Semakan terhadap pengundi hantu

0
66
Source: freemalaysiatoday.com

Bersih 2.0 amat terkejut dengan tindakan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya yang melarang pengedaran salinan rang daftar pemilih tambahan kepada parti-parti politik.

Surat setiausaha SPR Abdul Ghani Salleh, yang dilihat oleh Bersih 2.0, mengarahkan semua pengarah negeri untuk mematuhi arahan itu berikutan keputusan di mesyuarat suruhanjaya pada 28 Mac 2017. Setelah mendapatkan penjelasan lanjutan daripada pejabat pendaftar SPR, Bersih 2.0 mendapati bahawa bukan sahaja buku mahupun cakera padat tidak boleh diberi kepada parti politik; malah penjualan cakera padat kepada mereka pun tidak dibenarkan.

Sebelum ini, salinan rang daftar diberi secara percuma kepada parti-parti politik dalam bentuk pdf.

Mengapakah SPR menyukarkan lagi penggunaan daftar tersebut oleh pihak yang berkaitan, terutamanya tatkala pilihan raya umum semakin hampir?

Kesannya adalah penghalangan semakan rang daftar pemilih sebelum ia diwartakan, kerana mustahil rang daftar pemilih dapat diteliti apabila ia hanya dipamerkan di pejabat SPR dan majlis tempatan dalam bentuk buku dan hanya dapat dirujuk pada waktu pejabat yang sememangnya terhad.

Ini bermakna saluran untuk memastikan daftar pemilih yang bersih kini menjadi lebih kecil lagi. Sebaik sahaja daftar pemilih diwartakan, Seksyen 9A Akta Pilihan Raya menghalang sebarang cabaran terhadapnya. Pengaturan masa langkah ini amat mencurigakan kerana ia dibuat setelah banyak pihak termasuk Bersih 2.0 menyuarakan kebimbangan mengenai alihan pengundi secara haram dalam daftar pemilih tambahan suku ketiga dan keempat bagi tahun 2016.

READ MORE:  Johor MB must lead by example and correct his dubious voter details

Perbuatan SPR menghadkan akses kepada rang daftar pemilih menunjukkan ia seolah-olah kurang berminat dalam memudahkan sekatan dan imbangan bagi daftar pemilih yang telus dan bersih, tetapi sebaliknya pula membolehkan penipuan pilihan raya dengan tidak menghentikan pengundi hantu di pintu masuk. Inikah pesanan yang mahu disampaikan oleh SPR?

Bersih 2.0 menuntut agar SPR memberi rang daftar pemilih tambahan kepada semua pihak yang berminat, daripada parti politik kepada badan bukan kerajaan, penyelidik dan mana-mana orang awam yang terkesan, pada kos minima sekiranya SPR mahu cuba membaiki imejnya yang sudah teruk tercemar itu.

Jawatankuasa induk Bersih 2.0


Checks against phantom voters

Bersih 2.0 is outraged at the latest action by the Electoral Commission to forbid the distribution of both hard and soft copies of draft supplementary electoral rolls to political parties.

A letter from Electoral Commission secretary Abdul Ghani Salleh, sighted by Bersih 2.0, instructed all state directors to comply with the directive following a decision at a 28 March 2017 meeting. Upon a phone clarification with the commission registrar’s office, Bersih 2.0 found out that even the sale of the rolls to political parties is not allowed.

Copies of the rolls used to be given free to political parties in pdf format but now cannot even be bought, whether in print or CD.

Why is the commission making it more difficult for the relevant parties to have access to these rolls, especially with the general election approaching?

The move effectively prevents any review of the electoral roll before it is gazetted as it is impossible to thoroughly review and investigate the rolls when they are only available to view in hard copy at the commission’s and local council’s offices, during limited office hours. times.

READ MORE:  Lima sebab imej negatif Suruhanjaya Pilihan Raya adalah realiti

This means the avenue to fight for a clean electoral roll now grows considerably smaller. Once a roll is gazetted, Section 9A of the Elections Act prevents any challenge to its integrity. The timing of this move is highly suspicious as it comes after numerous parties, including Bersih 2.0, raised concerns over the illegal shifting of voters in the supplementary rolls for the third and fourth quarters of 2016.

By limiting access to the draft rolls, the Electoral Commission appears to be less interested in facilitating the checks and balances of a transparent and clean roll and instead appears to be enabling electoral fraud by not stopping phantom voters at the door. Is that the message the commission wants to send out?

Bersih 2.0 demands that the commission provide all interested parties, from political parties to NGOs, researchers and any affected members of the public, with the draft supplementary rolls at minimal cost if it wants to recover what little is left of its already severely tarnished image.

Bersih 2.0 steering committee

(Visited 76 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here