Solidariti bersama #KitaSafwan

0
no views
Image: themalaymailonline

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memandangan serius akan perbicaraan rayuan terakhir naib pengerusi Bersih Pantai Timur Safwan Anang. Beliau didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 pada 29 Mei 2013 iaitu 24 hari selepas PRU-13.

Jika dilihat semula pendakwaan terhadap Safwan, ini adalah berkait rapat dengan ucapannya yang membantah penipuan dan kecurangan yang berlaku pada PRU-13. Pada masa dan tarikh tersebut, seramai empat orang aktivis lain dan seorang ahli Parlimen, Tian Chua, telah didakwa bersama.

Umum ketahui, pelbagai penipuan dan kecurangan telah berlaku pada 5 Mei 2013. Satu contoh yang diketahui umum dan dunia adalah mengenai bagaimana dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi hilang dalam masa 30 minit.

Ribuan laporan polis telah dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai isu dakwat kekal ini; namun sehingga hari ini, SPR masih bebas dari sebarang tindakan undang-undang. Namun, pengkritik dan penyoal SPR pula dihukum dan dianiaya.

Perkara-perkara ini terjadi akibat dari kegagalan institusi-institusi awam untuk menegakkan keadilan dan menjalankan tugas tanpa kongkongan dan campurtangan kerajaan pemerintah.

Sejak dari 2010 hingga 2016, seramai sembilan individu telah didapati bersalah, 39 individu didakwa di mahkamah dan 95 individu kes Akta Hasutan telah disalah-gunakan terhadap pengkritik dan musuh politik Putrajaya.

Bersih 2.0 menuntut agar:

  1. peguam negara menarik semula rayuan terhadap kes Safwan Anang.
  2. gugurkan kesemua pertuduhan Akta Hasutan terhadap aktivis, ahli politik dan rakyat Malaysia.
  3. mansuhkan Akta Hasutan

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments