Tidak ada masalah untuk ketua menteri Sabah memohon bantuan daripada kerajaan persekutuan (Malay/English)

0
143
Photograph: azminali.com

[ENGLISH VERSION] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merujuk kepada ucapan ketua penerangan Perikatan Nasional Azmin Ali pada 20 September 2020 yang menggelar presiden Warisan Shafie Apdal sebagai munafik kerana meminta bantuan kewangan untuk Sabah pada 2018 semasa Azmin Ali menjadi menteri hal ehwal ekonomi di bawah Pakatan Harapan.

Tidak ada sebarang masalah untuk mana-mana ketua menteri atau menteri besar meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan. Malah, menjadi beban tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menyediakan bantuan kepada mana-mana negeri di Malaysia apabila perlu kerana rakyat Sabah juga membayar cukai kepada kerajaan persekutuan.

Menggelar Shafie sebagai munafik kerana melakukan tugas beliau sebagai ketua menteri adalah tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Azmin.

Hal ini lebih-lebih lagi apabila agihan pendapatan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah tidak setara, dengan berat sebelah kepada kerajaan persekutuan yang memberi kesan kepada Sabah sebagai antara negeri termiskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber yang banyak.

Azmin seharusnya berasa malu apabila memperlekehkan ketua menteri untuk sesebuah negeri meminta bantuan kerajaan persekutuan. Beliau seharusnya memperbaiki masalah struktural yang menyebabkan agihan kekayaan yang tidak saksama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Azmin juga wajib ingat bahawa dana yang diurus kerajaan persekutuan itu adalah duit pembayar cukai, bukan miliknya mahupun partinya. Duit pembayar cukai kepada kerajaan persekutuan tidak seharusnya digunakan untuk memperlekehkan atau mengugut lawan politik dalam pilihan raya. Kerajaan persekutuan dilantik untuk menguruskan dana awam atas nama rakyat dan sepatutnya disalurkan kepada negeri yang memerlukan.

Bersih 2.0 menggesa kerajaan persekutuan untuk memulakan perbincangan dengan semua kerajaan negeri bagi merundingkan satu kerangka agihan kekayaan yang baharu yang akan memperbaiki senggang pendapatan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dengan semangat federalisme yang betul di mana negara kita berdiri di atasnya.

READ MORE:  Lantik enam calon wanita terbaik yang tewas dalam pilihan raya Sabah sebagai ahli dewan negeri (Malay/English)

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Nothing wrong for Sabah chief minister to request aid from the federal government

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) refers to Perikatan Nasional information chief Azmin Ali’s speech on 20 September 2020, accusing the Warisan president Shafie Apdal of “munafik” (hypocrisy) for requesting aid for Sabah in 2018, when the former was the economic affairs minister under the then-Pakatan Harapan government.

There is nothing wrong for any chief minister or menteri besar of a state to request aid or assistance from the federal government. In fact, it is the responsibility of the federal government to provide aid to any state in Malaysia when necessary, as the people of Sabah also pay taxes to the federal government.

To accuse Shafie of hypocrisy for doing his job as chief minister is therefore uncalled for.

This is especially true with the lopsided income distribution between the federal government and the state governments being tilted heavily in favour of the federal government, resulting in Sabah, despite being rich in natural resources, being one of the poorest states in Malaysia.

Azmin should be ashamed of himself for ridiculing a chief minister of a state for requesting aid from the federal government instead of addressing the structural problem of unequal wealth distribution between the federal government and state governments.

Azmin should be reminded that the funds held by the federal government is taxpayers’ money and does not belong to him or his party. Taxpayers’ money to the federal government should not be used to ridicule or threaten political opponents in elections. The federal government is elected to manage public funds on behalf of the people, and it should provide aid or assistance to the states in need.

READ MORE:  Warisan on track to win Sabah polls?

Bersih 2.0 calls on the federal government to initiate discussions with all state governments to negotiate a new framework of income distribution that will rectify the huge disparity of income distribution between the federal government and state governments in the true spirit of federalism, upon which this nation is founded.

Bersih 2.0 steering committee

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments