Undang-undang peruntukan pembangunan kawasan diperlu untuk mencegah salah guna kuasa (Malay/English)

0
14 views

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) menyeru kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk berhenti menggunakan peruntukan pembangunan kawasan sebagai alat politik bagi membeli membeli sokongan politik serta menyalahgunakannya kerana ianya memberi kelebihan kepada kerajaan hari ini.

Reformasi segera perlu diinstitusikan segera untuk menjamin ketelusan, akauntabiliti serta peruntukan saksama kepada semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.

Bersih 2.0 dan Ideas pada 30 Mac melancarkan kertas kajian bertajuk “Pemansuhan atau Pembaharuan: Mencari Jalan Ke Depan Peruntukan Pembangunan Kawasan di Malaysia”.

Laporan tersebut, yang dinaungi oleh Bersih 2.0 dan ditulis oleh Ideas, mendapati bahawa peruntukan pembangunan kawasan mampu menangani keperluan pembangunan dan jurang antara kawasan-kawasan.

Tetapi keberkesanannya dicemari dengan ketidaktelusan dan kurang akauntabiliti serta pelanggaran pemisahan kuasa antara eksekutif dan badan perundangan. Ia juga mengganggu persaingan politik dengan memberikan wakil rakyat kerajaan alat politik yang lebih baik untuk mempengaruhi pilihan pengundi, terutamanya apabila peruntukan peruntukan pembangunan kawasan ini berat sebelah.

Sekiranya isu ketelusan, penaungan politik dan gangguan persaingan politik tidak ditangani, peruntukan pembangunan kawasan akan hilang keberkesanannya malah mungkin menjadi tidak produktif untuk pembangunan kawasan dan demokrasi negara.

Disebabkan kepincangan yang sangat serius, Bersih 2.0 dan Ideas menggesa kerajaan persekutuan dan semua kerajaan negeri untuk menginstitusikan reformasi polisi peruntukan pembangunan kawasan dengan segera dan reformasi yang berjangka panjang.

Untuk jangka masa segera, langkah-langkah untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti perlu diangkat. Hal ini boleh dilaksanakan dalam bentuk perundangan peruntukan pembangunan kawasan bagi mencegah perubahan sewenang-wenangnya oleh kerajaan.

Perundangan ini juga perlu menyatakan:

  • formula peruntukan untuk setiap kawasan
  • sumber kewangan dalam belanjawan tahunan
  • had peruntukan tahunan bagi peruntukan pembangunan kawasan
  • keperluan agensi dan penggubal undang-undang untuk menyiarkan maklumat utama peruntukan pembangunan kawasan kepada orang ramai
  • mekanisme penyertaan orang ramai dalam perumusan, pelaksanaan dan pemantauan peruntukan pembangunan kawasan
  • sekatan kepada penyalahgunaan atau penggelapan peruntukan pembangunan kawasan
READ MORE:  Pemberian dana pembangunan kepada wakil rakyat pembangkang di Perlis disambut baik (Malay/English)

Bagi jangka panjang, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri tidak perlu lagi menjadi penjaga peruntukan ini untuk membina infrastruktur asas serta menangani keperluan kawasan yang mendesak.

Peranan ini perlu diberikan kepada kerajaan tempatan yang dipilih agar ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri dapat menumpukan kepada pembuatan polisi dan undang-undang.

Ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri perlu terus menerima peruntukan untuk pusat khidmat mereka. Peruntukan ini perlu disalurkan daripada Parlimen dan dewan undangan negeri, berbanding daripada peruntukan pembangunan kawasan.

Pendanaan awam secara rasmi kepada parti politik juga harus disediakan sebagai insentif untuk mencegah parti politik daripada menyalahgunakan peruntukan peruntukan pembangunan kawasan. Perubahan ini memerlukan undang-undang pembiayaan politik.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dan Ideas

English version below

Constituency development funds: Law needed to prevent abuse of power, ensure fair allocations

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) and the Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) call on the federal government and state governments to stop using the allocations of constituency development funds as a political tool to buy political support and abusing it as an unfair advantage of the incumbent government.

Immediate reforms must be instituted to ensure transparency, accountability and equitable allocations for all members of Parliament and state assembly members.

Bersih 2.0 and Ideas jointly released on 30 March a report entitled “Removal or Reform: Charting the Way Forward for Malaysia’s Constituency Development Funds”.

The report, commissioned by Bersih 2.0 and written by Ideas, found that constituency development funds have the potential to address urgent development needs and gaps between constituencies. But their effectiveness is marred by a lack of transparency and accountability and a violation of the separation of powers between the executive and the legislature. There is also distortion of political competition as the funds provide the elected representatives of the ruling party with better tools to influence voters’ choices, especially when the allocations are completely lopsided.

READ MORE:  Beri peruntukan pembangunan kawasan secara adil kepada semua ahli Parlimen (Malay/English)

If the issues of transparency, political patronage and distortion of political competition are not addressed, constituency development funds will lose their effectiveness and will in fact become counterproductive to constituency development and democracy in the nation.

In view of the serious pitfalls, Bersih 2.0 and Ideas call on the federal government and all state governments to institute immediate and long-term reforms to the policy on constituency development funds.

In the immediate term, measures for transparency and accountability should be adopted. This may come in the form of constituency development funds legislation to prevent arbitrary changes to the allocations by the government of the day.

The legislation should stipulate:

  • the allocation formula for each constituency
  • the source of financing in the annual budget
  • the limit of the amount allocated for the constituency development funds annually
  • requirements for relevant agencies and lawmakers to publish key information about the constituency development funds to the public
  • mechanisms for public participation in the formulation, implementation and monitoring of the constituency development funds
  • sanctions for misusing or embezzling constituency development funds

In the long term, MPs and state assembly members should no longer be the gatekeepers of the fund to build basic infrastructure and address pressing constituency needs. Such roles should be given to local governments that are elected in order for MPs and state assembly members to focus on law and policymaking.

The MPs and state assembly members should continue to receive funding for their service centres. However, instead of coming from constituency development funds, such funding should come from Parliament and the state assemblies.

READ MORE:  Unfair allocations to MPs

Official public funding for political parties should be provided as an incentive to prevent ruling parties from abusing the allocation of constituency development funds. This change will require political financing legislation.

Bersih 2.0 and Ideas steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments