Tidak wajar untuk Najib habiskan baki hukuman penjara di rumah

Prisoner Najib Razak

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada dakwaan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa wujudnya bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Agong ke-16, yang membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Bersih menegaskan berdasarkan pengamalan semasa, hukuman tahanan rumah hanya boleh diberikan kepada banduan yang terlibat dalam kesalahan kecil, iaitu yang menjalani hukuman penjara selama empat tahun dan ke bawah menerusi pelepasan banduan secara berlesen.

Tambahan pula, beliau masih memiliki beberapa pertuduhan jenayah berat yang masih berjalan di mahkamah.

Namun, sekiranya banduan yang terlibat dalam kes jenayah berat seperti Najib mendapat keistimewaan tahanan rumah, adalah lebih adil untuk keistimewaan tersebut diberikan kepada banduan lain yang lebih memerlukan khususnya banduan wanita yang masih mempunyai anak kecil.

Justeru, Bersih menegaskan prinsip keadilan sedarjat dalam sudut undang-undang dan hukum harus sentiasa diangkat sebagai prinsip utama untuk memelihara kedaulatan undang-undang negara.

Bersih juga ingin mempersoalkan mengapakah perkara ini baru dibangkitkan sedangkan dalam keputusan Lembaga Pengampunan bertarikh 2 Februari – yang juga didedahkan oleh peguam beliau Shafee Abdullah – tidak berbangkit berkenaan perintah tahanan rumah?

Dalam masa sama, sekiranya wujud bahagian tambahan atau titah adendum bertarikh 29 Januari seperti yang didakwa beliau, mengapa perkara tersebut tidak didedahkan oleh peguam beliau sebelum ini?

Dakwaan terbaru ini seolah-olah akan menyebabkan satu duluan (precedent) baharu untuk keputusan rasmi Lembaga Pengampunan yang telah dimuktamadkan boleh diubah pada bila-bila masa. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments