Pilihan raya Melaka: Larangan tanpa penyediaan alternatif = penindasan

50 views
Melaka - BENEDICT LOPEZ

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melahirkan kerisauan terhadap kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang menyatakan semua bentuk perhimpunan fizikal dan aktiviti sosial berkaitan pilihan raya negeri Melaka akan dilarang dari 25 Oktober hingga 27 November bagi mengurangkan risiko penularan Covid.

Walaupun kami memahami bahawa ia berisiko dan langkah pencegahan adalah perlu, larangan total adalah satu bentuk penindasan kepada hak calon-calon untuk berkempen dan berekspresi, hak pengundi untuk membuat keputusan bermaklumat dengan mendengar sendiri daripada calon serta satu tekanan kepada demokrasi itu sendiri.

Melaka telah memasuki Fasa 4 pelan pemulihan negara pada 18 Oktober di mana prosedur operasi standard untuk aktiviti sosial dan ziarah dibenarkan, dengan had 50% kapasiti ruang dan pematuhan penjarakan fizikal dipatuhi. Arahan menteri kesihatan adalah tidak konsisten dengan garis panduan pelan pemulihan negara kerana ia mensasarkan kepada aktiviti berkaitan pilihan raya.

Walaupun larangan tersebut adalah kepada semua parti politik dan calon, kami bimbang ia akan merugikan mereka yang bukan sebahagian daripada kerajaan kerana media kerajaan akan sentiasa melaporkan aktiviti dan pencapaian calon parti kerajaan serta menonjolkan kegagalan pembangkang. Ini tentunya menjadikan perlawanan berat sebelah dan mengurangkan kesahan sebarang keputusan pilihan raya nanti.

Bersih 2.0 menggesa menteri kesihatan untuk mempertimbangkan semula larangan total terhadap perhimpunan fizikal dan sebaliknya melaksanakan penguatkuasaan yang ketat kepada prosedur operasi standard yang digariskan oleh pelan pemulihan negara dengan meningkatkan bilangan pegawai penguatkuasa semasa tempoh pilihan raya Melaka. Sesiapa yang melanggar prosedur tersebut tanpa mengira parti wajib didenda atau dihukum di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kami juga mencadangkan Suruhanjaya Piliahan Raya (SPR) untuk menetapkan peraturan, syarat dan alternatif agar larangan yang dibuat tidak menekan hak parti dan calon untuk berkempen:

READ MORE:  Pakatan must project hope before providing hope

Penamaan calon

  • Menyediakan tempoh tidak kurang daripada tujuh hari untuk calon-calon menghantar borang penamaan ke pejabat SPR Melaka dan memastikan mereka menyemak serta membetulkan sebarang kesalahan sebelum berakhirnya penamaan calon. Penolakan secara tiba-tiba perlu dielakkan dan tidak sepatutnya berlaku
  • Senarai calon yang berjaya perlu dipamerkan secara atas talian pada pukul 10 pagi hari penamaan. Penyokong parti politik dan calon tidak lagi perlu berkumpul di pusat-pusat penamaan di seluruh Melaka

Tempoh berkempen

  • Penetapan peraturan supaya kerusi perlu disediakan untuk ceramah atau perhimpunan politik dan dijarakkan satu meter serta semua peserta perlu duduk. Ini juga perlu terpakai kepada perhimpunan kecil di kedai makan dan pasar pagi atau malam. Pelitup muka wajib dipakai setiap masa oleh penceramah dan peserta
  • Ziarah rumah ke rumah, hanya lima orang satu kumpulan dibenarkan dan mereka tidak boleh memasuki rumah atau berada [kurang dari] dua meter daripada tuan rumah semasa berucap
  • SPR juga perlu memanggil stesen TV dan radio kerajaan untuk menyediakan slot siaran parti politik kepada semua parti dan calon termasuk calon bebas. Masa yang diperuntukkan perlu sama rata
  • Stesen siaran media boleh memainkan peranan yang lebih besar semasa pilihan raya dengan menganjurkan diskusi panel oleh calon-calon untuk membicarakan isu tempatan dan pandangan calon-calon dapat didengari
  • Debat ketua menteri perlu dianjurkan dan disiarkan di semua saluran televisyen kerajaan sekurang-kurangnya dua kali, selepas hari penamaan dan dua hari sebelum hari pengundian.
  • SPR boleh menyediakan dan menaja sekurang-kurangnya satu papan tanda di kawasan utama di setiap 28 kawasan dewan undangan negeri, di mana maklumat calon bertanding dipamerkan bersama simbol mereka. Ini akan membantu parti kecil dan calon bebas untuk mendapat perhatian yang diperlukan.
READ MORE:  SPR perlu ambil langkah proaktif untuk pilihan raya selamat

Hari pengundian

  • Untuk mengurangkan kesesakan semasa mengundi, SPR perlu mempertimbangkan meluaskan hari pengundian kepada tiga hari serta menetapkan hari dan masa kepada kategori pengundi yang berbeza berdasarkan kumpulan umur. Ini juga akan mengurangkan keperluan pelbagai saluran dijaga oleh pelbagai set petugas pilihan raya
  • Prosedur operasi standard penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan mesti dipatuhi serta semua petugas pilihan raya perlu dilatih untuk melindungi diri dan pengundi daripada jangkitan
  • Pengundi yang belum divaksin perlu dibenarkan untuk melaksanakan hak mengundi. Satu khemah kesihatan perlu didirikan untuk menyediakan ujian RTK-Antigen air liur atau calitan hidung bagi mengesahkan mereka bebas daripada Covid sebelum dibenarkan untuk mengundi bersama pengundi lain. Mereka yang positif Covid perlu dibenarkan membuang undi secara berasingan di khemah kesihatan tersebut
  • Perhimpunan di pusat pengiraan dan penjumlahan undi perlu dihadkan dan semua keputusan perlu disiarkan secara langsung di saluran TV kebangsaan

Bersih 2.0 menggesa SPR untuk mengambil peluang ini bagi memperkenalkan kaedah baru dan inovatif seperti yang kami cadangkan agar tugas penting untuk menyertai pilihan raya dan demokrasi tidak ditekan semasa pandemik kesihatan.

Walaupun Kementerian Kesihatan perlu memainkan peranan bagi memastikan risiko penularan kekal rendah, ia tidak wajar mengatasi peranannya sendiri dan menetapkan peraturan pelaksanaan pilihan raya yang tidak diperlukan. – Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments