Talian bantuan guaman Bersih dibuka semula

0
File photograph: The Malaysian Insider

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengambil maklum bahawa terdapat tangkapan dan siasatan yang masih berjalan terhadap penyokong-penyokong perhimpunan Bersih 4.

Ini termasuklah mereka yang diberkas kerana memakai kemeja-t Bersih 4, serta mereka yang sedang disiasat berikutan insiden pijak gambar, Chan Kai Meng dan Ong Zhi Qi.

Bersih 2.0 akan menghidupkan semula talian bantuan guamannya bagi memberikan bantuan dan khidmat nasihat peguam bagi mereka yang sedang berhadapan tindakan undang-undang.

Peguam-peguam kami boleh dihubungi di talian: 018 313 5988.

Bersih 2.0 mengulangi penegasan bahawa perhimpunan aman Bersih 4 pada 29-30 Ogos lalu adalah tidak menyalahi undang-undang dan merupakan hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ini dikukuhkan lagi dengan sikap pihak polis yang membiarkan perhimpunan tersebut berlangsung selama 34 jam tanpa arahan untuk bersurai.

Kami menyifatkan tindakan undang-undang dan siasatan terhadap para peserta Bersih 4 di dalam dan luar negara adalah bersifat gangguan dan bertujuan menakut-nakutkan, tidak lebih daripada itu. Pihak polis seharusnya menghormati peruntukan Perlembagaan dan menghentikan tindakan menakutkan orang ramai.

Pihak polis juga tidak perlu membuang masa untuk mencari siapa lagi mangsa seterusnya untuk dipanggil dan disiasat. Ratusan ribu rakyat Malaysia telah turun ke jalanraya Kuala Lumpur dengan memakai kemeja-T Bersih 4 kerana mereka percaya dengan hak untuk berhimpun dan menyatakan bantahan terhadap sebarang dakwaan salah laku perdana menteri dan kerajaan.

Rakyat Malaysia telah berhimpun demi mencari kebenaran, terutamanya berkenaan skandal 1MDB dan aliran tunai 700 juta US dollar (RM2.6bn) yang masuk ke akaun perdana menteri sepertimana yang telah disahkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Tindakan terhadap orang ramai hanya akan menimbulkan syak bahawa ia sekadar usaha untuk menyembunyikan kebenaran dan menafikan hak membantah.

Bersih 2.0 menegaskan bahawa kami terus komited untuk mendesak penambahbaikan institusi, seperti yang tersenarai dalam lima tuntutan Bersih 4. Sebarang tindakan yang berniat untuk membantutkan perjuangan Bersih 2.0 tidak akan memberi kesan kepada semangat dan keazaman rakyat Malaysia demi sebuah negara dengan sistem demokrasi yang sihat.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments