Sokongan ramai diperlukan bagi inisiatif masyarakat sivil melawan Covid-19

0
39
Sketch by Aliran member Wong Soak Koon

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru kepada semua untuk bersama-sama sebagai satu negara dan menyokong satu sama lain dalam melawan penularan wabak Covid-19, yang kini telah menjangkiti 1,030 orang dan mengorbankan tiga nyawa sejak Januari 2020.

Perlawanan menentang Covid-19 tidak boleh diletakkan hanya kepada bahu kerajaan. Usaha kerajaan tidak akan berkesan tanpa sokongan dan kerjasama semua orang di seluruh negara.

Kita sebagai rakyat perlu memainkan peranan, malah besar peranannya, untuk mengekang penularan wabak dan mengurangkan kes ini serta terus menamatkannya.

Sebagaimana di mana-mana masyarakat demokratik dengan masyarakat sivil yang hidup, banyak pertubuhan masyarakat sivil telah memulakan tindakan penting untuk melawan penularan Covid-19 dengan pelbagai kaedah.

Bersih 2.0 ingin menonjolkan beberapa inisiatif pertubuhan masyarakat sivil seperti di bawah dan menyeru semua orang untuk menyokong mereka secara kewangan, barangan atau sebagai sukarelawan:

#MakanKongsi – Baucar makanan untuk golongan rentan

Ini adalah satu usaha sama oleh ahli daripada Bersih 2.0, Engage bersama Friends & Strangers.

Inisiatif ini menyasarkan untuk menyediakan makanan dua kali sehari secara percuma dari 23 Mac hingga 5 April 2020 kepada 120 individu yang telah dikenalpasti sebagai kelompok rentan dan berisiko sekitar Johor Bahru akibat daripada perintah kawalan pergerakan.

Ramai daripada mereka adalah penghuni jalanan atau hanya menerima gaji harian serta tidak mempunyai kerja atau pendapatan untuk dua minggu seterusnya sehinggalah 31 Mac 2020.

Penganjur projek ini telah berjaya mengutip sumbangan kira-kira tiga kali ganda daripada jumlah yang diperlukan dan telah berhenti menerima sebarang sumbangan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.facebook.com/engage.my. Kami menggalakkan inisiatif sebegini untuk dilaksanakan di mana-mana sahaja bagi membantu golongan rentan ini.

#FrontlinersFirst

Projek ini dianjurkan oleh Projek Wawasan Rakyat (POWR) dan KiddoCare (www.kiddocare.my) di Lembah Klang.

READ MORE:  Challenges of feeding the needy under movement control order

Projek ini menyasarkan untuk menyokong staf Kementerian Kesihatan yang telah berusaha keras yang mempunyai keperluan penjagaan anak-anak ketika perintah kawalan pergerakan dan memastikan anak-anak mereka selamat.

POWR menyasarkan untuk mengutip sumbangan bagi menampung sekurang-kurangnya 75% kos penjagaan anak-anak. Sekiranya dana yang dikutip adalah lebih, kami berharap untuk menawarkan subsidi yang lebih besar. Sumbangan dapat dibuat ke: 14023010011219, Bank Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Projek Dapur Jalanan Kuala Lumpur dan Liga Rakyat Demokratik

Projek ini memohon sumbangan dalam bentuk wang atau barangan seperti air minuman, topeng muka, sarung tangan dan hand sanitiser.

Projek ini menyasarkan untuk mengedarkan semua keperluan barangan ini secara kerap kepada mereka yang miskin, rakyat jalanan dan golongan tercicir yang tidak ada cara memiliki barangan tersebut bagi mencegah penularan Covid-19. Kepada mereka yang ingin menyumbang atau mempunyai barangan seperti yang dinyatakan, sila hubungi +6013-493 5719 (Arifin Amin).

Bantuan #kitajagakita Covid-19

Prokek ini menghubungkan individu yang baik hati dengan senarai organisasi dan komuniti yang disahkan untuk membantu golongan yang terjejas dengan teruk oleh perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Kumpulan yang terlibat dalam platform ini termasuklah Kesatuan Pencuci Hospital, Mercy Malaysia, The Lost Food Project dan Pit Stop Community Cafel.

Sama ada anda sedang mencari bantuan atau ingin membantu orang lain, platform ini akan membantu untuk menghubungkan anda kepada organisasi yang menawarkan wang tunai atau sumbangan makanan, khidmat sukarelawan dan sokongan. Maklumat lanjut sila layari www.kitajaga.us

Ini hanyalah sebahagian daripada inisiatif masyarakat sivil, dan senarai ini sudah tentulah lebih banyak. Kami yakin inisiatif seperti ini sangat diperlukan dalam banyak kawasan di seluruh negara jika kita ingin memenangi perlawanan menentang penularan Covid-19.

READ MORE:  Budget 2020: Women’s group welcomes extra funds for childcare, welfare services

Bersih 2.0 menyeru orang ramai untuk menyokong inisiatif sebegini agar kita dapat keluar daripada wabak ini bersama-sama.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Public support needed for civil society initiatives to fight Covid-19

The Coalition for Clean and Fair Election (Bersih 2.0) calls on all to come together as a nation and support each other in this uphill task fighting off the Covid-19 outbreak, which has infected 1,030 persons and claimed three lives since January 2020.

The fight against the Covid-19 cannot depend solely on the government. The government’s effort will not be effective without the support and cooperation of the people nationwide.

We the people must play our part – in fact, a big part – to contain the outbreak, reduce the confirmed cases and end it eventually.

As in any democratic society with a vibrant civil society, many civil society organisations have started to take important actions to fight the Covid-19 outbreak in different ways.

Bersih 2.0 would like to highlight some of the civil society initiatives and call on the public to support them financially or in kind or as volunteers:

#MakanKongsi – Food Vouchers for the Vulnerable

This is a joint effort by Bersih 2.0 member organisation Engage Friends & Strangers.

The initiative aims to provide two meals daily for free from 23 March till 5 April 2020 to 120 identified individuals who are vulnerable and at risk in and around Johor Bahru due to the movement control order.

Many of these are either homeless or earn daily wages and do not have work or income for the next two weeks till 31 March 2020.

The organisers of this project have raised about three times the amount of funds needed and have stopped receiving further donations. For more information, please check www.facebook.com/engage.my. We urge groups to replicate such initiatives elsewhere to assist more vulnerable communities.

READ MORE:  Why Covid-19 needs our undivided attention

#FrontlinersFirst

This is project by Projek Wawasan Rakyat (POWR) and KiddoCare (www.kiddocare.my) in the Klang Valley.

The project aims to support our hardworking Ministry of Health staff with urgent childcare requirements during the movement restriction order and keep their families in safe hands..

POWR aims to fundraise to support at least 75% of the childcare costs. If we can raise more funds, we hope to offer even larger subsidies. Donations can be made to 14023010011219, Bank Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

A project by Dapur Jalanan Kuala Lumpur and Liga Rakyat Demokratik

This is an appeal for donations in the form of money or materials such as mineral water, face masks, gloves and hand sanitisers by Dapur Jalanan Kuala Lumpur and Liga Rakyat Demokratik.

The project aims to regularly distribute these essential materials to the poor, the homeless and the marginalised who do not have the means to secure such essential materials to prevent Covid-19 infection.

For those who wish to contribute or need such materials, please contact +6013-493 5719 (Arifin Amin).

#kitajagakita Covid-19 Assistance

This initiative links kind-hearted individuals with verified listings of organisations and community groups working to assist those badly affected by the movement control order to contain the Covid-19 pandemic.

Groups involved in this platform include the Hospital Cleaners’ Union, Mercy Malaysia, Lost Food Project and Pit Stop Community Cafe. Whether you are seeking assistance or seeking to help others, this platform helps to connect you to organisations that offer cash and food donations, volunteer services and support. For more information, please visit www.kitajaga.us

These are just some of the civil society initiatives, and the list is certainly not exhaustive. We believe more such initiatives are needed in many areas nationwide if we as a nation are to win this battle against the Covid-19 outbreak.

Bersih 2.0 calls for more public support for these initiatives so that we will get through this and we will get through this together.

Bersih 2.0 steering committee

(Visited 35 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of