Program belanja durian semasa kempen pilihan raya kecil satu kesalahan pilihan raya

5
264
Photograph: Wikipedia

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima poster berkaitan sebuah majlis yang melibatkan penjamuan kepada semua yang hadir dengan 1,000 biji durian daripada Batu Kurau, Perak bersempena pelancaran food truck Kohijrah dan Kedai Serbaneka De’ Variety Koperasi NEGM.

Majlis tersebut akan diadakan pada 28 Julai 2018 bertempat di 44 & 46, Jalan Sungai Rasau E32/E, Berjaya Park, Seksyen 32, Shah Alam. Majlis tersebut ternyata diadakan dalam kawasan Sungai Kandis dan dalam tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil Sungai Kandis.

Tambahan pula, dalam poster tersebut dimaklumkan bahawa calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil tersebut, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan menghadiri program tersebut.

Bersih 2.0 menolak amalan korupsi tersebut, dan sekiranya diadakan, ianya bertepatan dengan salah laku pilihan raya di bawah Perkara 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana melibatkan penjamuan untuk mempengaruhi undi daripada para pengundi.

Berdasarkan poster itu juga, majlis tersebut dianjurkan oleh Kohijrah, iaitu satu program mikrokredit di bawah menteri besar Selangor, yang telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2015 sebagai inisiatif untuk melebarkan golongan kelas menengah di Selangor. Dengan menjadikan Kohijrah sebagai penganjur, ianya bukan sahaja satu bentuk konflik kepentingan, bahkan ianya juga satu bentuk penyalahgunaan jentera kerajaan untuk membantu kempen Zawawi Mughni, calon PKR, yang merupakan salah satu parti komponen bagi pakatan pemerintah di Selangor, iaitu Pakatan Harapan.

Bersih 2.0 dengan ini menyeru agar majlis tersebut dibatalkan dengan kadar segera. Menteri besar Selangor dan calon PKR juga perlu memberikan penjelasan kepada umum berkaitan penganjuran majlis tersebut.

READ MORE:  Electoral reforms: The end of by-elections?

Jikalau program ini tidak dibatalkan dan aktiviti-aktiviti sedemikian diteruskan semasa kempen pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat dan mengambil tindakan selaras dengan Seksyen 3 dan 7 di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Jikalau agensi kerajaan ingin meganjurkan program yang melibatkan calon pilihanraya, kesemua calon-calon yang bertanding patut di jemput dan diberikan layanan yang saksama. Semua agensi-agensi kerajaan patut bersikap neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana pada setiap masa.

Kami menyeru semua pihak untuk mengelakkan diri daripada amalan penipuan pilihan raya, termasuk penyamaran, penjamuan makanan, pengaruh tidak wajar melalui pemberian barangan atau ancaman dan intimidasi, penghasutan kebencian berdasarkan kaum dan agama, serta rasuah termasuk pembelian undi dan penyalahgunaan jentera kerajaan.

Bersih 2.0 mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan bahawa rakyat mengundi untuk perubahan pada pilihan raya umum yang lalu – perubahan dan penolakan ke atas 61 tahun pemerintahan Barisan Nasional yang telah dirosakkan oleh korupsi, kronisme dan nepotisme secara besar-besaran.

Pakatan Harapan perlu mengangkat manifesto mereka, yang menjanjikan untuk membersihkan Malaysia daripada korupsi, salah laku dalam pemerintahan serta kleptokrasi, iaitu dalam Janji 14 berkenaan memperkukuhkan amalan anti rasuah dan Janji 17 berkenaan memastikan ketelusan dan pengukuhan sistem pilihan raya.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Free durian fair at by-election campaign an election offence

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) has received a poster about an event that will treat attendants with 1,000 durians from Batu Kurau, Perak in conjunction with the launch of Kohijrah food truck and Cooperation Shop De’Variety.

The event will be held on 28 July 2018 and the location will be at 44 & 46, Jalan Sungai Rasau E32/E, Berjaya Park, Berjaya Park, Section 32, Shah Alam. The event falls exactly within the constituency and campaign period of the Sungai Kandis by-election.

READ MORE:  Memancing undi nelayan menggunakan dana kerajaan tidak melanggar undang-undang, namun tetap salah (BM/ENG)

Moreover, the poster for the event announces that the Parti Keadilan Rakyat candidate for the by-election, Zawawi Ahmad Mughni, and the Selangor Chief Minister Amirudin Shari will attend the event.

Bersih 2.0 condemns such corrupt practices, which, if held, is tantamount to an offence under Section 8 of the Election Offences Act involving treating to influence voting behaviour.

Moreover, according to the poster, the event is being organised by Kohijrah, which is a consolidation of a microcredit programme under the chief minister of Selangor, launched officially in 2015 as an initiative to increase the middle class in Selangor.

By having Kohijrah organise an event, it is not only a conflict of interest, the event is a form of abuse of government machinery to campaign in favour of Zawawi Ahmad Mughni of PKR, which is a component party of the ruling coalition in Selangor, Pakatan Harapan.

Bersih 2.0 calls for the event to be cancelled immediately. The Selangor chief minister and the Zawawi should also provide a public explanation of the event. If this event is not cancelled and such trends continue in the campaign, then the Malaysian Anti-Corruption Commission should investigate and take action, in line with Sections 3 and 7 of the MACC Act.

We call on all parties to refrain from the practice of electoral fraud, including personation, treating of food, undue influence through the dishing out of goodies or threats and intimidation, incitement of racial or religious hatred, bribery including outright vote-buying, and abuse of government machinery.

If a state agency is going to organise any event that involves election candidates, all contesting candidates should be invited and be treated equally. All state agencies should remain neutral and non-partisan at all times.

READ MORE:  What went wrong for Pakatan Harapan at Kimanis?

Bersih 2.0 reminds the Pakatan Harapan government that the people voted for change in the recent general election – a change from the BN rule of 61 years that was marred by massive corruption, cronyism and nepotism.

Pakatan Harapan should uphold its election manifesto, which promises to cleanse Malaysia of corruption, malfeasance and kleptocracy, which can be found in Promise 14 on strengthening anti-corruption practices and Promise 17 on ensuring transparency and robustness of our election system.

Bersih 2.0 steering committee

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dhuray
Dhuray
1 Aug 2018 6.44pm

PH mau jadi serupa BN. Make the change not be the same.

Jenny Sak
26 Jul 2018 7.06am

Where’s the change we voted for?

Michael Sak
27 Jul 2018 5.12pm
Reply to  Jenny Sak

It’s not RM50 notes. 😂

Kris Koay
25 Jul 2018 7.43pm

They should stop all these nonsense. Didn’t all those bribes by BN during elections play a part in our wanting to get rid of them?

Lim Oon Tin
25 Jul 2018 7.32pm

Better NOT!!