Reformasi pelantikan GLC dan perkenalkan akta GLC (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa undang-undang baru untuk diperkenalkan bagi mereformasi secara menyeluruh proses pelantikan ketua dan pengarah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan semua badan berkanun yang berkaitan dengan komersial.

Akta GLC yang baharu harus digubal untuk mendefinisikan GLC dengan lebih jelas serta mengawal proses pelantikan pengerusi atau presiden dan pengarah mereka dengan telus, berakauntabiliti dan meritokrasi. Jawatankuasa pilihan parlimen harus diberi kuasa untuk meneliti proses pelantikan sebagai satu mekanisme semak dan imbang.

Pembaharuan seperti itu sangat diperlukan kerana kuasa sekarang sangat tertumpu di tangan eksekutif, terutama perdana menteri. Ia telah disalahgunakan semasa pemerintahan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan untuk naungan politik dan penguasaan sumber dengan mengorbankan prestasi, kecekapan dan profesionalisme.

Penyalahgunaan kuasa yang tidak terkawal ini menjadi semakin teruk semasa pemerintahan Perikatan Nasional, apabila kedudukan di GLIC, GLC dan badan berkanun yang komersial digunakan untuk menggoda wakil rakyat untuk melompat parti dan menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mempertahankan kuasa.

Rakan penyelidikan Bersih 2.0 untuk kajian ini adalah Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas). Ketua pegawai eksekutifnya, Tricia Yeoh, menyatakan bahawa walaupun ada kes yang didapati bahawa eksekutif akan melantik orang kepercayaannya untuk membuat pemantauan, terutamanya GLC yang menjalankan objektif dasar awam yang penting, pelantikan ahli politik ke dalam GLC ini mesti dielakkan untuk meminimumkan konflik kepentingan. Beliau berkata bahawa jawatankuasa pilihan parlimen harus menapis pelantikan ini untuk memastikan ianya dibuat berdasarkan kelayakan dan bukannya untuk kepentingan peribadi atau politik.

Bersih 2.0 telah melancarkan laporan yang bertajuk “Memperbaharui Proses Pelantikan Pengarah di GLIC, GLC dan Badan Berkanun yang Berkaitan Komersial”. Laporan yang ditulis oleh Ahmad Fikri Fisal dan dinaungi oleh Bersih 2.0 telah mengenal pasti beberapa masalah utama:

  • Perluasan “payroll vote” apabila wakil rakyat seperti anggota parlimen atau anggota dewan undangan negeri dilantik sebagai pengarah di GLIC, GLC atau badan berkanun yang berada dalam pengawasan badan perundangan mereka. Penguasaan eksekutif ke atas badan perundangan ini diperkukuh, sekaligus menghalang fungsi legislatif untuk menjaga integriti cabang kuasa yang berasingan dan mempertanggungjawabkan eksekutif
  • Statut penubuhan GLIC dan undang-undang parlimen yang mentadbir GLC tidak menetapkan syarat ketat kepada individu yang akan dilantik sebagai pengarah dan tidak ada instrumen undang-undang atau institusi untuk memastikan pelantikan yang dibuat oleh menteri mempunyai kelayakan yang sesuai
  • Tidak ada garis panduan untuk pelantikan pengarah di peringkat berkanun (GLIC). The Green Book on Enhancing Board Effectiveness hanya digunapakai ke atas GLC utama. Garis panduan oleh agensi pengawalseliaan seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia Berhad hanya berkuasa terhadap GLC yang disenaraikan dalam bursa saham. Serta tidak ada garis panduan yang dikenal pasti berkaitan dengan proses pelantikan GLC di peringkat negeri. Kekurangan kerangka yang jelas ini menjadikan penyeliaan ini bertambah rumit sekaligus menyukarkan pembaharuan
  • Eksekutif, terutamanya perdana menteri, mempunyai kuasa penuh ke atas pelantikan pengarah. Malah pelantikan pengarah di badan berkanun bukan-GLIC seperti Felda, Mara dan Petronas juga dikuasai oleh eksekutif
  • Struktur pemilikan GLC yang rumit dan definisi rasmi GLC hanya merangkumi syarikat komersial dan yang dimiliki oleh GLIC. Ini tidak termasuk syarikat yang dimiliki oleh badan berkanun lain seperti Petronas, Felda dan Mara. Ia juga tidak termasuk syarikat milik kerajaan yang tidak berorientasikan komersial.
READ MORE:  Penambahbaikan proses pelantikan jawatan utama GLC

Bersih 2.0 mencadangkan pembaharuan berikut dilakukan dengan segera:

  • Melarang pelantikan wakil rakyat dalam organisasi ini melalui akta GLC yang baru atau dengan pindaan undang-undang yang berkaitan seperti Akta Syarikat
  • Memberi kuasa kepada jawatankuasa pilihan parlimen untuk meneliti dan meluluskan calon pengarah GLIC, GLC dan badan berkanun yang berkaitan dengan komersial di bawah kementerian masing-masing. Sistem ini juga dapat dicontohi oleh kerajaan negeri untuk GLIC, GLC dan badan berkanun negeri yang berkaitan dengan komersial.
  • Definisi yang jelas mengenai GLC dan GLIC yang berlaku di peringkat negeri dan persekutuan harus dinyatakan dalam akta GLC baru atau dalam akta yang ada seperti Akta Syarikat. Ini akan menjadi asas untuk melembagakan pembaharuan yang berkaitan dengan proses dan keperluan pelantikan pengarah GLC
  • Mempertingkatkan ketelusan dan pendedahan adalah wajib melalui laporan berkala mengenai GLIC, GLC yang tersenarai atau tidak tersenarai yang harus merangkumi maklumat penting seperti imbuhan pengarah, latar belakang pengarah, tawaran tender dan lain-lain. Badan tertentu seperti Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) harus mengambil tugas ini.

English version

Reform GLC appointments, introduce GLC act

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls for a new law to introduce thorough reforms to the appointment process of chairpersons and directors of government linked investment corporations (GLICs), government linked corporations (GLCs) and all commercially related statutory bodies.

A new GLC act should be legislated to define GLCs clearly and to regulate the appointment process of their chairpersons, presidents and directors in compliance with transparency, accountability and meritocracy. The parliamentary select committees should be given power to scrutinise the appointment process as a mechanism of checks and balances.

READ MORE:  Henti jadikan GLC sebagai alat politik, tambah baik pelantikan GLC (Malay/English)

Such reform is much needed as power is currently highly concentrated in the hands of the executive, especially the prime minister. It has been abused during the rule of Barisan Nasional and Pakatan Harapan for political patronage and control of resources at the expense of merit, competency and professionalism.

The unchecked abuse of such power became worse under the Perikatan Nasional government when positions in GILCs, GLCs and commercially related statutory bodies were used to entice elected representative to cross party and to support the government in its attempts to hold on to power.

The partner of Bersih 2.0 in this research is the Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas). Its CEO, Tricia Yeoh, comments that although a case can be made that the executive appoints its trusted persons to have oversight, especially in state-owned enterprises carrying out important public policy objectives, the appointment of politicians into these enterprises should be avoided to minimise conflicts of interest. She says the parliamentary select committee should vet the appointments to ensure they are made based on qualifications and not for personal or political gain.

Bersih 2.0 has launched a report entitled “Reforming the Appointment Process of Directors in GLICs, GLCs and Commercially Related Statutory Bodies”. The report, written by Ahmad Fikri Fisal and commissioned by Bersih 2.0, identifies several key problems:

  • The expansion of the payroll vote when elected representatives such as members of parliament (MP) or state assembly members are appointed as directors in GLICs, GLCs or statutory bodies which are within their legislature’s supervision. The executive’s control over the legislature is strengthened, which hampers the latter’s function in preserving the integrity of the separate branches of power and holding the executive accountable
  • The GLICs’ incorporation statutes and parliamentary laws governing GLCs do not spell out stringent requirements for persons to be appointed as directors, and there is no legal or institutional instrument to ensure that those appointed by the minister have appropriate qualifications
  • There are no guidelines for the appointment of directors at the statutory (GLIC) level. The Green Book on Enhancing Board Effectiveness applies only to major GLCs. Guidelines by regulatory agencies such as the Securities Commission Malaysia and Bursa Malaysia Berhad are only applicable to some GLCs that are listed. And there are no identified guidelines related to the state-level GLC appointments’ process. This lack of a clear framework makes regulating the appointments and making reforms difficult
  • The executive has complete authority over the appointments of directors, especially the prime minister. Even appointments of directors in non-GLIC statutory bodies such as Felda, Mara and Petronas are also dominated by the executive
  • The convoluted GLC ownership structure and the official definition of GLCs comprise only the commercial ones and those owned by GLICs. This excludes companies owned by the other statutory bodies such as Petronas, Felda and Mara. It also excludes government-owned companies that are not commercially oriented
READ MORE:  Henti jadikan GLC sebagai alat politik, tambah baik pelantikan GLC (Malay/English)

Bersih 2.0 urgently calls for the following reforms:

  • Prohibit the appointment of elected representatives in these organisations through a new GLC act or by amendment of existing relevant laws such as the Companies Act
  • Empower parliamentary select committees to scrutinise and approve director nominees of GLICs, GLCs and commercially related statutory bodies under the respective ministries. This system can also be emulated by state governments for state GLICs, GLCs and commercially related statutory bodies
  • A clear definition of GLCs and GLICs that is applicable at both the state and federal levels should be laid out in a new GLC act or in an existing act like the Companies Act. This will form the basis of institutionalising reforms relating to the process and requirements of GLC director appointments
  • Enhanced disclosure and transparency is mandatory through periodic reports on listed and unlisted GLICs and GLCs that should include important information such as directors’ remuneration, directors’ backgrounds and tender bids. A specific body such as the Putrajaya Committee on GLC High Performance should take on this task. – Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.