Home Coalitions Clean and Fair Elections Tubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat ‘mafia korporat’, Azam perlu letak jawatan segera

Tubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat ‘mafia korporat’, Azam perlu letak jawatan segera

MACC chief commissioner Azam Baki

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menjawab respon yang diberikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap kenyataan Bersih pada 4 Mac yang bertajuk “SPRM tidak boleh menjadi senjata politik, Azam Baki perlu letak jawatan segera”.

Dalam satu kenyataan, Anwar menyifatkan kenyataan Bersih sebagai tidak adil kerana tidak menunggu siasatan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara Dusuki Mokhtar.

Bersih dan rakan-rakan daripada kumpulan masyarakat sivil sebelum ini telah pun mengkritik jawatankuasa ini yang hanya memfokuskan kepada pemilikan saham Azam Baki dan seolah-olah sengaja menutup mata tentang skandal yang lebih besar melibatkan “mafia korporat”.

Bersih dan rakan-rakan masyarakat sivil sebelum ini juga mempersoalkan keterlibatan peguam negara untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut memandangkan beliau terlibat secara langsung dalam menarik semula pertuduhan terhadap Timbalan PM Zahid Hamidi yang telah pun dibuktikan ada prima facie.

Jika begini situasi dan individu yang akan mengetuai siasatan terhadap Azam, bagaimanakah Anwar boleh mendapatkan kepercayaan rakyat terhadap ketulusan dan ketelusan siasatan ini?

Malah kami juga ingin bertanya, jawatankuasa ini akan bertanggungjawab kepada siapa selepas siasatan ini selesai? Adakah kepada beliau sendiri yang sudah menyambung kontrak Azam sebanyak tiga kali sebelum ini, walhal beliau sendiri yang mengkritik keras Azam pada tahun 2022?

Bersih sekali lagi mendesak Anwar dan kerajaan “Madani” untuk melakukan tindakan berikut dengan segera:

  • Tubuhkan segera satu panel yang bebas atau suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat semua tuduhan yang tertunggak termasuk tuduhan mafia korporat di dalam Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Tokoh-tokoh yang terkemuka dan dihormati perlu mengetuai panel bebas atau suruhanjaya siasatan ini, serta bebas daripada keahlian menteri, penjawat awam dan peguam negara untuk menyiasat kesemua tuduhan tertunggak terhadap SPRM dan Azam.
  • Azam perlu meletak jawatan dengan segera. Kehadiran dan kewujudan beliau di dalam SPRM mempunyai konflik kepentingan yang sangat besar terhadap siasatan yang berjalan terhadap beliau. Tak wajar kredibiliti SPRM terheret bersama Azam.
  • Wujudkan satu pelan reformasi yang menyeluruh, khususnya berkaitan proses pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM yang bebas daripada campur tangan eksekutif, namun tertakluk kepada semakan parlimen, dan jaminkan pelaksanaan kuasa dan tugas SPRM adalah telus serta bertanggungjawab kepada Parlimen. Perkara ini pernah dinyatakan dalam manifesto pilihan raya umum sebelum ini.
READ MORE:  Tubuhkan suruhanjaya siasatan diraja segera berkaitan dakwaan terhadap ketua SPRM

Bersih dan rakan-rakan kumpulan masyarakat sivil sudah berulang kali mendesak supaya kerajaan melaksanakan reformasi SPRM sejak daripada kali pertama kerajaan Madani ini menyambung kontrak Azam pada 12 Mei 2023. Ini bukanlah isu yang baharu kali pertama berbangkit.

Jika kerajaan Madani, khususnya Perdana Menteri Anwar gagal menangani isu Azam, mafia korporat dan reformasi SPRM ini, dikhuatiri kepercayaan rakyat terhadap usaha-usaha reformasi dan melawan rasuah akan terus terhakis dan runtuh.

Anwar tidak boleh salahkan Bersih atas kegagalan kerajaan untuk melaksanakan reformasi melawan rasuah ini. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x