Saman pengundi Johor terhadap SPR dan kerajaan Malaysia diteruskan (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengucapkan tahniah atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Noorin Badarudin yang telah membenarkan permohonan untuk satu semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan kerajaan Malaysia yang menghalang seorang pengundi daripada mengundi di pilihan raya negeri Johor pada bulan Mac lepas.

Bersih berpandangan isu ini perlu dibawa ke peringkat perbicaraan yang selanjutnya bagi menegaskan kepada SPR bahawa mereka adalah institusi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan pilihan raya di Malaysia.

Peguam AmerBon, New Sin Yew, menyatakan bahawa isu ini merupakan isu perlembagaan yang sangat mustahak untuk dibicarakan dan berbesar hati mahkamah akan mendengar merit kes ini.

Di dalam penghujahan beliau, Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa seseorang itu boleh mengundi melainkan tidak layak atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam Perkara 119(3) dan undang-undang berkaitan seperti Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Perbicaraan kebenaran semakan kehakiman ini telah berlangsung pada pagi 22 Jun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh peguam daripada AmerBon dan peguam daripada Jabatan Peguam Negara.

Plaintif saman ini adalah seorang pengundi di Johor yang telah dihalang untuk mengundi dalam pilihan raya negeri Johor oleh petugas pilihan raya kerana masih dalam perintah kuarantin Covid walaupun keputusan ujian kendiri beliau adalah negatif.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan selanjutnya pada 6 Julai 2022.

English version

Continued lawsuit against the Election Commission and the Malaysian government

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) expresses gratitude for Kuala Lumpur High Court Judge Noorin Badarudin’s decision granting leave for a judicial review application against the decision of the Election Commission of Malaysia and the government of Malaysia to bar a voter from voting in the Johor state election recently.

READ MORE:  Ketuanan Pengundi: Don’t suppress our votes!

Bersih is of the view that this is an important issue to be taken by the court to the next stage, that is the hearing of the judicial review to litigate on the role of the Election Commission as the institution fully responsible for conducting elections in Malaysia.

Lawyer New Sin Yew from AmerBon stated that the issue is an important constitutional issue to be tried and is pleased that the court will hear the merits of the case.

In his submission, he argued that Article 119 (1) of the Federal Constitution clearly states that a person may vote unless ineligible for the reasons stated in Article 119 (3) and related laws such as the Elections Regulations (Conduct of Elections) 1981.

The leave stage of the judicial review application was heard on the morning of 22 June at the Kuala Lumpur High Court and was attended by lawyers from AmerBon and lawyers from the Attorney General’s Chambers.

The plaintiff of the suit is a voter in Johor who was prevented from participating in the Johor state election last March by Election Commission election workers because he was still under home quarantine for Covid. This despite the fact that his self-test showed he was negative for Covid.

The court fixed 6 July 2022 as the date for mention.



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments