Protes adalah hak asasi berperlembagaan dan bahagian penting sejarah negara (Malay/English)

The Bersih rallies were largely peaceful

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingatkan bahawa perhimpunan aman adalah hak asasi rakyat yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, bersama-sama hak bersuara dan hak berpersatuan.

Hak untuk mengadakan protes aman terkandung dalam dokumen perundangan tertinggi negara kerana ianya telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah negara dalam membentuk halatuju dan memberi tekanan terhadap pihak berkuasa yang zalim dan korup.

Siri perhimpunan aman Bersih yang telah dirujuk oleh DYMM Sultan Johor dalam kenyataan baginda semalam sebagai “titik hitam” dalam sejarah negara bersama dengan insiden 13 Mei, yang dalam pandangan baginda bahawa protes tersebut hanya menghasilkan kekacauan dan kemusnahan di mana tiada yang menang serta kita masih lagi sedang pulih daripada kesan negatifnya.

Bersih memohon sembah untuk tidak bersetuju dengan pandangan Tuanku dan ingin sembah maklum beberapa poin menunjukkan bahawa protes adalah kaedah ekspresi politik yang sah dan juga membentuk sejarah negara kita.

Boleh dikatakan bahawa negara ini dilahirkan hasil daripada gerakan protes. Onn Jaafar telah mengetuai massa untuk menentang Malayan Union, yang dipaksakan oleh British setelah Perang Dunia Kedua, dan ini membuka jalan kepada pembentukan Persekutuan Tanah Malaya, pelopor kepada kemerdekaan kita daripada British pada 1957 dan pembentukan Malaysia 1963.

Onn dan Umno bukan sahaja pihak yang menggunakan protes sebagai cara yang sah untuk bertindak secara kolektif. Parti berbilang bangsa seperti gabungan Putera–All Malaya Council for Joint Action (AMCJA) melalui pemimpin seperti Ishak Muhammad, Tan Cheng Lock, K Ganapathy dan Dr Burhanuddin Helmy melancarkan protes hartal seluruh negara pada 1947 untuk mendesak Perlembagaan Rakyat.

Masa berlalu daripada demonstrasi Baling kepada Reformasi, rakyat telah memprotes bagi menyatakan solidariti dan keresahan mereka. Terbaharu, Majlis Peguam Malaysia telah memprotes kali keempat dalam “Walk for Judicial Independence” mereka.

Bersih membawa semangat ini sejak kami ditubuhkan pada 2006 untuk membongkar kelemahan dan penyelewengan pilihan raya yang menjadikan pilihan raya kita tidak bebas dan tidak adil untuk sesebuah demokrasi. Dengan protes rakyat, kami menunjukkan kegagalan itu dan membangkitkan rakyat untuk menuntut pilihan raya yang lebih baik daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Pengenalan dakwat kekal dan penambahbaikan penjalanan pilihan raya dan peluasan akses pengundian kepada pengundi tidak akan terhasil sekiranya SPR tidak ditekan.

READ MORE:  PJD Link highway: PJ residents seek further dialogue with Selangor government

Perhimpunan keempat dan kelima Bersih pada 2015 dan 2016 adalah kerana skandal 1MDB, yang dianggap sebagai jenayah kleptokrasi terbesar dunia di mana hampir RM42bn dicuri. Respon Bersih terhadap pembongkaran pencurian terbesar ini dengan memanggil dua perhimpunan aman di mana ratusan ribu rakyat Malaysia telah turun. Kami menuntut perubahan institusi kepada undang-undang yang sedia ada untuk menamatkan bencana rasuah dalam neagra dan supaya penjenayah yang terlibat dipertanggungjawabkan.

Sekiranya rakyat tidak diberikan peluang menyatakan kemarahan mereka terhadap ketidakadilan pilihan raya dan korupsi berskala besar ini secara aman, siapa tahu nasib yang akan menimpa negara kita sekarang? Para kleptokrat dan rakan subahatnya akan terus memunggah hasil negara dan dibiarkan bebas tidak didakwa atas jenayah yang mereka telah lakukan. Tuanku sudah tentu tidak akan perkenan tragedi sedemikan, sekiranya rakyat tidak keluar membantah.

Bersih sejak dari awal beriltizam untuk menganjurkan himpunan aman dan sekiranya ada kelakuan yang tidak sepatutnya, huru hara atau kerosakan harta benda biasanya disebabkan oleh kelakuan agresif daripada polis yang sepatutnya membantu peserta himpunan aman tetapi sebaliknya menembak dengan gas pemedih mata, meriam air dan tindakan ganas.

