Tarik balik peraturan permit polis untuk berkempen rumah ke rumah (Malay/English)

0
34

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mempersoalkan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia yang menetapkan keperluan untuk calon pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai memohon permit polis bagi tujuan berkempen dari rumah ke rumah.

Kami menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku badan tertinggi pengurusan pilihan raya dalam negara kita untuk menolak cadangan peraturan ini kerana penetapan sebegini tidak berasas pada undang-undang, terlalu menghadkan kebebasan berkempen dan tidak menjadi amalan dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

Bersih 2.0 maklum bahawa pihak SPR diberikan kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk meminta bantuan oleh mana-mana pihak bagi membantu perjalanan sepanjang tempoh pilihan raya sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 115(2) Bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya:

“Apabila diminta oleh Suruhanjaya, semua pihak berkuasa awam hendaklah memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya;”

Pihak polis sendiri tidak boleh melampaui batasan yang ditetapkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 248 yang menetapkan bahawa calon hanya perlu meminta permit daripada pihak polis sekiranya ingin menganjurkan apa-apa perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan yang di dalamnya ada ucapan atau syarahan.

Adalah tidak wajar untuk pihak polis menetapkan peraturan yang tidak relevan malah seperti menghadkan kaedah kempen calon-calon pilihan raya, lebih-lebih lagi peraturan ini ditetapkan pada pertengahan kempen sedang berjalan.

Tempoh berkempen yang singkat dan keperluan memohon permit untuk berkempen dari rumah ke rumah adalah menyusahkan serta tidak adil kepada calon-calon yang sedang berkempen.

Berikutan dengan tiada perlunya permit polis untuk berhimpun di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, maka adalah tidak munasabah dengan cadangan perlunya permit polis untuk berkempen dari pintu ke pintu.

READ MORE:  Electoral Commission must maintain restrictions on campaigning by ministers

Malah Bersih 2.0 mencadangkan supaya peruntukan tentang perlunya permit polis untuk ceramah politik yang sedia ada di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dimansuhkan supaya selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Bersih 2.0 menggesa agar pihak polis dan SPR menarik balik peraturan tersebut dan memberikan kebebasan kepada calon-calon pilihan raya kecil Tanjung Piai berkempen dengan apa-apa kaedah yang mereka rasakan perlu selagi mereka berpegang kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta undang-undang lain yang berkaitan.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Withdraw requirement for police permit for door-to-door campaigning

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) questions the condition set by the Royal Malaysian Police that requires candidates for the Tanjung Piai by-election to apply for a police permit for door-to-door campaigning.

We call on the Electoral Commission as the highest body for electoral management to reject the proposed condition set by the police as they are not based on the law and restrict the freedom to campaign. There has never been such restriction in the history of elections in Malaysia.

Bersih 2.0 wishes to remind the Electoral Commission that it is mandated by the Federal Constitution to request assistance from public authorities to assist in the conduct of elections as provided for in Article 115(2):

“All public authorities shall on the request of the Commission give the Commission such assistance in the discharge of its duties as may be practicable,…”

The police could not go beyond the limit set out in Section 24B of the Election Offences Act 1954, which states that the candidate only needs to obtain a permit from the police if he or she wishes to organise any meetings, rallies, displays or such entertainment involving speeches or lectures.

READ MORE:  Rantau by-election: No campaigning allowed on polling day

It is unreasonable for the police to impose unnecessary rules to restrict the campaigning methods of a candidate, more so when the rules are set midway into the campaign period. With the short campaign period, the requirement to apply for permits for door-to-door campaigning is unreasonable and unfair to the candidates.

Given that there is no need for police permits to assemble under the Peaceful Assembly Act 2012, it is very unreasonable to propose a police permit for door-to-door campaigning.

In fact, Bersih 2.0 proposes that provisions on the need for police permits for political talks in the Election Offences Act 1954 be abolished in accordance with the Peaceful Assembly Act 2012.

Bersih 2.0, once again, urges the police and the Electoral Commission to revoke this requirement and allow the Tanjung Piai by-election candidates the freedom to campaign in whatever way they feel is necessary as long as they adhere to the Election Offences Act 1954 and other related laws.

Bersih 2.0 steering committee

(Visited 31 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of