Tujuh pencabulan terbesar oleh SPR dalam laporan persempadanan semula

2
1071

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan perdana menteri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan ahli-ahli Parlimen yang menyokong usul persempadanan semula kerana meluluskan dan mewartakan laporan kajian persempadanan semula secara tergesa-gesa minggu lepas.

Bersih 2.0 berpendapat bahawa pembentangan, kelulusan, dan pewartaan laporan kajian persempadanan semula adalah tidak mematuhi prosedur kerana SPR masih belum menyelesaikan siasatan tempatan kedua di Selangor. Isu ini kini dicabar di Mahkamah Shah Alam oleh 107 plaintif yang mewakili lebih 10,000 pengundi.

Di samping itu, laporan persempadanan semula mengandungi syor yang akan menjejaskan lagi integriti sistem pilihan raya kita. Bersih 2.0 dengan ini ingin mengetengahkan tujuh isu-isu berikut:

(1) Mengekalkan dan menambahrosak pembahagian tidak sekata

Dalam menjalankan persempadanan semula di bawah Artikel 113 (2) Perlembagaan Persekutuan, SPR adalah diwajibkan untuk mengurangkan pembahagian tidak sekata dan memastikan bahawa jumlah pengundi di kawasan pilihan raya adalah “lebih kurang sama” sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 2 (c), jadual ketiga belas Perlembagaan Persekutuan.

SPR telah gagal dalam perkara ini dengan mengekalkan dan memburukkan lagi pembahagian tidak sekata secara tidak sah melalui proses persempadanan semula. Kecuali negeri Perlis, Terengganu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, nisbah antara kawasan Parlimen terkecil dan terbesar di negeri-negeri lain adalah melebihi dua kali ganda. Nisbah ini juga menjadi lebih teruk selepas proses persempadanan semula di beberapa negeri – Selangor (dari 3.94 hingga 4.05), Johor (dari 3.05 ke 3.17), Kedah (dari 2.53 to 2.70), dan Melaka (dari 2.17 hingga 2.50) – dan ini menunjukkan penghinaan SPR terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Comparison between the smallest and biggest federal constituencies in terms of number of voters in each state

State

Before Redelineation

After Redelineation

Smallest

Biggest

Ratio

Smallest

Biggest

Ratio

Perlis

42,293

50,751

1.20

42,293

50,751

1.20

Kedah

37,645

95,131

2.53

37,645

101,829

2.70

Kelantan

41,894

101,318

2.42

41,894

101,318

2.42

Terengganu

67,739

98,352

1.45

67,739

98,352

1.45

Penang

50,324

84,755

1.68

50,324

84,755

1.68

Perak

28,078

100,807

3.59

28,078

96,437

3.43

Pahang

27,892

81,647

2.93

27,892

81,647

2.93

Selangor

37,126

146,317

3.94

37,126

150,439

4.05

KL

53,037

91,312

1.72

55,896

81,290

1.45

N Sembilan

45,719

103,615

2.27

45,719

99,752

2.18

Melaka

47,972

104,234

2.17

47,972

120,071

2.50

Johor

37,568

114,625

3.05

37,568

119,175

3.17

 

SPR juga telah memburukkan lagi pembahagian tidak sekata dengan mewujudkan kawasan-kawasan pilihan raya yang bersaiz terlalu besar (super-size). Selepas persempadanan semula, sepuluh kawasan Parlimen terbesar mempunyai saiz yang terdiri daripada 108,156 hingga 150,439 pengundi, jauh melebihi purata negeri.

The top ten largest federal constituencies in Malaysia after boundary changes:

No.

Before change

No. of Voters

After change

No. of Voters

Difference

State average

1.

P106 Petaling Jaya Utara

84,456

P106 Damansara

150,439

+65,983

94,469

2.

P102 Serdang

139,013

P102 Bangi

146,168

+7,155

94,469

3.

P110 Klang

98,285

P110 Klang

136,222

+37,937

94,469

4.

P105 Petaling Jaya Selatan

78,404

P105 Petaling Jaya

129,363

+50,959

94,469

5.

P104 Kelana Jaya

101,603

P104 Subang

128,330

+26,727

94,469

6.

P098 Gombak

124,596

P098 Gombak

124,983

+387

94,469

7.

P111 Kota Raja

110,082

P111 Kota Raja

121,126

+11,044

94,469

8.

P138 Kota Melaka

93,761

P138 Kota Melaka

120,071

+26,310

76,108

9.

P162 Gelang Patah

114,625

P162 Iskandar Puteri

119,175

+4,550

63,428

10.

P159 Pasir Gudang

108,156

P159 Pasir Gudang

108,156

0

63,428

 

Kawasan-kawasan pilihan raya ini diwujudkan dengan memadatkan pengundi-pengundi yang kebanyakannya mengundi pembangkang semasa pilihan raya yang lepas.

(2) Menidakkan demokrasi dengan memenangkan pihak yang kalah

Impak pembahagian tidak sekata bukan sahaja pelanggaran prinsip “satu orang, satu undi” di seluruh negara, tetapi ia juga melemahkan demokrasi dengan mengangkat pihak yang kalah jika pembahagian tidak sekata dikaitkan dengan prestasi pilihan raya.

Apabila pilihan dan mandat pengundi dalam menentukan wakil rakyat/parlimen dan kerajaan terjejas, legitimasi dan kesahihan seluruh sistem politik akan terpersoal, lalu melemahkan kestabilan politik dan ekonomi.

Pada pilihan raya umum 2013, gabungan Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 47% undi popular tetapi ini adalah bersamaan dengan 60% kawasan-kawasan pilihan raya. Perkara ini berlaku kerana pembahagian tidak sekata, dan kawasan-kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh BN adalah jauh lebih kecil daripada kawasan-kawasan pilihanrRaya yang dimenangi oleh pihak pembangkang, Pakatan Rakyat.

Berdasarkan jumlah pengundi yang digunakan dalam proses persempadanan semula di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kawasan-kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh BN pada tahun 2013 mempunyai purata 48,228 pengundi, manakala kawasan-kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh pembangkang mempunyai purata hampir dua kali ganda, iaitu 79,436. Ini bermakna BN boleh kembali berkuasa tanpa undi majoriti.

Memandangkan 112 kawasan pilihan raya terkecil merangkumi hanya 33% daripada jumlah pengundi, majoriti mudah (simple majority) parlimen secara teorinya boleh tercapai dengan hanya 16.5% undi popular. Angka ini mungkin lebih rendah dalam pertembungan pelbagai penjuru (multicornered).

(Credits to: Dr Wong Chin Huat and Engage)

Latest electorate size for the 133 parliamentary constituencies won by the ruling coalition (Barisan Nasional) and the 89 parliamentary constituencies won by the Opposition (Pakatan Rakyat) in the 2013 general election.

In the most extreme of cases, a simple parliamentary majority could theoretically be won with just 16.5% of the popular vote, ie by obtaining 50%+1 votes for each of the 112 smallest constituencies. 

(3) Gerrymandering bersifat partisan

Bersih 2.0 juga telah mengesan percubaan untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya di kawasan-kawasan pilihan raya yang marginal, dengan memindahkan daerah-daerah mengundi berdasarkan pola pengundian.

Sebagai contoh di Melaka, lima daerah mengundi yang mempunyai sokongan kuat terhadap pembangkang telah dipindahkan dari P137 Bukit Katil (sebuah kawasan pilihan raya marginal) ke P138 Kota Melaka (kawasan pilihan raya kuat pembangkang). Simulasi semula keputusan pilihan raya umum 2013 berdasarkan pola pengundian yang sama dan dengan yang sempadan baru, menunjukkan bahawa P137 Bukit Katil akan beralih dari sebuah kawasan pilihan raya pembangkang menjadi kawasan pilihan raya kerajaan.

Kejadian gerrymandering yang sama, terutamanya yang melibatkan pemadatan penyokong pembangkang ke kawasan-kawasan pilihan raya yang besar, juga ditemui di beberapa negeri lain seperti Perak, Selangor, dan Johor. Analisa awal menunjukkan bahawa ini akan memberi kesan yang besar terhadap beberapa kawasan parlimen marginal di seluruh negara.

Packing of opposition voters by transferring polling districts based on voting pattern.

Illustration: Five polling districts with strong opposition support were transferred out from P137 Bukit Katil (a marginal constituency) and packed into P138 Kota Melaka (a opposition stronghold)

Similar gerrymandering, especially the packing of opposition supporters into super-size constituencies, were also discovered in several other states such as Perak, Selangor, and Johor. Preliminary analysis shows that these would have a material effect on several marginal parliamentary constituencies across the country.

(4) Gerrymandering berdasarkan etnik

Dalam satu wawancara dengan New Straits Time pada 29 Mac 2018, pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah menyatakan bahawa etnik adalah salah satu kriteria yang dipertimbangkan semasa persempadanan semula.

Bersih 2.0 mengecam dan menolak pemanipulasian bangsa dan etnik dalam sistem pilihan raya kita dan penjejasan hubungan tempatan. Tindakan SPR dan Hashim yang mengabaikan syarat-syarat untuk persempadanan semula yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutua adalah menyalahi undang-undang, mendiskriminasi, dan tidak bermoral.

Dalam menganalisis laporan akhir persempadanan semula, SPR sememangnya telah menjalankan pemindahan pengundi berdasarkan etnik. Ini telah menghasilkan 15 kawasan-kawasan pilihan raya yang sebelum ini adalah bersifat majmuk (mixed constituensies); tetapi dengan persempadanan semula, mereka diubah menjadi lapan kawasan dominan Melayu dan tujuh kawasan dominan Cina.

Ethnic-based transfer of voters, creating new predominantly Malay constituencies

Constituency

Malays

Chinese

Indians

Others

P59 BUKIT GANTANG

Before

67.5%

22.9%

9.3%

0.3%

After

72.4%

18.9%

8.4%

0.3%

Changes

+4.9%

-4.0%

-0.9%

-0.0%

P74 LUMUT

Before

54.0%

32.9%

11.8%

1.3%

After

72.0%

15.0%

11.4%

1.6%

Changes

+18.0%

-18.0%

-0.3%

+0.3%

P101 HULU LANGAT

Before

54.1%

32.8%

10.9%

2.2%

After

65.0%

22.1%

10.4%

2.5%

Changes

+10.9%

-10.8%

-0.5%

+0.4%

P107 SUBANG

Before

47.5%

38.5%

11.8%

2.2%

After

65.3%

21.6%

10.7%

2.3%

Changes

+17.8%

-16.9%

-1.1%

+0.2%

P109 KAPAR

Before

54.6%

30.9%

13.7%

0.8%

After

70.7%

14.8%

13.6%

0.9%

Changes

+16.1%

-16.1%

-0.1%

+0.1%

P121 LEMBAH PANTAI

Before

57.0%

21.8%

18.8%

2.4%

After

62.1%

18.9%

16.3%

2.7%

Changes

+5.1%

-2.9%

-2.5%

+0.3%

P124 BANDAR TUN RAZAK

Before

53.8%

36.5%

8.3%

1.4%

After

61.1%

29.1%

8.3%

1.5%

Changes

+7.3%

-7.4%

-0.1%

+0.1%

P137 BUKIT KATIL

Before

55.0%

38.6%

5.6%

0.8%

After

62.4%

31.1%

5.7%

0.8%

Changes

+7.4%

-7.4%

+0.1%

-0.0%

Ethnic-based transfer of voters, creating new predominantly Chinese constituencies

CONSTITUENCY

Melayu

Cina

India

Others

P68 BERUAS

Before

34.2%

50.7%

14.9%

0.2%

After

26.3%

59.3%

14.1%

0.4%

Changes

-7.9%

+8.6%

-0.9%

+0.1%

P103 PUCHONG

Before

39.2%

44.2%

15.2%

1.4%

After

36.8%

52.0%

10.0%

1.1%

Changes

-2.4%

+7.8%

-5.1%

-0.0%

P104 KELANA JAYA

Before

37.1%

43.0%

17.9%

2.0%

After

26.6%

56.5%

15.2%

1.7%

Changes

-10.5%

+13.5%

-2.7%

-0.1%

P110 KLANG

Before

33.6%

45.0%

19.7%

1.8%

After

26.4%

55.3%

17.1%

1.2%

Changes

-7.1%

+10.3%

-2.6%

-0.3%

P117 SEGAMBUT

Before

33.4%

53.4%

11.1%

2.2%

After

27.5%

58.9%

11.8%

1.8%

Changes

-5.8%

+5.5%

+0.7%

-0.2%

 

(5) Pengecualian 59% kawasan-kawasan parlimen daripada persempadanan termasuk seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Pahang

SPR menyatakan bahawa persempadanan semula dilakukan berdasarkan demografi dan perubahan penduduk dari masa ke masa disebabkan oleh pembangunan. Tetapi pada masa yang sama, SPR telah gagal mengesyorkan sebarang perubahan (sama ada tiada perubahan langsung dalam Syor 1 atau semua perubahan yang disyorkan ditarik balik dalam syor terakhir) bagi negeri-negeri Perlis, Pulau Pinang (untuk kawasan-kawasan pilihan raya negeri dan Parlimen) dan Pahang (untuk kawasan-kawasan Parlimen).

Pengecualian Pulau Pinang dan Pahang jelas tidak adil dari segi prinsip perlembagaan “pembahagian lebih kurang sama”.

Dalam laporan akhir, SPR menyatakan bahawa jumlah pengundi di Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 31.6%, iaitu dari 659,155 pengundi sejak persempadanan semula pada tahun 2003 kepada 867,748 pengundi pada tahun 2015. Begitu juga jumlah pengundi di Pahang meningkat sebanyak 33.5% iaitu dari 554,321 pengundi pada tahun 2003 kepada 740,023 pada tahun 2015.

Penetapan sempadan yang sama telah mengekalkan pembahagian tidak sekata yang teruk di Pahang dan kawasan-kawasan pilihan raya negeri di Pulau Pinang, dengan nisbah terbesar-kepada-terkecil adalah 2.93 di Pahang dan 3.27 kali ganda di Pulau Pinang.

Secara keseluruhannya, 96 daripada 164 kawasan-kawasan Parlimen yang sepatutnya dikaji semula (tidak termasuk Putrajaya dan Labuan) masih mempunyai sempadan yang sama seperti asal. Pengecualian kawasan-kawasan pilihan raya ini berlaku walaupun 20 daripadanya adalah >33.33% lebih kecil (piawaian perlembagaan 1962) daripada purata negeri, dan tujuh daripadanya adalah >33.33% lebih besar daripada purata negeri.

Number of parliamentary constituencies including outliers which retain same boundaries

State

N

%

Deviation from state average

N, <66.67%

N, >133.33%

Perlis

3

100.00%

0

0

Kedah

10

66.67%

2

1

Kelantan

7

50.00%

1

1

Terengganu

6

75.00%

0

0

Penang

13

100.00%

0

0

Perak

13

54.17%

5

0

Pahang

14

100.00%

2

1

Selangor

5

22.73%

2

0

Kuala Lumpur

1

9.09%

0

0

Negeri Sembilan

6

75.00%

1

0

Malacca

3

50.00%

1

0

Johor

15

57.69%

6

4

Total

96

58.54%

20

7

Kesannya, hak pengundi-pengundi di negeri-negeri ini untuk mempunyai perwakilan dan hubungan tempatan yang lebih baik telah diabaikan. Memandangkan persempadanan semula hanya boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap lapan tahun, pengundi di Pulau Pinang dan Pahang terpaksa menggunakan sempadan kawasan-kawasan pilihan raya yang lama (berdasarkan persempadanan semula tahun 2003) selama 23 tahun kerana kegagalan dan ketidakcekapan SPR.

(6) Proses siasatan tempatan palsu dan pengitaran semula syor pertama

Sepuluh kawasan Parlimen di Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah menggunapakai syor 1 yang telah digugurkan selepas pusingan pertama siasatan tempatan.

Ini bermakna SPR telah bersetuju dengan pembantah bahawa syor pertama mereka telah dirancang dengan teruk; akan tetapi, badan yang sama telah mengambil semula syor-syor yang dibuangnya. Yang paling mengejutkan, perubahannya tidak berdasarkan sebarang bantahan yang kukuh.

Recycled first recommendations in 14 parliamentary constituencies

Boundary change pattern

Kedah

Selangor

Kuala Lumpur

N

%

N

%

N

%

Status Quo -> 1st Proposal -> Status Quo -> 1st Proposal

9

40.91%

1

9.09%

Status Quo -> 1st Proposal -> 2nd Proposal -> 1st Proposal

2

13.33%

1

4.55%

Total

2

13.33%

10

45.46%

1

9.09%

(7) Kegagalan PM membentangkan laporan syor persempadanan semula untuk Sabah

Berhubungan dengan negeri Sabah, Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah telah meminda Perlembagaan Negeri pada tahun 2016 untuk menambah 13 kawasan Dun baru. Laporan persempadanan semula telah diselesaikan dan diserahkan kepada perdana menteri pada 21 Februari 2017, tetapi beliau memilih untuk tidak membentangkan laporan tersebut di Parlimen tanpa sebarang penjelasan.

Syor kedua untuk Sabah menunjukkan pembahagian tidak sekata yang teruk dan hal ini menimbulkan kebimbangan bahawa cadangan akhir mungkin memburukkan lagi pembahagian kedua-dua parlimen dan negeri. Namun perdana menteri tidak mempunyai hak untuk melambatkan pembentangan laporan tersebut.

Ini juga merupakan pembaziran sumber awam kerana SPR telah menjalankan dua pusingan paparan awam, siasatan tempatan dan penyediaan laporan akhir.

Pengundi mesti kalahkan pemanipulasian pilihan raya dengan mengundi

Oleh itu, Bersih 2.0 dengan tegas menolak keseluruhan proses persempadanan semula dan laporan akhir yang dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Suruhanjaya Pilihan Raya bukan sahaja mengabaikan proses dan prosedur perlembagaan, tetapi juga telah mengutarakan syor yang melanggar prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam perlembagaan.

Adalah jelas bahawa perdana menteri, Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya, badan kehakiman dan polis kesemuanya terlibat dalam memastikan bahawa persempadanan semula diluluskan dengan tergesa-gesa dan dengan apa jua cara, untuk mempengaruhi dan mencuri pilihan raya umum akan datang.

Bersih 2.0 menggesa semua pengundi untuk menolak pemanipulasian pilihan raya dengan keluar mengundi dalam pilihan raya umum akan datang. Walaupun kita mungkin tidak dapat menghentikan persempadanan semula daripada diluluskan, jumlah pengundi yang tinggi pada pilihan raya umum ini akan dapat mengurangkan kesan penipuan dan manipulasi pilihan raya.

Satukan tenaga; keluar mengundi; kalahkan pencuri!

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

2
Join the conversation

avatar
750
2 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
2 Comment authors
Paul BaileySyni Lee Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Paul Bailey

of course it is rigged, somebody goes to jail in the US if he doesn’t get this right!

Syni Lee

P59