Siasatan ditutup, barang rampasan dikembalikan; ternyata Bersih di pihak yang benar

0
226

Justeru terbukti bahawa penahanan Maria Chin Abdullah di bawah Sosma adalah langsung tidak mempunyai asas, bahkan hanyalah untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Pada 18 November 2016, pejabat Bersih 2.0 diserbu dan digeledah oleh sepasukan polis dari Bukit Aman. Sepuluh komputer riba, dua telefon bimbit dan beberapa dokumen dirampas.

Saya kemudiannya ditahan di bawah akta zalim Sosma selama 11 hari, manakala 14 yang lain telah ditahan di bawah akta yang berbeza.

Pada 21 November 2017, pihak polis telah membuat keputusan untuk mengembalikan semua barang yang telah dirampas kepada Bersih 2.0 di IPD Dang Wangi.

Pihak polis Bukit Aman telah memaklumkan bahawa segala siasatan terhadap Bersih 2.0 dan saya telah ditutup.

Lebih menarik lagi, saya difahamkan oleh pihak polis bahawa pemulangan barangan rampasan tersebut adalah atas arahan Jabatan Peguam Negara.

Justeru terbukti bahawa penahanan saya di bawah Sosma adalah langsung tidak mempunyai asas, bahkan hanyalah tindakan untuk menakut-nakutkan saya, keluarga dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, demokrasi dan keadilan.

Semua fitnah dan dakwaan yang telah direka dan diada-adakan terhadap Bersih serta NGO-NGO di bawahnya, selain saya sendiri terbukti palsu, tidak benar dan dusta belaka.

Perjuangan demi pilihan raya yang bebas dan adil, kerajaan bersih, hak membantah, mempertahan demokrasi berparlimen dan memperkukuh Sabah dan Sarawak akan terus menjadi jalur perjuangan Bersih untuk Malaysia Baru.

Saya ingin memberi penegasan bahawa Bersih tidak akan sama sekali tunduk terhadap apa sahaja bentuk intimidasi sebegini, dan akan terus komited untuk mencapai segala tuntutan yang telah diperjuangkan.

Kita tidak perlu takut, kerana kita berada di pihak yang benar. Rakyat Malaysia harus berani untuk menyatakan kebenaran dan menentang penipuan yang memberi kelebihan kepada pihak-pihak tertentu.

READ MORE:  Repeal Sosma - recognise right to a fair trial, rule of law

Saya justeru ingin menyeru mereka yang masih belum mendaftar sebagai Pemantau, untuk sama-sama berganding bahu dalam perjuangan BERSIH dan berdaftar di pemantau.org/daftar/.

Maria Chin Abdullah ialah pengerusi Bersih 2.0.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments