Tidak bertanggungjawab benarkan Jeffery Kitingan hadir Dewan Rakyat tanpa tamatkan 14 hari kuarantin wajib (Malay/English)

1
48 views
Photograph: Wikimedia Commons

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mempersoalkan tindakan kerajaan yang tiba-tiba mengubah prosedur operasi tetap untuk membenarkan pengembara daripada Sabah yang memasuki semenanjung tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari jika disahkan negatif.

Prosedur operasi tetap ini dilihat berubah selepas isu Jeffrey Kitingan yang melanggar kuarantin wajib 14 hari apabila beliau datang ke Dewan Rakyat untuk perbahasan belanjawan walaupun beliau baru sahaja kembali ke Kuala Lumpur dari Sabah pada 12 November yang lalu.

Sebelum ini pada 20 November 2020, ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan semua individu dari Sabah perlu kuarantin selama 14 hari walaupun didapati negatif.

Sekiranya prosedur operasi tetap ini diubah semata-mata untuk membenarkan wakil rakyat iaitu ahli Parlimen seperti Jeffrey Kitingan dan Bung Moktar Radin untuk mengundi bagi meluluskan Belanjawan 2021, tindakan ini dengan jelas menunjukkan satu penyalahgunaan kuasa di pihak kerajaan tanpa menghiraukan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Tindakan ini jelas tidak bertanggungjawab sekiranya kerajaan sanggup merendahkan tahap berjaga-jaga semata-mata untuk kepentingan sempit politik mereka.

Bersih 2.0 berpandangan bahawa bagi mengembalikan hak semua ahli Parlimen untuk berbahas dan mengundi sesuatu usul dalam Parlimen, adalah lebih baik untuk kerajaan melaksanakan sidang hibrid (hybrid sitting) bagi membenarkan wakil rakyat yang terpaksa dikuarantinkan untuk berbahas dan mengundi secara maya (virtual).

Perkara ini pernah kami cadangkan pada bulan Mei yang lepas supaya kerajaan menjalankan sidang secara maya. Malah sidang hibrid ini juga telah dijalankan oleh Parlimen UK di mana ada ahli parlimen yang dibenarkan bersidang di dalam dewan dan bakinya secara maya.

READ MORE:  Guan Eng targeted again? Stop passing the buck, be truthful!

Malangnya kerajaan tidak menerima cadangan ini dan sekarang kelihatan menukar prosedur operasi tetap pencegahan penularan wabak pandemik demi kepentingan politik sendiri.

Bersih 2.0 menggesa agar pihak kerajaan tidak sewenang-wenangnya mengubah prosedur operasi tetap oleh kerana terdapat ahli Parlimen dari blok mereka yang melanggar peraturan.

Ini sekali lagi satu penyalahgunaan kuasa yang sangat jelas dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mendakwa mana-mana ahli politik yang melanggar arahan tanpa ada sikap berat sebelah.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Irresponsible to allow Jeffery Kitingan to attend Parliament before completing 14-day compulsory quarantine

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) questions the government’s action to suddenly change the standard operating procedure to allow travellers from Sabah to enter the peninsula without the need to undergo mandatory quarantine for 14 days if tested negative for Covid-19.

This standard operating procedure was altered after the violation of mandatory quarantine of 14 days by Jeffrey Kitingan, who participated in the Dewan Rakyat for a Budget debate even though he had just returned to Kuala Lumpur from Sabah on 12 November.

On 20 November 2020, director general of health Dr Noor Hisham Abdullah said all individuals from Sabah should be quarantined for 14 days despite being found to be negative.

If this standard operating procedure is altered simply to allow elected representatives, namely MPs such as Jeffrey Kitingan and Bung Moktar Radin, to vote with the hope of approving Budget 2021, this action clearly shows an abuse of power by the government regardless of public health and safety. This response is clearly irresponsible if the government is willing to lower the level of public health safeguards solely for political expediency.

READ MORE:  What happened to leaders' oath to 'preserve, protect and defend' the Constitution?

Bersih 2.0 believes that in the effort to restore the right of all MPs to debate and vote on a motion in Parliament, the government should hold a hybrid Parliament session to allow elected representatives who needed to be quarantined to debate and vote virtually.

We have already brought up this suggestion last May for the government to conduct virtual Parliament sittings. In fact, this hybrid session was also conducted by the UK Parliament, where some MPs were allowed to sit in the hall while the rest were to be present virtually.

Unfortunately, the government failed to take up the proposal, and it now seems that the standard operating procedure that was supposed to prevent the spread of pandemic outbreaks has been altered for its own political interests.

Bersih 2.0 urges the government not to arbitrarily change the standard operating procedure solely because there are MPs from their bloc who violated the rules. This clearly shows an abuse of power, and the Ministry of Health Malaysia should take legal action, without fear or favour, against those politicians who violated the directive.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
loyal malaysian
loyal malaysian
2 Dec 2020 10.24am

First Khairuddin, then Jeffery Kittingan & we are told that holier than thou Ismail Sobri – all making a mockery of SOPs for quarantines and social distancing
What does these incidents tell us?
Like the characters in Animal Farm, they feel they are the privileged few. The laws and rules of the land do not apply to them.
Yes, they may control the enforcement agencies but to all right thinking rakyat, they and others like them are the ****bags of our society!