Pulangkan dana dan aset 1MDB yang telah dibeku kepada rakyat Malaysia

1
The Equanimity - Photograph: shipspotting.com

Berikutan penyitaan kapal pesiar ‘Equanimity’ bernilai hampir RM1bn, Bersih 2.0 mengulangi tuntutan kami agar aset beku akibat keuntungan haram melalui pengubahan wang haram dana 1MDB di luar negara, dikembalikan kepada rakyat Malaysia melalui satu tabung amanah.

Sudah tiba masanya Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DoJ) menyusuli penyiasatan dengan membuat tuduhan jenayah terhadap pelaku dan menamakan tertuduh supaya mereka tidak lagi menghindari tindakan keadilan di bawah tabir kesenyapan dan kekebalan politik.

Walaupun secara rasmi ‘Malaysia Official 1’ (MO1) yang disenaraikan dalam saman DoJ masih belum dinamakan, namun Menteri Rahman Dahlan telah beberapa kali menegaskan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Najib Razak.

Dikatakan sebagai “kleptokrasi paling teruk” semasa Forum Dunia Pemulangan Asset (GFAR) tahun 2017, pengerusi 1MDB Mohd Irwan Serigar Abdullah merangkap ketua setiausaha perbendaharaan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) berkata bahawa 1MDB akan menghentikan segala operasi dan akan ditutup apabila hutang 1MDB dijelaskan sepenuhnya.

Penutupan 1MDB tanpa sebarang percubaan mendapatkan semula dana yang telah dibekukan adalah sinonim dengan kekecuaian dan kelalaian tanggungjawab dan akauntabiliti pihak kerajaan dalam menguruskan dana negara. Oleh kerana 1MDB hanyalah salah satu daripada banyak tuduhan dan penyiasatan rasuah serta aliran dana awam yang meragukan, ia mesti ditangani dengan pantas untuk mengurangkan kesan negatif kepada ekonomi negara.

Bersih 2.0, Centre to Combat Cronyism and Corruption (C4 Centre) bersama dengan 110 kumpulan masyarakat sivil bekerjasama dengan Bruno Manser Fund (BMF) dan Global Bersih, kedua-duanya yang berpusat di Geneva dan membantu dalam usaha melobi kerajaan Switzerland, mengumumkan inisiatif untuk mengembalikan dana yang dibeku oleh pihak berkuasa Swiss kepada rakyat Malaysia pada bulan November 2017.

READ MORE:  Is it a sweetheart deal?

Cadangan masyarakat sivil yang didukung bersama oleh Pusat C4 dan Bersih 2.0 menyatakan bahawa dana tersebut berkemungkinan besar boleh dikembalikan ke Malaysia melalui satu tabung amanah sepertimana yang telah dilakukan oleh Yayasan Bota di Kazakhstan.

Sekiranya dana ini berjaya dikembalikan, ia harus diuruskan oleh satu badan bebas yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • diwakili oleh individu-individu daripada kumpulan yang berlainan;
  • menggunakan proses pentadbiran yang telus; dan
  • bertanggungjawab kepada orang ramai mengenai cara–cara dana itu diagihkan semula kepada rakyat.

Tanpa sebarang tindakan daripada kerajaan dan agensi-agensi yang berperanan mengambil tindakan mahkamah terhadap pelaku-pelaku yang bertanggungjawab dan membenarkan penggubahan dana haram 1MDB yang telah digelapkan, ia tidak munasabah untuk memulangkan dana tersebut kepada pemimpin negara yang mana merupakan sebahagian daripada sistem bermasalah yang diselubungi kerakusan dan korupsi.

Keperluan untuk menunjukkan komitmen dan kepimpinan untuk mengakhiri pengubahan wang haram yang memberi impak negatif kepada negara, rakyat dan golongan miskin kini amat genting – terutamanya di peringkat antarabangsa.

Hakikatnya, walaupun terdapat beberapa siasatan berhubung dengan 1MDB yang kini sedang dijalankan di tujuh buah negara, jabatan penguatkuasa dan penyiasat anti-rasuah Malaysia yang terus mendiamkan diri adalah bukti bahawa kerjasama antarabangsa merupakan kunci dalam usaha memerangi pengubahan wang haram dan rasuah.

Satukan tenaga, kalahkan penipuan.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Nota: Yayasan Bota

Didirikan pada tahun 2007 sebagai kenderaan untuk memulangkan dana yang digubah secara haram kepada rakyat Kazakhstan, Yayasan Bota telah mengagihkan dana tersebut melalui tiga program: program pengagihan dana langsung yang memberikan wang apabila memenuhi syarat seperti menghantar kanak-kanak ke pra sekolah; sebuah program perkhidmatan sosial yang memberikan geran bersaiz sederhana kepada NGO tempatan; dan program bantuan tuisyen yang memberi biasiswa kepada pemuda-pemudi Kazakhstan. – Sumber

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Supachai Phoong
3 Mar 2018 2.21pm

Malaysia negara kaya…..kena derma kpd Amerika yg hutang byk…..kahkahkah