SPR perlu segera membuka permohonan undi pos (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk segera membuka permohonan untuk menjadi pengundi pos bagi negeri-negeri yang akan menghadapi pilihan raya negeri kelak iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

SPR tidak semestinya perlu menunggu sehingga semua negeri-negeri tersebut membubarkan dewan undangan negeri masing-masing sebelum membuka permohonan kepada pengundi pos – terutamanya pengundi kategori 1B, iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara seperti pelajar dan mereka yang bekerja serta menetap di luar negara – untuk memohon menjadi pengundi pos dalam pilihan raya negeri nanti. Mengambil iktibar daripada pilihan raya lalu, jumlah pengundi pos kategori 1B meningkat daripada 7,979 pada pilihan raya umum 2018 ke 48,109 pada pilihan raya umum 2022 – peningkatan sebanyak 600%.

Pembukaan permohonan undi pos lebih awal akan memberikan lebih banyak masa kepada pengundi, justeru lebih ramai yang layak akan dapat memohon sebagai pengundi dalam pilihan raya negeri nanti. SPR perlu sentiasa ingat bahawa adalah menjadi tanggungjawab perlembagaan untuk mereka memastikan bahawa setiap rakyat yang layak mengundi diberikan akses pengundian yang mencukupi bagi pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dalam pilihan raya.

Selain daripada membuka permohonan undi pos lebih awal, Bersih juga mencadangkan supaya pengundi pos kategori 1C, iaitu agensi atau organisasi yang dibenarkan SPR, diperluaskan juga kepada para petugas kesihatan dan keselamatan yang bekerja di sektor swasta seperti hospital swasta yang bertugas pada hari pengundian.

Kejadian seperti petugas pilihan raya seperti kerani pengundian dan ketua tempat mengundi tidak menjadi pengundi pos juga tidak seharusnya berulang kembali. Pada pilihan raya umum 2022, pasukan pemantau Bersih telah menerima banyak aduan kerani dan ketua tempat mengundi tidak didaftarkan menjadi pengundi pos walaupun mereka telah memohon, dan akhirnya mereka dinafikan hak untuk mengundi dalam pilihan raya kerana terpaksa bertugas. – Bersih

READ MORE:  Call for state election candidates to declare assets

English version

Election Commission must open applications for postal voting immediately

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) calls on the Election Commission to immediately allow eligible voters to apply as postal voters for the upcoming state elections in Kedah, Kelantan, Penang, Selangor, Negeri Sembilan and Terengganu.

The Election Commission need not wait until all the states have dissolved their respective state assemblies before opening up applications for postal voting, especially for category 1B voters – Malaysian citizens living abroad such as students and those working abroad. It should be noted that the number of category 1B postal voters increased by 600%, from 7,979 in the 2018 general election to 48,109 in the 2022 general election.

Opening applications early for postal voting will allow more voters time to apply and will probably raise the voter turnout rate for the state elections. The Election Commission must remember that it is its constitutional responsibility to ensure that every citizen who is eligible to vote is given reasonable voting access to exercise their responsibility as citizens of Malaysia.

Bersih also proposes that category 1C postal voters – who are with agencies or organisations authorised by the Election Commission – should be extended to health and safety personnel working in the private sector, such as private hospitals, who will be on duty on polling day.

Bersih also received many complaints during the 2022 general election of election workers, such as clerks and presiding officers of polling stations, not being able to vote by post despite having registered as postal voters, and were then unable to vote on election day because they had to be on duty. Such incidents should not be repeated in the upcoming state elections. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments