Tiga kriteria dalam pemilihan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

0
48
Source: freemalaysiatoday.com

[ENGLISH VERSION BELOW] Berikutan perletakan jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mohd Hashim Abdullah yang berkuatkuasa mulai 1 Julai, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru kerajaan Pakatan Harapan untuk memilih pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru berdasarkan kriteria integriti, kesaksamaan dan bebas serta mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kepakaran yang terbukti dalam undang-undang pilihan raya dan sistem pilihan raya.

Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan menggariskan keyakinan orang ramai sebagai syarat bagi pelantikan pesuruhjaya pilihan raya. Walaubagaimanapun, untuk menentukan piawaian ‘kepercayaan awam’ yang bersesuaian dengan seorang pesuruhjaya pilihan raya, keadaan ini tidak boleh diambil pada nilai umum dan mesti didefinasikan dengan lebih terperinci lagi kepada kriteria-kriteria berikut sebagai ukuran ‘keyakinan orang ramai’:

  • Rekod prestasi terbukti dalam integriti individu
  • Rekod prestasi terbukti dalam kesaksamaan dan bebas daripada politik kerajaan dan parti
  • Rekod prestasi terbukti dalam pengetahuan/pengalaman/kepakaran mengenai undang-undang pilihan raya dan sistem pilihan raya

Bersih 2.0 yakin bahawa kriteria ini penting bagi memastikan pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seorang yang bebas, mempunyai keyakinan orang ramai dan kompeten untuk memulakan reformasi bagi memastikan pilihan raya yang bebas dan adil pada masa akan datang.

Set kriteria yang sama seharusnya digunakan juga dalam memilih pesuruhjaya-pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya apabila terdapat kedudukan kosong.

READ MORE:  Redrawn electoral boundaries are a setback, but fight for clean elections is not over

Pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya berdasarkan kriteria ini akan menjadi salah satu langkah penting bagi kerajaan Pakatan Harapan dalam melaksanakan janji pilihan raya untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil dan memulihkan kepercayaan rakyat dalam pilihan raya, seperti yang dinyatakan dalam janji ke-17 dalam manifesto Pakatan Harapan.

Mohd Hashim Abdullah telah berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada ketua penerangan Umno Annuar Musa selama sembilan tahun, iaitu dari tahun 1990 hingga 1999. Beliau pada mulanya dilantik sebagai timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada tahun 2014 dan dinaikkan pangkat menjadi pengerusi pada bulan Januari 2016. Jelas sekali, pelantikan sedemikian adalah sangat kontradik dengan kriteria yang digariskan di atas. Ia mengikis keyakinan orang ramai terhadap pilihan raya dan menjejaskan demokrasi.

Kerajaan Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kesilapan kerajaan Barisan Nasional. Mereka harus menunjukkan bahawa mereka berbeza dengan Barisan Nasional.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Three criteria in selecting Electoral Commission chairperson

Following the resignation of Electoral Commission chairman Mohd Hashim Abdullah with effect from 1 July, the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls on the Pakatan Harapan government to select a new Electoral Commission chairperson based on criteria of integrity, impartiality and independence, and proven knowledge, experience and expertise in election laws and electoral systems.

Article 114(2) of the Federal Constitution outlines public confidence as a requirement for the appointment of the electoral commissioners. But to uphold appropriate standards of ‘public confidence’ befitting an electoral commissioner, this condition cannot be taken at face value and must be further defined and elaborated using the following criteria as a measure of ‘public confidence’:

  • Proven track record on personal integrity
  • Proven track record on impartiality and of being independent from government and party politics
  • Proven knowledge/experience/expertise in election laws and electoral systems
READ MORE:  Keputusan peguam negara tepat dalam tidak mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya

Bersih 2.0 believes these criteria are essential in ensuring that the new chairperson is independent, has the confidence of the public, and is competent to initiate reforms to ensure free and fair elections in future.

The same set of criteria should apply as well in selecting other electoral commissioners when vacant positions arise.

The appointment of a chairperson based on these criteria will be one of the key measures for the Pakatan Harapan government in implementing its electoral promise to ensure free and fair election and to restore the trust of the people in our elections, as stated in the 17th promise in the Pakatan Harapan manifesto.

Mohd Hashim Abdullah served as personal aide to Umno information chief Annuar Musa for nine years from 1990 until 1999. He was first appointed as deputy chairperson of the Electoral Commission in 2014 and promoted to chairperson in January 2016. Clearly, such an appointment was in total contradiction of the criteria outlined above. It eroded public confidence in the elections and undermined our democracy.

The PH government should never repeat the mistake of Barisan Nasional government. It must show it is different from BN.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of