RoS harus bersikap adil; Akta Pertubuhan perlu dirombak

1
Graphic: freemalaysiatoday.com

Bersih 2.0 mengutuk sekeras-kerasnya tindakan RoS membubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk sementara waktu (30 hari) pada ambang pilihan raya umum.

Menurut kata ketua pengarah RoS Surayati Ibrahim, PPBM bakal berdepan dengan pembuburan sepenuhnya jika gagal menyerahkan sepenuhnya segala butiran, maklumat dan dokumen yang diminta sebagai mana notis di bawah Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.

Tindakan RoS ini ternyata bermotif politik kerana tindakan ini diambil tiga hari sebelum pembubaran Parlimen di mana kerajaan sementara akan mengambil-alih yang tidak harus membuat keputusan sebegitu yang memberi impak yang luas.

Ini bukanlah kali pertama RoS telah bertindak sebegini rupa keatas parti politik yang diterajui oleh pembangkang. Malah, badan-budan kerajaan (NGO) turut sering kali menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil dan berat sebelah ini.

Sebelum ini, Parti Tindakan Demokratik (DAP) turut menjadi mangsa kepada RoS selama lima tahun. Taktik yang sama digunapakai oleh RoS ketika menjelang pilihan raya umum yang lalu. Parti Sosialis Malaysia juga ditolak permohonan pendaftaran mereka selama 10 tahun. Bersih 2.0 ingin menegaskan bahawa artikel 10 perlembagaan persekutuan menjamin hak berorganisasi setiap individu, dan hak ini harus dipelihara oleh semua pihak termasuk RoS.

RoS harus berhenti bertindak sebagai alat sang pemerintah dan bertindak tanpa fear or favour daripada mana-mana pihak. Prinsip asas suatu pilihan raya adalah membenarkan semua pihak untuk bertanding di lapangan yang sama rata (level playing field). Seharusnya hal-hal pendaftaran dan pengendalian parti-parti politik diletakkan di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan bukannya RoS kerana RoS merupakan satu jabatan di bawah penguasaan Kementerian Dalam Negeri.

READ MORE:  Weak ties between Umno and Bersatu

Seperti sebelum ini, Bersih 2.0 telah menyatakan pentingnya reformasi institusi-institusi awam dan kami menuntut agar peraturan-peraturan atau undang-undang yang termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966 dikaji semula agar semua pihak samada parti politik atau kumpulan masyarakat sivil dapat beroperasi dengan mudah dan tidak akan terus menjadi mangsa permainan politik kepada mana-mana parti pemerintah yang berkuasa kelak.

Bersih 2.0 berharap agar larangan atau pembubaran sementara ke atas PPBM ditarik balik dan benarkan PPBM beroperasi secara biasa menjelang pilihan raya umum.

#KeluarMengundi
#KalahkanPencuri

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
k c lee
6 Apr 2018 5.56pm