Undang-undang peruntukan wakil rakyat saksama perlu digubal segera (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa kerajaan persekutuan dan semua kerajaan negeri untuk segera menggubal satu rang undang-undang  bagi memperuntukkan peruntukan wakil rakyat secara saksama kepada semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri sama ada berada di pihak kerajaan, pembangkang mahupun bebas.

Penggubalan undang-undang ini sangat mustahak kerana seringkali tiada peruntukan atau peruntukan yang tidak setara kepada wakil rakyat di pihak pembangkang menjadi alasan untuk mereka menyokong kerajaan dan perkara ini sangat tidak sihat untuk sistem demokrasi negara.

Terbaru MP Sri Aman Masir Kujat mengumumkan bahawa beliau telah keluar daripada Parti Sarawak Bersatu dan menjadi wakil rakyat bebas. Masir Kujat dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Malaysiakini memaklumkan bahawa beliau kekurangan dana untuk membantu kawasan selepas meninggalkan Parti Rakyat Sarawak, yang merupakan komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS). Dengan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, beliau berharap untuk mendapat peruntukan yang lebih di kawasan beliau.

Walaupun perkara 3.5 memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik ada memperuntukkan penyaluran peruntukan kepada ahli parlimen yang terlibat dalam MoU, namun peruntukan itu belum diberikan secara undang-undang. Undang-undang peruntukan wakil rakyat secara saksama yang perlu digubal ini adalah satu bentuk penaiktarafan daripada MoU kepada undang-undang yang mengikat siapa pun yang menjadi kerajaan kelak.

Bersih juga menggesa agar Barisan Nasional segera mengotakan manifesto mereka semasa pilihan raya di Melaka dan Johor untuk memperuntukkan peruntukan saksama dalam bentuk enakmen negeri yang akan menjanjikan kelangsungan pemberian peruntukan tersebut. Di Melaka, BN telah menjanjikan untuk memberikan peruntukan ini dalam tempoh 100 hari selepas membentuk kerajaan. Malah, menteri besar Perak daripada BN boleh mempelopori penggubalan enakmen peruntukan wakil rakyat ini

Bersih juga menggesa agar kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan untuk menggubal enakmen yang sama bagi memberikan peruntukan wakil rakyat yang saksama kepada semua ahli dewan undangan neger tanpa melihat kepada kecenderungan politik. Pulau Pinang dan Selangor kini hanya memberikan sedikit peruntukan kepada ahli dewan pembangkang manakala di Negeri Sembilan tidak ada langsung peruntukan yang diberikan.

Bersih mengajak rakyat untuk memastikan parti-parti politik yang mentadbir kerajaan di peringkat persekutuan mahupun negeri supaya menjadikan peruntukan wakil rakyat yang saksama ini sebagai salah satu kriteria utama untuk mereka undi. Peruntukan yang berat sebelah kepada parti tertentu sahaja adalah tidak adil dan sebenarnya satu hukuman kepada rakyat kerana memilih parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan. – Bersih

English version

Legislate equitable constituency development funds law now

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) calls for the federal government and all state governments to legislate a law for equitable constituency development funds to all MPs and state assembly members regardless of their political affiliation, including opposition and independent members.

This legislation is crucial as no or unequal constituency development funds given to the opposition is used as an excuse for them to defect and support the government, and this is detrimental to our democratic system.

Sri Aman MP Masir Kujat recently announced that he has left Party Sarawak Bersatu to be an independent MP. Masir Kujat, in his statement quoted by Malaysiakini, said that since he left Parti Rakyat Sarawak, which is one of the component parties in Gabungan Parti Sarawak, he had very little allocation to cater to his constituency. By becoming an independent MP that supports Prime Minister Ismail Sabri Yaakob, he hopes to get more allocations for his constituency.

Although section 3.5 of the Memorandum of Understanding (MoU) for transformation and political stability has a provision to allocate constituency development funds to MPs, the allocations have not been legislated as law. The legislation of constituency development funds law is a form of an upgrade of the MoU to be a law that will bind whoever becomes the government in the future.

Bersih urges Barisan Nasional (BN) to immediately implement its manifesto used during the Malacca and Johor state elections to enact equitable constituency development funds laws that will promise the continuity of the allocations. In Malacca, BN had promised to allocate this fund within 100 days of the forming of government. The state of Perak, which pioneered the allocation of constituency development funds to all state assembly members, can once again pave the way by enacting a state enactment for equitable constituency development funds.

Bersih also urges Pakatan Harapan (PH), which signed the MoU and has received constituency development funds for its MPs, to enact the same law to allocate equitable constituency development funds to all state assembly members regardless of their political affiliation. Currently, the states that are governed by PH in Penang and Selangor only allocated unequal funding to the opposition state assembly members while in Negeri Sembilan, the constituency development funds are allocated to the opposition constituencies’ coordinators.

Bersih calls on the people to ensure that political parties that govern the federal or state governments make equitable constituency development funds as their main criteria for them to vote. Unequal allocations towards certain parties are unfair and are in fact a form of punishment to the people for choosing parties that are not aligned with the ruling government. – Bersih



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments