Pilihan raya ketua Kampung Baru Paroi mengukuhkan demokrasi akar umbi

0

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan keputusan exco kerajaan Negeri Sembilan Teo Kok Seong, selaku pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, mempersetujui untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih ketua kampung yang baharu di Kampung Baru Paroi dari kalangan penduduk kampung.

Ini merupakan satu langkah yang amat positif dalam memperkukuhkan demokrasi tempatan yang juga adalah salah satu janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

Pilihan raya ketua kampung ini akan membuka lembaran baharu demokrasi di Malaysia dengan pengembalian suara keempat kepada rakyat sekaligus menjadi jalan untuk model pelaksanaan ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini iaitu undi ketiga, pilihan raya kerajaan tempatan, terutamanya majlis perbandaran, majlis daerah dan datuk bandar.

Menurut laporan media, bahagian pemuda Dewan Perhimpunan Masyarakat China Negeri Sembilan telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pilihan raya ketua kampung tersebut. Pilihan raya tersebut akan berlangsung pada 7 Julai 2019 dan penamaan calon adalah pada 30 Jun 2019.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 ingin menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memberi panduan dan bantuan sebanyak yang boleh kepada badan pengurusan pilihan raya ketua Kampung Baru Paroi, iaitu Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan dalam menguruskan perjalanan pilihan raya seperti penamaan calon, kempen, pembuangan undi dan sebagainya.

Bersih 2.0 sentiasa menggalakkan pilihan raya ketua kampung supaya wakil kampung yang diangkat benar-benar mewakili suara dan kepentingan di kampung.

Pemilihan ketua kampung sebagaimana yang dijalankan di Kampung Baru Paroi diharapkan menjadi model kepada kampung-kampung yang lain untuk melaksanakan perkara yang sama agar demokrasi di Malaysia lebih subur serta suara rakyat hingga ke peringkat terendah diangkat dengan lebih baik.

Sekali lagi, Bersih 2.0 mengucapkan tahniah kepada penduduk Kampung Baru Paroi kerana menjadi pelopor demokrasi akar umbi dan selamat mengundi kepada mereka!

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments