Selesaikan mandat parlimen sehingga hujung penggal bagi melaksanakan reformasi institusi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengambil maklum kenyataan presiden Umno Zahid Hamidi, yang turut dipersetujui oleh timbalan presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, pada 3 September, berhubung cadangan supaya pilihan raya umum diadakan lebih awal sebelum berakhirnya penggal parlimen semasa.

Bersih ingin mengulangi gesaan kami bersama 44 organisasi masyarakat sivil pada 12 Ogos lalu agar Parlimen tidak dibubarkan lebih awal, selagi beberapa agenda reformasi institusi penting yang telah dijanjikan masih belum direalisasikan sepenuhnya oleh ‘kerajaan perpaduan’.

Reformasi-reformasi ini penting untuk memperkukuh institusi demokrasi serta menjamin kepentingan jangka panjang negara dan rakyat.

Antara reformasi utama yang masih belum diselesaikan di Parlimen termasuk:

  • pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya
  • pengenalan had tempoh jawatan perdana menteri kepada maksimum 10 tahun
  • pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012
  • pindaan terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
  • pemberian peruntukan pembangunan kawasan secara adil dan saksama kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti
  • reformasi parlimen melalui pengukuhan sistem dan peluasan peranan jawatankuasa pilihan khas parlimen

Justeru, Bersih menggesa semua pihak agar tidak terburu-buru mendesak pembubaran awal Parlimen sehingga agenda reformasi institusi yang penting ini dapat dilaksanakan.

Kerajaan, pembangkang dan semua parti politik mempunyai tanggungjawab untuk memanfaatkan baki penggal parlimen bagi menunaikan komitmen reformasi yang telah diberikan kepada rakyat.

Pada masa yang sama, Bersih sekali lagi menggesa perdana menteri supaya mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum lebih awal sebagai satu amalan terbaik, sebagaimana yang diamalkan di beberapa negara demokrasi maju.

Langkah ini akan memberi ruang perancangan yang mencukupi kepada pengundi di seluruh negara untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, selain membantu persediaan pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis, pihak sekolah, sektor kesihatan dan sektor korporat.

READ MORE:  Saravanan's corruption charges: Reformasi requires equal justice, not convenient prosecution

Mandat rakyat tidak seharusnya dipermainkan oleh ahli-ahli politik hanya untuk mengejar kekuasaan berbanding menyelesaikan janji-janji mereka untuk kesejahteraan rakyat.

Kerajaan perpaduan – yang ditunjangi oleh Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah – menanggung beban yang sama untuk memastikan kerajaan perpaduan melaksanakan agenda reformasi institusi bagi meningkatkan amalan demokrasi negara yang lebih baik pada masa hadapan. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted