pentadbiran kerajaan yang telus dan amanah. Amalan ini termasuklah tidak menjadikan syarikat berkaitan kerajaan sebagai alat atau habuan politik.

Reformasi syarikat berkaitan kerajaan sangat diperlukan bagi meningkatkan kefungsian mereka untuk menaikkan ekonomi negeri dan sekaligus melimpahkan kesejahteraan dan kebajikan kepada rakyat Sabah. Justeru individu yang dilantik perlulah mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam menguruskan syarikat korporat.

Pemberian jawatan kepada ahli politik untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan hanya akan meningkatkan politik naungan (patronage politics) yang memberikan ruang kepada ahli politik untuk secara selektif menyalurkan sumber kerajaan dalam kerangka bagi memperkukuhkan pengaruh atau tapak politik mereka.

READ MORE:  Lompat parti tidak akan berakhir dengan pilihan raya mengejut di Sabah (Malay/English)

Syarikat berkaitan kerajaan yang sepatutnya mendatangkan kekayaan kepada seluruh rakyat dikhuatiri akan hanya mengkayakan segelintir puak terutamanya daripada golongan penyokong kerajaan. Sekiranya ini terjadi, maka rakyat Sabah akan menghadapi dua kali malang dan undi mereka pada pilihan raya umum 2018 untuk melihat perubahan negeri ini akan menjadi sia-sia.

Bersih Sabah mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan Shafie Apdal untuk tidak memulakan langkah sumbang dengan melantik ahli-ahli parlimen atau wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya ke dalam syarikat berkaitan kerajaan.

Peganglah pada janji dan manifesto anda untuk memartabatkan rakyat negeri Sabah.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments