PM perlu stabilkan politik dan pembaharuan institusi sebelum bubarkan Parlimen (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memajukan agenda transformasi politik bagi memastikan kestabilan dan akauntabiliti politik selepas pilihan raya umum akan datang.

Permainan teka tarikh pilihan raya umum sedang menyakitkan negara dengan bukan sahaja ketidaktentuan yang akan mempengaruhi keputusan dalam perkara ekonomi dan kehidupan rakyat, namun juga mengalihkan perhatian menteri dalam urusan pentadbiran.

Sekiranya PM tidak dapat menentukan bila untuk memanggil pilihan raya awal, beliau secara asasnya perlu membentangkan pelan pentadbiran dan reformasi bagi baki penggal beliau sehingga 16 Julai 2023. Beliau perlu menunjukkan kepimpinan dan iltizam untuk menstabilkan politik Malaysia.

Bersih baru sahaja menutup konferens bertajuk “Gearing up for GE15: What reforms do voters want?”, di mana kami mendengar pandangan ahli politik daripada pelbagai parti dan pakar daripada ahli akademik serta ahli masyarakat sivil berkenaan reformasi penting yang perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Antara reformasi yang dibincangkan di sini adalah:

  • Melaksanakan had penggal perdana menteri selama 10 tahun
  • Memperkenalkan undi tidak percaya secara konstruktif
  • Memperkenalkan penggal tetap parlimen
  • Pengasingan pejabat peguam negara dan pendakwa raya
  • Menggubal akta peruntukan wakil rakyat di peringkat persekutuan dan negeri
  • Pembentukan jawatankuasa pilihan khas hal ehwal pilihan raya
  • Memperluaskan undi tidak hadir kepada pengundi luar kawasan
  • Menambahbaik proses undi pos bagi pengundi di luar negara
  • Memperbaiki jawatankuasa pilihan khas parlimen
  • Mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen
  • Memperkukuh kebebasan, keadilan dan perwakilan yang di-pertua dan timbalannya;
  • Meminda peraturan mesyuarat untuk memperkasakan kedua-dua ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen penyokong kerajaan (backbenchers) dan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian
READ MORE:  Ambil tindakan automatik terhadap ahli parlimen bermulut cabul (Malay/English)

Reformasi institusi yang penting dan mustahak namun belum diperbincangkan adalah:

  • Menggubal akta pembiayaan politik yang termasuk pendanaan awam kepada parti politik
  • Pelaksanaan pelan anti-rasuah nasional atau pelan yang serupa

Bersih maklum bahawa Ismail Sabri telah mengeluarkan kenyataan pada 19 Mei tahun ini bahawa jawatankuasa khas kabinet mengenai anti-rasuah bersetuju secara prinsip untuk menggubal undang-undang pembiayaan politik, pelan komprehensif yang akan menginstitusikan prinsip tata kelola yang baik dan amalan seperti pelan tadbir urus baik nasional (MyGovernance) di semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun yang akan diperkenalkan, dan kajian pengasingan peguam negara dan pendakwa raya.

Kami memuji kerelaan kerajaan Ismail Sabri untuk mempertimbangkan kesemua reformasi ini dan melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam MoU transformasi dan kestabilan politik.

Sudah sampai masanya PM mengembalikan keyakinan rakyat kepada proses politik dan pilihan raya, satu sasaran yang perlu disokong oleh semua parti termasuk di barisan kerajaan dan pembangkang.

Bersih sedar yang reformasi struktural memerlukan pindaan perlembagaan dan kami menyeru agar semua parti dan ahli parlimen, termasuk parti PM sendiri iaitu Umno, untuk memberikan sokongan mereka kepada agenda reformasi, dan supaya kerajaan memulakan proses perundingan dengan semua pihak berkepentingan untuk mendapatkan dapatan dan sokongan mereka. – Bersih

English version

PM should stabilise politics with more institutional reforms before calling for elections

The Coalition of Clean and Fair Elections (Bersih) calls on Prime Minister Ismail Sabri Yaakob to advance an agenda of political transformation that can ensure political stability and accountability after the coming general election.

The guessing game over the coming general election is hurting the nation with not only uncertainty that affects decisions to be made in economy and public life but also distract ministers’ attention from governance.

READ MORE:  Kelulusan rang undang-undang anti-lompat parti dialu-alukan - namun pembaharuan diperlukan

If the PM cannot decide on when to call for an early election, he should just by default lay out the governance and reform plan for the remainder of his term till 16 July 2023. He should show leadership and determination in stabilising Malaysian politics.

Bersih has just successfully concluded a two-day conference entitled “Gearing up for GE15: What reforms do voters want?”, where we heard from politicians from various parties and experts from academia and civil society on the urgent reforms needed before the coming general election.

Among the reforms addressed were:

  • Implementing a 10-year tenure limit for the PM
  • Introducing a constructive vote of no confidence.
  • Introducing a fixed term for Parliament
  • Separating the attorney general’s and public prosecutor’s offices
  • Enacting federal and state laws for equitable constituency development funds
  • Formation of a parliamentary special select committee on electoral matters
  • Expanding absentee voting rights to out-of-region voters
  • Improving the postal voting process for overseas Malaysian voters
  • Empowering parliamentary special select committees
  • Restoring the Parliamentary Services Act
  • Enhancing the independence, impartiality and representativeness of speakers and deputy speakers;
  • Amendments to the standing orders to empower both opposition MPs and government backbenchers, and to enable private members’ bills

Other institutional reforms not discussed but that are equally crucial are:

  • Legislating a political financing act, which includes the public funding of political parties
  • Implementing a national anti-corruption plan or its functional equivalent

Bersih noted that Ismail Sabri issued a statement on 19 May this year that a special cabinet committee on anti-corruption agreed in principle to enact a political financing bill, to introduce a comprehensive plan that will institutionalise good governance principles and practices as the national good governance plan (MyGovernance) at all government agencies and statutory bodies, and to explore the separation of the attorney general’s and public prosecutor’s offices.

READ MORE:  What are the implications of MPs missing Parliament?

We applaud the willingness of the Ismail Sabri government to consider these reforms and implement those already in the Memorandum of Understanding (MoU) for transformation and political stability.

It’s time for the PM to restore public confidence in our political and electoral process, a goal that should be supported by all parties, both in the government and opposition benches.

Bersih is aware that many structural reforms require constitutional amendments, and we call on all parties and MPs, including the PM’s own Umno party, to lend their support to any such reform agenda, and on the government to start a consultation process with all stakeholders to secure their input and support. – Bersih



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments