SPR perlu jelaskan pemindahan pengundi di Sabah

0
93
Source: freemalaysiatoday.com

Kejadian pertukaran tempat pengundi secara besar-besaran ini hanya menambahkan lagi keraguan kepada SPR selaku badan yang perlu menjaga integriti perjalanan pilihan raya, ujar Bersih Sabah.

Parti Warisan Sabah (Warisan) telah mendedahkan terdapat lebih 5,000 pengundi telah dipindahkan ke tempat pengundian lain di sekitar Sabah seperti Sepanggar, Putatan, Kota Kinabalu dan Putatan.

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Sabah pula mendedahkan lebih 7,000 pengundi telah dimasukkan ke Dun Api-Api semenjak dari tahun 2013 dan 1,000 lebih pengundi di kawasan tersebut telah dipindahkan keluar daripada Dun tersebut. Di Luyang, DAP Luyang mendapati terdapat 13 pengundi telah dipindahkan ke satu alamat dan tuan rumah tersebut tidak mengenali seorang pun daripada pengundi yang dipindahkan ke alamat beliau.

Isu ini bukanlah isu yang boleh diambil remeh oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan hanya mengatakan bahawa pihak-pihak yang tertentu perlu kemukakan bantahan rasmi kepada mereka. Sepatutnya, daripada awal lagi pihak SPR perlu lebih telus dan teliti dalam membuat apa-apa pertukaran tempat pengundian.

Perkara ini dinyatakan dalam perlembagaan. Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seorang pemilih perlu bermastautin dalam satu-satu kawasan pilihan raya. Perkara 119(4) pula menyatakan sekiranya pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk menukar pusat mengundi, maka namanya akan tetap dikekalkan di alamat asal tempatnya berdaftar.

READ MORE:  Democracy has triumphed; time to work in solidarity

Selain itu, adakah pemilih yang dipindahkan pusat mengundi ini menyedari bahawa mereka telah dipindahkan? Pendedahan yang dibuat oleh DAP di Luyang menunjukkan bahawa pengundi tersebut telah dipindahkan pusat pengundian mereka tanpa pengetahuan mereka sendiri. Ini juga akan mengakibatkan kekeliruan kepada pemilih yang dipindahkan pusat pengundian tanpa pengetahuan mereka yang kemudiannya menyebabkan mereka mungkin tidak akan turun melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang kerana faktor jauh dan sebagainya.

Justeru, SPR perlu bertindak dengan lebih telus serta wajib menepati peruntukkan perlembagaan dan bukannya bertindak mengikut undang-undang mereka sendiri dalam menetapkan di mana kawasan seseorang pemilih akan mengundi. Kejadian pertukaran tempat pengundi secara besar-besaran ini hanya menambahkan lagi keraguan kepada SPR selaku badan yang perlu menjaga integriti perjalanan pilihan raya supaya kelihatan bersih dan bebas daripada campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.

Bersih 2.0 akan terus memperjuangkan dan menuntut pembaharuan institusi untuk pilihan raya yang adil dan bersih, urus tadbir yang baik serta melindungi hak asasi manusia termasuk juga hak memilih dan hak membantah.

Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of