Bukti yang tidak boleh disanggah lagi adalah kami telah menganjurkan himpunan aman besar-besaran pada Bersih 4 dan 5 yang walaupun polis membuat sekatan di sana sini tetapi mereka tidak mengganggu peserta himpunan.

Tuanku, sejarah menjadi saksi bahawa bantahan rakyat sememangnya menjadi darah daging kita. Bersih memohon Tuanku mencemar duli untuk menyertai kami untuk bukan sahaja menghormati tetapi juga meraikan hak asasi rakyat untuk bersuara, berekspresi, berpersatuan dan berhimpun secara aman.

Sebagai negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dengan demokrasi sebagai asas, kita perlu meraikan dan mengalu-alukan sebarang ekspresi dan penyertaan rakyat untuk kebaikan bersama negara Malaysia. Tanpa protes, tidak mungkin adanya Malaysia. – Bersih

English version

Protest is not only a fundamental constitutional right but an integral part of our history

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) reiterates that peaceful assembly is a fundamental right of all citizens guaranteed under Article 10 of the Federal Constitution, along with the right to freedom of speech and of expression and to form associations.

READ MORE:  Protes – tandanya kerajaan perlu bertindak dengan menangani isu

Furthermore, the freedom to protest without violence is enshrined in our supreme law because protests have played an integral part in our nation’s history in shaping our destiny and bringing pressure to bear on unjust laws and corrupt authorities.

The Bersih rallies over the years had been referred to by the Sultan of Johor in a statement yesterday as “black marks” and “riots” in our nation’s history as, in His Majesty’s views, these protests only led to “negative” impacts such as chaos and destruction.

Bersih respectfully disagrees, and we would like to point out that protests are a legitimate means of political expression and are formative to our country’s history.

Arguably, one can say that this country was born out of a protest movement. Onn Jaafar rallied the masses to object to the Malayan Union, which was unilaterally imposed by the British after the World War Two, and this paved the way for the formation of the Federation of Malaya, the precursor to our eventual independence from the British in 1957 and the formation of Malaysia in 1963.

Onn and Umno were not the only ones to use protests as a legitimate means of collective action. The multiracial Putera–All Malaya Council for Joint Action coalition through leaders like Ishak Muhammad, Tan Cheng Lock, K Ganapathy and Dr Burhanuddin Helmy launched a countrywide protest (hartal) in 1947 to advocate for a People’s Constitution.

Throughout the passage of time, from the Baling demonstrations to Reformasi, the people have resorted to protest to express their solidarity and grievances. Most recently, the Malaysian Bar protested for the fourth time in their “Walk for Judicial Independence”.

Bersih has carried on this spirit since our formation in 2006 to highlight electoral malpractices and shortcomings that rendered our elections less than fair or free for a democracy. Through our protests, we put a spotlight on these failings and awakened the people to demand better elections from the Election Commission. The introduction of indelible ink and subsequent improvements to the conduct of elections and the expansion of voting access to voters would not have come about if not for the pressure placed on the Election Commission.

READ MORE:  Peaceful protests: Not riots but part and parcel of democracy

The fourth and fifth Bersih rallies in 2015 and 2016 respectively came about due to the 1MDB scandal, which has been described as the world’s biggest case of kleptocracy, where up to RM42bn was stolen. Bersih responded to this grand-scale thievery by organising two peaceful protests, where hundreds of thousands of Malaysians turned up. We demanded institutional changes to existing laws to end the scourge of corruption in this country and for the culprits to be held accountable.

If the people had not had the opportunity to express their anger towards electoral injustices and grand-scale corruption peacefully, who knows what would have happened to our country? The kleptocrat and his accomplices could have continued to plunder this country and not be charged for the crimes they committed. Surely Your Majesty would not condone such a tragedy, had the people not been mobilised.

Bersih has from the very beginning committed ourselves to organising peaceful protests, and if there had been disorderly conducts, chaos or even damage to properties, it was usually caused by aggressive actions by the police, who, instead of facilitating the peaceful protesters, attacked us with tear gas, water cannons and brute force. We have proven beyond doubt we could organise large-scale peaceful protests during Bersih 4 and 5, where apart from blocking several roads and places, the police left us alone.

Your Majesty, history proves that civil disobedience has always been part and parcel of our DNA. Bersih invites Your Majesty to join us in not only respecting but celebrating the people’s fundamental rights to freedom of speech and of expression and the freedom to form associations and to hold peaceful protests.

As a nation practising parliamentary democracy and a constitutional monarchy, we ought to welcome and recognise any expression and participation by our people for the common good of Malaysia. Without protests, there would have been no Malaysia. – Bersih



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments