Jawatankuasa pemandu Bersih mengalu-alukan cadangan setiausaha agung DAP Anthony Loke merangkap menteri kanan dalam kerajaan “Madani”, untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkaitan pendedahan terbaharu oleh Bloomberg berhubung dakwaan pegangan sahamnya serta kewujudan rangkaian yang digelar sebagai “mafia korporat” yang dikaitkan dengan pegawai dalam SPRM.
Bersih berpandangan bahawa jawatankuasa khas siasatan yang ditubuhkan kerajaan yang diketuai oleh peguam negara baru-baru ini adalah tidak memadai untuk menyiasat isu ini.
Skop dan tahap keseriusan dakwaan ini yang menyentuh integriti institusi penguatkuasaan utama negara menuntut suatu mekanisme siasatan yang benar-benar bebas, berwibawa dan mempunyai kuasa penuh.
Gesaan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja ini selaras dengan tuntutan konsisten Bersih bersama pertubuhan masyarakat sivil lain agar satu siasatan yang menyeluruh dan telus dilaksanakan.
Suruhanjaya siasatan diraja, dengan kuasa memanggil dan memeriksa saksi secara terbuka, adalah instrumen paling sesuai untuk memastikan keyakinan awam dipulihkan serta menjamin prinsip akauntabiliti ditegakkan tanpa campur tangan eksekutif.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Selain itu, Bersih menggesa agar Parlimen membenarkan satu perbahasan khas di Dewan Rakyat berhubung isu yang melibatkan integriti SPRM dan ketuanya ini.
Isu ini jelas memenuhi tiga keperluan utama untuk penerimaan sesuatu usul tergempar, iaitu: berkepentingan awam, perlu disegerakan, dan berkaitan dengan perkara tertentu yang memerlukan perhatian segera dewan dan ahli-ahli Parlimen.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat harus menilai semula keputusan menolak perbahasan tersebut demi memastikan fungsi kawal dan imbang Parlimen tidak terjejas.
Jawatankuasa pilihan khas dewan juga wajar mengorak langkah proaktif dengan membuka inkuiri tersendiri secara terbuka dan telus.
Sebagai sebuah institusi yang diamanahkan untuk memerangi rasuah dalam negara, SPRM mesti berada di tahap integriti dan kepercayaan awam yang tertinggi.
Sebarang keraguan terhadap kepimpinan tertinggi dan institusi bukan sahaja menjejaskan kredibiliti agensi tersebut, malah memberi implikasi besar terhadap keyakinan rakyat terhadap sebuah institusi awam dan agenda memerangi rasuah kerajaan.
Bersih menegaskan bahawa usaha memulihkan keyakinan awam tidak boleh bersifat separuh jalan.
Ketelusan, kebebasan siasatan dan akauntabiliti adalah prasyarat untuk mempertahankan prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang di negara ini. – Bersih
Jawatankuasa pemandu Bersih mengalu-alukan cadangan setiausaha agung DAP Anthony Loke merangkap menteri kanan dalam kerajaan “Madani”, untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkaitan pendedahan terbaharu oleh Bloomberg berhubung dakwaan pegangan sahamnya serta kewujudan rangkaian yang digelar sebagai “mafia korporat” yang dikaitkan dengan pegawai dalam SPRM.
Bersih berpandangan bahawa jawatankuasa khas siasatan yang ditubuhkan kerajaan yang diketuai oleh peguam negara baru-baru ini adalah tidak memadai untuk menyiasat isu ini.
Skop dan tahap keseriusan dakwaan ini yang menyentuh integriti institusi penguatkuasaan utama negara menuntut suatu mekanisme siasatan yang benar-benar bebas, berwibawa dan mempunyai kuasa penuh.
Gesaan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja ini selaras dengan tuntutan konsisten Bersih bersama pertubuhan masyarakat sivil lain agar satu siasatan yang menyeluruh dan telus dilaksanakan.
Suruhanjaya siasatan diraja, dengan kuasa memanggil dan memeriksa saksi secara terbuka, adalah instrumen paling sesuai untuk memastikan keyakinan awam dipulihkan serta menjamin prinsip akauntabiliti ditegakkan tanpa campur tangan eksekutif.
Selain itu, Bersih menggesa agar Parlimen membenarkan satu perbahasan khas di Dewan Rakyat berhubung isu yang melibatkan integriti SPRM dan ketuanya ini.
Isu ini jelas memenuhi tiga keperluan utama untuk penerimaan sesuatu usul tergempar, iaitu: berkepentingan awam, perlu disegerakan, dan berkaitan dengan perkara tertentu yang memerlukan perhatian segera dewan dan ahli-ahli Parlimen.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat harus menilai semula keputusan menolak perbahasan tersebut demi memastikan fungsi kawal dan imbang Parlimen tidak terjejas.
Jawatankuasa pilihan khas dewan juga wajar mengorak langkah proaktif dengan membuka inkuiri tersendiri secara terbuka dan telus.
Sebagai sebuah institusi yang diamanahkan untuk memerangi rasuah dalam negara, SPRM mesti berada di tahap integriti dan kepercayaan awam yang tertinggi.
Sebarang keraguan terhadap kepimpinan tertinggi dan institusi bukan sahaja menjejaskan kredibiliti agensi tersebut, malah memberi implikasi besar terhadap keyakinan rakyat terhadap sebuah institusi awam dan agenda memerangi rasuah kerajaan.
Bersih menegaskan bahawa usaha memulihkan keyakinan awam tidak boleh bersifat separuh jalan.
Ketelusan, kebebasan siasatan dan akauntabiliti adalah prasyarat untuk mempertahankan prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang di negara ini. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

