Progam ‘Gerai Prihatin Rakyat’ anjuran PN Melaka melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya

85 views
Gerai Prihatin Rakyat sebelum pilihan raya Melaka - PN MELAKA/FACEBOOK

Merujuk kepada aktiviti Gerai Prihatin Rakyat yang akan dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) Melaka pada 30 Oktober 2021 di Kampung Tersusun Jus Permai, Kelebang, Melaka(1), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memberi amaran kepada parti-parti politik bahawa beberapa perkara di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya sudah pun mula berkuat kuasa apabila Dewan Undangan Negeri Melaka terbubar pada 4 Oktober lepas.

Kebanyakan parti politik atau calon hanya menganggap Akta Kesalahan Pilihan Raya bermula selepas penamaan calon namun tempoh pilihan raya telah bermula selepas dewan undangan negeri atau Parlimen dibubarkan.

Justeru, Bersih 2.0 mengingatkan bahawa aktiviti sebegini adalah satu kesalahan pilihan raya di mana perbuatan secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana pihak untuk memberikan makanan, minuman atau bekalan sebelum, semasa atau selepas pilihan raya dengan tujuan mendapatkan undi di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Walaupun ‘Gerai Prihatin Rakyat’ tersebut tidak memberikan makanan, minuman atau bekalan secara langsung namun mereka menjualnya dengan harga yang sangat murah dan boleh mempengaruhi pengundi secara rasuah untuk mengundi parti-parti politik atau calon-calon yang menyediakan khidmat sedemikian semasa tempoh pilihan raya.

Kesalahan di bawah Seksyen 8 ini boleh menyebabkan penganjur aktiviti seperti PN Melaka, Mohd Rafiq Naizamohiddeen, Mahiaddin Yasin, syarikat yang terlibat dan mereka yang menerima tawaran dijatuh hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebih RM5,000 jika disabitkan kesalahan.

Bersih 2.0 menggesa semua pihak menjunjung semangat pilihan raya bersih dan adil serta semangat peruntukan akta ini untuk menghalang mana-mana pihak secara rasuah mempengaruhi pengundi untuk memilih mereka dalam pilihan raya. – Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments