Siasatan skandal rasuah Sabah mengecewakan – Bersih Sabah

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sudah satu tahun enam bulan berlalu sejak sebaran video skandal rasuah melibatkan ahli dewan undangan Sabah menggemparkan negara.

Sehingga hari ini, hanya dua individu didakwa manakala sebilangan besar yang lain masih bebas tanpa pendakwaan.

Kali terakhir Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia memberikan perkembangan kes ini adalah pada 9 September 2025, memaklumkan enam lagi ahli dewan masih menunggu keputusan daripada pihak timbalan pendakwa raya. Sehingga kini tiada perkembangan baharu diumumkan SPRM kepada rakyat.

Bersih Sabah menggesa SPRM tampil memberikan penjelasan terbuka mengenai status baki ahli dewan yang terlibat.

Lebih mengecewakan, beberapa individu yang dikaitkan dengan skandal ini dilantik sebagai menteri, termasuk pengerusi syarikat berkaitan kerajaan seperti Sabah Softwoods, Sedco dan SOGDC.

Keadaan ini menimbulkan persoalan integriti serius terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

Skandal rasuah Sabah adalah antara skandal rasuah politik terbesar di Malaysia kerana melibatkan jumlah ahli politik kerajaan yang sangat ramai termasuk bekas setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Bersih Sabah, bersama Suara Mahasiswa UMS, sedang dalam perancangan menganjurkan himpunan Gempur Rasuah Sabah 3.0. Satu sidang media rasmi akan diadakan dalam masa terdekat. Orang ramai diseru mengikuti media sosial rasmi Gempur Rasuah Sabah 3.0 untuk perkembangan lanjut. – Bersih Sabah

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted